JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label ADUKA TARUNA. Show all posts
Showing posts with label ADUKA TARUNA. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

Aduka Taruna vs Nasir Safar

Angkasanuri

Aduka Taruna, blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi. Didakwa di bawah Akta Hasutan kerana keceluparan mulutnya kerana didakwa menghina Kesultanan Johor.

Selepas sahaja artikel menghina kerabat Diraja Johor diterbitkan di blognya, kira-kira 20 laporan polis dibuat. Walaupun beliau sudah meminta maaf dan menarik semula artikel yang diterbitkan,namun itu semua sudah terlambat kerana akhirnya beliau didakwa di mahkamah.

Datuk Nasir Safar, nama beliau sebelum ini tidaklah glamour seperti Aduka Taruna. Malah ramai yang tidak mengetahui kewujudan beliau sebagai pegawai khas PM. Tetapi nama beliau tiba-tiba sahaja meletup kerana kenyataan menghina orang cina dan india di negara ini dalam satu ceramah di Melaka baru-baru ini.Beliau telah dapat menandingi kehebatan Aduka Taruna apabila 45 laporan polis telah dibuat terhadap kenyataanya yang menghasut dan berunsur perkauman.

Telah mengakui ketalanjurannya dengan meminta maaf dan meletak jawatan sebagai pegawai khas PM. Polis Melaka melalui kenyataan ketuanya,Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata 85 % siasatan telah dilakukan.

Kita tunggu apa kesudahannya. Datuk Rais Yatim meminta Aduka Taruna meminta maaf kepada seluruh kerabat diraja Johor atas keceluparan yang dilakukan tetapi bersediakah Rais Yatim meminta Nasir Safar meminta maaf kepada seluruh orang cina dan india di negara ini yang dihina sedemikian rupa. Adakah orang cina dan india di negara ini akan memaafkan atas penghinaan yang dilakukan?

Apa yang pasti Aduka Taruna dan Nasir Safar ada persamaannya. Dua-dua mulut celupar. Cuma celupar Nasir Safar dilihat lebih merbahaya kerana segala tembelang Umno melalui1Malaysia hancur dalam sekelip mata dari sudut pandangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sunday, January 31, 2010

PERKAHWINAN ADUKA TARUNA


Majlis perkahwinan penulis blog DENGAN NAMA PENANYA adukataruna yang baru dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, berjalan lancar dan meriah di kediamannya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini, hari ini.

Khairulnizam Abd. Ghani, 29, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor.

Tinjauan di rumah Khairulnizam mendapati majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan penuh ceria tanpa sebarang gangguan serta dikunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, majlis itu bermula dari pukul 11.30 hingga 6 petang hari ini.

“Majlis hari ini berjalan lancar dan ceria tanpa sebarang gangguan, ramai sanak saudara, jiran dan sahabat yang datang untuk meraikan kedua-dua pengantin.

“Tetapi kita tak mahu komen apa-apa lagi kerana ia akan mengganggu emosi keluarga kami termasuk ibu bapa.

Apa pun kami bersyukur setelah dia dibenarkan diikat jamin kira-kira pukul 7.00 petang semalam,” katanya ketika ditemui SEMALAM.

Katanya lagi, kedua-dua pengantin serta ibu bapa mereka enggan bertemu wartawan dan enggan mengulas sebarang kenyataan kerana sebuah akhbar perdana negara telah membuat laporan yang tidak tepat mengenai Khairulnizam.

“Kita bukan apa, sebab sebelum ini sebuah akhbar perdana buat laporan yang tidak tepat dan mungkin abang (Khairulnizam) akan ambil tindakan.

“Contohnya, akhbar itu ada mengatakan yang abang menyembunyikan diri padahal itu tidak benar sama sekali,” ujarnya.