JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label JEFF OOI. Show all posts
Showing posts with label JEFF OOI. Show all posts

Friday, August 14, 2009

JIM: Jeff Ooi perlu mohon maaf

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi perlu memohon maaf kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) - selepas melabelkannya sebagai pertubuhan ekstremis - untuk memadamkan syak wasangka serta pandangan negatif dari masyarakat, kata Presiden JIM, Zaid Kamaruddin.

"Kalau dia minta maaf, bagus. Kalau dia tidak minta maaf, mungkin timbul pandangan negatif terhadap beliau daripada masyarakat Islam. Orang Islam ini sensitif apabila menyebut tentang undang-undang Syariah.

"Kalau dia bertegas tidak mahu minta maaf, orang akan kaitkan (kenyataannya) dengan DAP walaupun ini sebenarnya adalah pandangan peribadinya," kata Zaid (kiri) sambil menambah, isu -isuyang menyentuh tengan Islam, boleh menjejaskan hubungan antara DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan apabila isu itu dipolitikkan ke atas golongan bukan Islam yang kurang memahami amalan dan budaya masyarakat Islam tempatan.

Zaid juga khuatir isu tersebut bakal mengundang publisiti negatif terhadap penulis blog terkenal itu dan memberi impak buruk terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Isu ini dapat dielakkan sekiranya pemimpin-pemimpin kerajaan di negeri itu berupaya menyelesaikan masalah dalaman mereka tanpa menguar-uarkannya di media," katanya

Sehubungan itu, Zaid menyambut baik saranan kepimpinan PAS untuk mengadakan program penerangan mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam dan ahli-ahli DAP bagi mengelakkan isu seperti itu berulang.

Program penerangan


Menurutnya, program itu juga perlu diperluaskan supaya membolehkan orang Islam juga mempelajari mengenai adat resam dan amalan penganut-penganut agama lain di Malaysia, katanya lagi.

"Kita (orang Islam) pun ada salah faham mengenai agama lain, jadi tidak hairanlah jika ada orang bukan Islam yang membayangkan Taliban apabila bercakap mengenai syariat Islam.

"Kalau kita tidak kenal atau tidak faham agama dan budaya orang lain, kita tidak akan hormat kepada mereka," katanya.

Jeff (kanan) yang juga ketua staf pejabat ketua menteri Pulau Pinang menggesa supaya ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd Razali Abdullah dipecat kerana menganggotai organisasi ekstremis. Mohd Razali adalah ahli JIM.

Jeff membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada objektif penubuhan JIM yang mahu membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang 2020.

Jeff bagaimanapun telah menarik balik kenyataan tersebut atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Zaid turut menjelaskan bahawa JIM adalah sebuah organisasi berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

"Semua orang kenal kita. (Ketua Menteri) Lim Guan Eng dan (pengerusi DAP) Karpal Singh juga sudah keluarkan kenyataan bahawa kita bukanlah seperti yang didakwa oleh YB Jeff sebelum ini," katanya.

malaysiakini

Thursday, August 6, 2009

Jeff Ooi biadap tuduh JIM


KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai 'ekstremis agama', Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, digesa menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka kepada bandan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR Mohd. Razali Abdullah.

Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Jeff Ooi, merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin (gambar )mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau.

"Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar diluar negeri.

"JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat dan yang sewaktu dengannya," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kata Zulkifli kebanyakan pelajar Muslim Malaysia yang belajar di luarnegeri akan menjadi ahli kepada beberapa gerakan dan NGO Islam samada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh Malaysia ataupun Kelab Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan lain-lain.

Katanya lagi Jeff Ooi menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana "bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang menerimapakai undang-undang syariah sepenuhnya" adalah satu pertuduhan yang biadap dan melampau.

Setiap muslim yang beriman katanya, samada di Malaysia atau di mana juga didunia ini, sudah pasti akan mempunyai cita-cita seperti itu namun cara dan mekanisma untuk mencapainya sahaja yang berbeza.

"Sebenarnya sikap yang ditunjukkan oleh YB Ooi dalam mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang ekstremis," katanya.

Dalam pada itu, Presiden JIM, Jamaluddin Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa Ooi sudah jauh tersasar dan melampau sehingga menuduh badan itu sebuah organisasi yang extremis di samping mengheret JIM dalam isu perbalahan antara ahli parlimen itu dan Razali Abdullah.

"Kami ingin jelaskan bahawa syariah adalah sistem bermatlamatkan keharmonian dan keamanan kepada dunia dan manusia.

"Dan cita-cita suci kami ini seiring dengan apa yang ingin dicapai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan NGO Islam yang lain,"katanya sambil menggesa Ooi menarik balik kenyataan tersebut.- azm _