JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label PRM. Show all posts
Showing posts with label PRM. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Hasan Karim Dipersila Sertai PAS



Pendapat Oleh: khairulfaizi

"Saya kenali Hasan Karim sebagai seorang pejuang rakyat di Johor sejak dari awal pembabitan saya di dalam PAS. Beliau seorang pejuang yang cukup konsisten dengan perjuangan rakyat. Keputusan beliau bersama rakan-rakan untuk terus mempertahankan kewujudan Parti Rakyat Malaysia (PRM) setelah Dr Syed Hussin dan yang lain-lainnya membubarkan PRM untuk bergabung dengan Parti keadilan Nasional (PKN) dan seterusnya mewujudkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan betapa beliau cukup konsisten dengan perjuangan.

PRM telah meletakkan beberapa calon dalam PRU ke 12 dalam Hasan Karim sendiri telah bertanding di Parlimen Johor Bahru menentang Datuk Shahrir Samad. Walaupun tewas namun beliau tetap juga meneruskan perjuangan. Sebelum itu, Hasan Karim juga pernah bertanding di Kerusi Parlimen Pontian pada tahun 2004 dengan menggunakan lambang PKR. Walaupun PRM tidak bersama dengan PR namun semangat perjuangannya adalah sehaluan. PRM juga dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada calon PR yang bertanding di dalam siri PRK selepas daripada PRU 12 termasuklah PRK di Bagan Pinang.

Namun, pastinya keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PRM menjadi satu kejutan di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Hasrat Hasan Karim untuk membawa PRM bersama PR telah ditolak oleh perwakilan Kongres Nasional PRM ke 41 baru-baru ini dan ia bukanlah satu keputusan yang mengejutkan kerana kumpulan yang masih lagi bersama dengan PRM adalah mereka yang tidak mahu bergabung dengan PKN dahulu.

Saya menghormati kehendak perwakilan PRM ini dan ecara peribadi saya mengalu-alukan sekiranya PRM dapat bersama di dalam PR kerana sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi PR khususnya di Johor namun setakat ini PRM masih belum bersedia untuk bersama.

Apapun, Hasan Karim perlu meletakkan dirinya di dalam mana-mana parti di dalam PR sekiranya berhasrat untuk menyokong PR. Oleh itu, saya memperlawa beliau untuk menyertai PAS dan kita bekerja bersama untuk menumbangkan UMNO/BN khususnya di Johor.

Salam perjuangan!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

http://minda-kembara.com/v2008/

Syabas Hasan Karim Keluar PRM Sokong PR


"Syabas dan tahniah setinggi-tingginya kepada beliau yang berani membuat satu keputusan yang amat pahit untuk dilakukan...Jom kita bersama dengan pakatan rakyat..Hasan Karim dan Allayarham Razak Ahmad adalah tokoh pembangkang yang amat disegani di Malaysia dan khususnya di Negeri Johor

Hasan berdiri semasa merasmikan cawangan sungai petani kedah

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.
Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.

PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.HARAKAHDAILY

Berita Oleh: Lutfi

http://lutfimj2006.blogspot.com/"