JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label najib cuepacs. Show all posts
Showing posts with label najib cuepacs. Show all posts

Friday, November 13, 2009

TIDAK BERMORAL : CUEPACS BERJAYA TUMBANGKAN NAJIB

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.

Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.

"Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak.

"Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini.

Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata Perdana Menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.

Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas.

Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.

Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

"Selepas Perdana Menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.

Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.

Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres.

-- BERNAMA

Saturday, November 7, 2009

CUEPACS kecam Najib

oleh Masdarwahid

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu menemui Najib Razak berkaitan kenyataan Presiden Umno itu yang menggelarkan mereka sebagai tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.

Presidennya, Omar Osman berkata, pertemuan itu bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi daripada PM sendiri berkaitan perkara itu termasuk keadaan semasa ekonomi negara.

Menurutnya, pihaknya sehingga kini belum diberi penjelasan oleh PM berkaitan ekonomi negara walapun mengakui perkara itu merupakan hak PM.

"Selepas kenyataan PM disiarkan oleh media, saya menerima banyak respon dari ahli kesatuan yang merasa kesal dengan kenyataan itu dan mahu penjelasan rasmi dibuat oleh PM mengenainya.

Menurutnya, terpulang kepada PM bila pertemuan boleh diadakan tetapi CUEPACS berharap 'dengan kadar yang segera'.

Diajukan apa yang dimaksudkan dengan 'dengan kadar yang segera', beliau berkata pertemuan itu wajar diadakan kurang dua minggu dari tarikh hari ini.

"Kami pada hari ini dengan satu suara, satu hati dan satu kenyataan melahirkan rasa kesal dengan 'teguran' PM yang mengatakan kami tidak bermoral kerana menuntut bonus dua bulan gaji," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata, tuntutan bonus dua bulan itu bukanlah diputuskan oleh beliau sendiri sebagaimana kenyataan Najib yang menggelarkan saya mencari populariti tetapi ianya adalah keputusan Majlis Kongres CUEPACS yang diwakili oleh semua gabungan itu.

Menurutnya, keputusan itu juga dibuat lama sebelum bajet dibentangkan dan satu surat mengenainya telah dihantar kepada Najib selaku Menteri kewangan.

Mesyuarat pada hari ini (7 November 2009) yang memakan masa hampir dua jam berjaya menghimpunkan 130 daripada 145 wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara.

Mengulas lanjut katanya, semua ahli yang hadir pada hari itu telah mengumpulkan tandatangan bagi menyatakan sokongan penuh kepada CUEPACS dan presidennya.

"Perkara sama akan dilakukan oleh ahli gabungan yang hadir pada hari ini iaitu akan mengumpul tandatangan ahli masing-masing di seluruh negara bagi menyatakan sokongan kepada presiden dan CUEPACS," katanya.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menghubungi mereka dan mengesahkan PM telah menyatakan persetujuan untuk menemui kesatuan itu.

Terdahulu kenyataan Najib itu itu dikeluarkan Rabu lalu di Jamuan makan malam Banker Club dan disiarkan oleh pelbagai media di negara ini yang akhirnya menimbulkan kecaman pelbagai pihak termasuk ahli gabungan kesatuan itu.

habis...