JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, December 18, 2009

Adit is a "desperado politician"


I am not surprised with Gabriel Adit move by joining Parti Cinta Malaysia. For me, Adit is a "desperado politician" , whose main aim is to fill his own pocket.

The PCM leadership has made a grave mistake for accepting Adit into their party. In Iban Adit is a "bacu" politician, who has no spirit of "Agi Idup Agi Ngelaban" .

He is more bacu than Masing, atleast Masing stayed outside BN for more than 3 years. But Gabriel Adit, the same person that said PKR was the most suitable party for the dayak, but today, less than one year later said that PCM is better party for Sarawak... Who would trust this man?.

Last month, his strong supporters in Kanowit announced that they were no longer aligned to Adit.

With that announcement, I am predicting that if he stands in the coming general election, which is due in 2011, the only vote that he will get will be from his Deputy...Dick Sekalai!

According to the report in Malaysian Mirror, Adit has joined Parti Cinta Malaysia (PCM) officially this morning.The party also named him as the Sarawak head of the Penang-based party that was formed four months ago.

Lawrence Dick Sekalai was made his deputy in Sarawak. Sekalai comes from an influential family and was a strong supporter of the deregistered Parti Bansa Dayak Sarawak. He retired three years ago as Bintulu’s Deputy Resident.

PCM president Tang Weng Chew made the announcement this morning at a news conference. Although PCM said it is neutral, it is believed to be backed by certain BN leaders.

A promise to Sarawakian/s.... Only to His Deputy Dick Sekalai

Adit, who was also present, said he would not disappoint Sarawakians by joining the new party. "After watching PKR, I don't think they can take over Sarawak. I hope we at PCM can serve the people of Sarawak better," he said.

Adit is a four-term Ngemah state assemblyman, three of which were on the BN ticket when he was a vice-president of the now defunct Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), a Dayak majority state BN component party which was de-registered after an internal leadership crisis.

He had joined PKR last year but left the party last October, claiming that he was neither pro-BN nor pro-opposition but merely "pro-issues".

A big surprise....Unlikely to me

Earlier, there were speculations that he would be forming a new party to be known as Pakatan Rakyat Malaysia but the plan fizzled out after the purported lukewarm reception to it.

Adit's detractors had also not been kind to him, highlighting his financial predicament publicly after he left PKR. But his joining PCM, a "mosquito" party in Penang, came as a big surprise.

PCM backers are still unknown although at one point, the party was linked to some disgruntled MCA members.

My wish for Gabriel Adit is REST IN PEACE!- bukittunggal

Friday, December 11, 2009

Krisis Air : Mahasiswa selar sikap membisu MP Labuan


KUALA LUMPUR : Krisis air di Wilayah Persekutuan Labuan yang tiada penyelesaian sejak Jun lalu memaksa sekumpulan Pro-Mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menghantar memorandum kepada pejabat Perdana Menteri (PM), Najib Razak agar satu penyelesaian segera dilakukan terhadap permasalahan itu.

Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan MPP-UMSKAL, Qatrun Nada Mohd Latfi berkata, permasalahan air di Pulau bebas cukai itu bukan sahaja melibatkan universiti itu tetapi melibatkan keseluruhan penduduk Kira-kira 85,000 orang.

Menurutnya, bagi mahasiswa di UMSKAL, pihak universiti ada menyediakan lori untuk menghantar air sebanyak tiga kali sehari ke kediaman mereka tetapi sejak September lalu penghantarannya tidak konsisten selain jumlah air yang dihantar kian berkurangan dan air tersebut tidak sesuai untuk diminum.

“Wujud kes seorang mahasiswi yang menjalani pembedahan akibat masalah didalam perut pada September lalu antaranya berpunca daripada air yang diminum daripada lori tangki terbabit.

MPP juga membuat pemerhatian dan temuramah di Hospital Baru Labuan ketika penghantaran pelajar itu dan mendapati, individu dan keluarga yang dijangkiti selesema babi atau Influenza A (H1N1) mengatakan rumah mereka tiada bekalan air bersih selain kurang mampu untuk membeli air mineral dipasaran setiap hari,” katanya.

Qatrun berkata, akibat krisis air itu juga kos hidup mahasiswa bertambah kerana terpaksa membeli air mineral setiap hari selain seorang perempuan patah kaki akibat terjatuh ketika mengangkat air ke kediamannya.

Sehubungan itu, mereka menuntut agar Najib campur tangan dalam hal itu memandangkan usaha mereka mengadukan permasalahan itu kepada pelbagai pihak berwajib menemui jalan buntu.

Malah, usaha sekretariat MPP dimarahi dan disoal siasat hanya kerana ingin membuat temujanji dengan Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan dan Ahli Parlimen (MP) Labuan, Yussof Mahal.

Delegasi mahasiswa pada 8 Disember lalu turut disokong oleh mahasiswa seluruh negara termasuk Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M Nasional), Gabungan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seluruh negara, Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan tanda tangan sokongan masyarakat Labuan.

Salinan memorandum itu turut diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Yussof Mahal pada 7 Disember lalu. Namun, sehingga kini kedua-dua pimpinan Umno itu kekal dengan sikap membisu.

Sementara itu, bagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin berkata, jika komponen terpenting dalam masyarakat iaitu mahasiswa di Labuan langsung tidak diendahkan oleh mereka, apatah lagi dengan rakyat terbanyak?

Beliau melihat tindakan membisu oleh pimpinan rejim Umno/BN itu kerana isu air bagi mereka mungkin tidak memberi kesan kepada pengundi dalam kawasan parlimen itu.

Sehubungan itu, beliau berharap warga Labuan melihat isu ini dengan serius dan hati yang terbuka kerana inilah wajah sebenar wakil rakyat BN yang hanya menyelesaikan masalah rakyat menjelang pilihanraya tetapi buat bodoh selepas itu dengan kesibukan menguruskan perut dan diri sendiri.

Labuan yang asalnya milik kerajaan negeri Sabah diserahkan kepada kerajaan persekutuan pada tahun 1984 melalui “Perjanjian Labuan” yang ditandatangai bersama oleh PM ketika itu Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Sabah, Harris Mohd. Salleh walapun ia dibantah penduduk Sabah.

Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil yang turut menyokong usaha MPP UMSKAL menuntut Yussof memberi perhatian serius berkaitan permasalahan itu dan menggesa beliau segera memberi penjelasan.

Bagi Presiden MARSIS, Hendri Hamsah berkata, jangankan setengah tahun, setengah hari tanpa air pun, manusia akan rimas memandangkan air ialah sumber penting bagi kehidupan manusia.

Beliau yang berkelulusan Kejuruteraan Elektrik Mekatronik berkata, syarikat petronas yang beroperasi di wilayah itu diakui memerlukan air dalam jumlah yang banyak dan 42 juta liter sehari yang dibekalkan kepada penduduk Labuan tidak mencukupi kerana ia turut dikongsi oleh kilang Methanol Petronas.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, pulau itu kekurangan 20 peratus daripada 56 juta liter bekalan yang sebenarnya diperlukan setiap hari dan krisis bekalan air yang dihadapi penduduk di situ hanya dapat diatasi apabila projek paip air dasar laut siap sepenuhnya menjelang akhir 2010.

dipetik daripada erapakatan.com

berita ini akan berada di pasaran (edisi cetak)bermula 14 Disember ini.

masdarulawwal@gmail.com

Wednesday, December 9, 2009

‘Jangan cakap sahaja, kotakan kata-kata kamu'



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘mengotakan apa yang dikata’ berkaitan siasatan kes rasuah di negeri itu yang membabitkan kes penyelewengan projek bernilai RM6 juta.

Ketua Penerangannya, Abdul Azeez Mohamad berkata, beliau mengalu-alukan siasatan itu tetapi ia haruslah dibuktikan dengan tindakan yang telus dan segera kerana badan itu selama ini hanya dilihat sebagai ejen rejim Barisan Nasional.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila kes membabitkan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang pernah didedahkan oleh media sebelum ini akhirnya dibiarkan terperap.

“Rakyat Sarawak sehingga ke hari ini masih tertanya-tanya dan mahu tahu apa sudah jadi dengan kes rasuah yang melibatkan Taib Mahmud (gambar bawah).

"Bagaimana status terkini kes itu, atau ia terus ditutup hanya kerana Ketua Menteri itu pemimpin BN,” soalnya.



Abdul Azez memberitahu, terlalu banyak kes rasuah yang berlaku di Sarawak termasuklah salah seorang wakil rakyat di negeri itu yang baru sepenggal bergelar wakil rakyat tetapi telah memiliki rumah mencecah jutaan ringgit.

Sambil menyatakan kekesalannya, beliau berkata, wakil rakyat BN hanya mementingkan diri dan membiarkan rakyat terus miskin tanpa bekalan elektrik dan air bersih.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat segera segala kes rasuah di Sarawak termasuklah di kalangan ‘orang politik’ kerana perkara itu merupakan tanggungjawab mereka yang di bayar gaji oleh pembayar cukai.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sedang menyiasat satu kes penyelewengan dalam pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan bernilai RM6 juta.

Abu yang bakal menggantikan ketuanya, Ahmad Said Hamdan bermula 1 Januari ini bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan apabila diajukan samada siasatan itu melibatkan orang politik atau menteri tertentu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Samsiah Abu Bakar mengesahkan 17 orang termasuk Sembilan pegawai kerajaan sudah ditahan berkaitan kes itu.

Dalam perkembangan lain, Samsiah menjelaskan berdasarkan kajian ke atas empat daripada 295 kes rasuah yang berlaku di Sarawak sejak tahun 2002 hingga 2005, sebanyak 60 peratus daripadanya berlaku ketirisan dengan kos ke semua empat projek itu mencecah RM245,000.

erapakatan.com

Sijil Anak Negeri : Mengapa hanya DAP disiasat?

Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan mengapa hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP sahaja yang disiasat dalam kes Sijil Anak Negeri (SAN) manakala mereka yang ‘ada hubungan baik dengan kerajaan’ didiamkan.

PAS Sabah melalui Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah Abdullah berkata, Ramai dikalangan taukeh-taukeh besar yang memiliki SAN palsu memiliki tanah adat dan membuka ladang-ladang besar terselamat hanya kerana mereka dikatakan menyokong rejim BN.

Menurutnya, mereka juga membolot projek-projek yang dikhususkan untuk Bumiputera serta anak-anak mereka ‘diluluskan’ mengikuti pengajian di UiTM.

“Berita mengenai pemalsuan SAN ini tersebar luas di laman-laman blog serta akhbar tempatan tetapi pemimpin rejim BN khususnya Umno, tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyiasat jenayah keji ini yang sinonim dengan perangai parti itu.

"Kalau nak tipu boleh, nak selamat dari disiasat pihak berwajib akibat dari perangai menipu boleh, yang penting mesti sokong UMNO/BN,” ujarnya dalam laman rasmi parti itu, http://pasabah.wordpress.com/

Hamzah berkata, SAN tidak diperlukan kerana mana-mana anak yang dilahirkan oleh suku kaum yang diiktiraf sebagai anak negeri pastinya nama suku kaum tersebut akan dicatit dalam sijil lahir mereka. Jadi apa perlu untuk memohon SAN?

Beliau menambah, pengumuman Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hajiji Mohd Noor tentang pembekuan pengeluaran SAN sebenarnya hanya mendedahkan individu-individu tertentu yang memiliki kuasa, menyalahgunakan proses pengeluaran SAN tersebut kerana dibimbangi ia dibuat bukan berdasarkan kelayakan pemohon tetapi lebih kepada berapa harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sijil itu.

Hamzah turut membidas Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang menjadi dalang mengesahkan Sijil Anak Negeri Palsu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri.

Beliau juga akan mendedahan perangai buruk orang-orang yang berkuasa di Majlis Hal Ehwal Anak Negeri dalam waktu yang terdekat.

Mengulas isu sama, Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR (AMK) Sabah, Zainuddin Hasssan berkata, keengganan anggota PDRM menyiasat dan mengambil tindakan ke atas aduan kaum anak negeri terhadap mereka yang memiliki SAN yang kesahihannya diragui adalah punca penggunaan SAN palsu berleluasa di Sabah.

“Jika BN komited memperjuangkan hak peribumi Sabah, mengapa siasatan hanya tertumpu kepada pimpinan pakatan sahaja. Bagaimana denga tauke - tauke proksi BN dan Umno yang merampas ribuan ekar tanah orang kampung dengan mengunakan SAN yang serupa.

“Apakah mereka diberi kekebalan dan imuniti daripada kerajaan dan tidak boleh diambil tindakan Undang Undang,” tegas Zainudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar siasatan dilakukan terhadap semua aduan yang pernah dibuat oleh kaum anak negeri Sabah jika memang PDRM jujur hendak menangani perkara ini dan bukan menangguk di air keruh untuk mencari untung peribadi.

Sebuah portal berita sebelum ini pernah menyiarkan tindakan seorang wanita berbangsa Sungai di daerah Kinabatangan, Rosmina Nazry, melaporkan kepada Polis akan perbuataan seorang wanita berbangsa Cina tetapi memiliki serta menggunakan satu Sijil Anak Negeri yang tiada rekod di Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu.

Malangnya aduan Rosminah Nasry kepada Polis gagal disiasat oleh Polis walaupun aduan rasmi telah dibuat di Balai Polis daerah Sandakan.

Terdahulu, Adun tunggal PR di Sabah, iaitu Jimmy Wong Sze Phin dari DAP didakwa menceroboh tanah rizab kerajaan dan taman permainan bertujuan bagi mengubah suai kawasan rumahnya.

Beliau juga didakwa memperolehi SAN secara meragukan yang membolehkannya membeli tanah berstatus tanah anak negeri.

Dakwaan itu dibuat oleh Adun Samsudin Yahya (BN-Sekong) semasa membahaskan bajet Sabah 2010 pada 17 November lalu.

Adun Sekong itu turut mendakwa bahawa "pagar chain link dan stor konkrit" telah didirikan di kawasan lapang Taman Kafar, Jalan Sin On, Tawau oleh Adun PR itu.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan itu.

Sijil perakuan Bumiputera atau juga disebut Sijil Anak Negeri telah dibekukan oleh Kerajaan Berjaya pada tahun 1982 ekoran penyalahgunaan kuasa dan pemberian dokumen tersebut kepada golongan yang tidak layak memilikinya.

Kerajaan Berjaya pernah memerintah Sabah dari tahun 1976-1985 dan antara mereka yang berada dalam kabinet negeri pada masa itu ialah Presiden PBS, Pairin Kitingan.

Tuesday, December 8, 2009

I SUKA SUARA U TAW - HISHAMUDIN

Menteri beri kereta mewah pada artis...

Memecah sunyi lama tak buat posting dengan posting yang bertajuk sensasi....

Membaca tajuk sudah tentu semua membayangkan ada Menteri membela artis seksi dengan beri kereta mewah.....itulah persepsi ramai bila baca tajuk ....

tapi kali ini lain...

petikan dari laman Umno

Ribut dan kalut ! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. laman web pro umno turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.

TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media.

Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut.

Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.

Friday, December 4, 2009

Happy Birthday Kak Azizah


Dari suri rumah kepada Ahli Politik. Menempah sejarah sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia dan pernah menjadi Ahli Parlimen tunggal mewakili partinya.

Beliau yang dimaksudkan ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kabinet dan kerajaan oleh Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri (PM) ketika itu mendesak beliau untuk memimpin Parti Keadilan Nasional (kini PKR) yang ditubuhkan atas desakan rakyat marhaen dan pelbagai pertubuhan politik pelbagai kaum di Malaysia.

Wan Azizah juga terpaksa terjun ke arean politik tanah air, sesuatu yang tidak dijangkanya dan langsung tidak diminatinya.

“Saya tidak ada minat dan tidak didedahkan kepada apa-apa yang berbaur politik sejak kecil lagi. Saya dibesarkan di Alor Setar, ‘a small town girl’ dan belajar di Sekolah Convent. Saya hanya menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Selepas itu saya ke luar negara, tamatkan pengajian dan pulang bekerja di Malaysia. Itu saya kira sesuatu yang biasa dialami oleh ramai orang.

“Saya hanya isteri seorang ahli politik, saya tidak tahu selok belok politik. Saya hanya menerima tetamu yang datang ke rumah, menghadiri Perhimpunan Agung Umno dan sebagainya dan juga sedikit sebanyak pengalaman sebagai isteri menteri dalam Bakti.,” katanya dalam satu temubual selepas melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pada 31 Julai tahun lalu.

Beliau memenangi kawasan itu selama tiga penggal iaitu pada tahun 1999, 2004 dan 2008.
Pada PRU 2008, beliau menewaskan calon BN, Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398.
Isteri, Ibu, nenek dan pemimpin Rakyat. Itu antara jawatan yang kini digalas oleh beliau dan pada hari ini beliau menyambut hari lahir yang ke 57.

Wan Azizah juga telah dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa Datuk Seri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 12 Julai tahun lalu.

Beliau yang dilahirkan pada 3 Disember 1952 dan berkahwin dengan Anwar pada tahun 1980 dikurniakan lima orang anak iaitu Nurul Izzah yang berusia 29 tahun, Nurul Nuha (25), Muhammad Ihsan (24), Nurul Ilham (22), Nurul Iman (19) dan Nurul Hana (17).

Nurul Izzah kini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas menumbangkan Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno dan Menteri berkaitan wanita.

Kami di erapakatan.com mengucapkan Salam Hari Lahir kepada Kak Azizah dan semoga terus cekal memimpin parti dan berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang sesuai dengan cita-cita rakyat khususnya pada tarikh keramat 08 03 08.

Sunday, November 29, 2009

Dua Pergi, 100 Mari – Datuk Johan


KUALA LUMPUR : Tindakan dua Setiausaha PKR dalam Cabang (Bahagian) Papar, yang keluar parti dan menyertai Umno baru-baru langsung tidak menggugat kekuatan PKR di negeri itu malah akan menambahkan masalah pada Umno.

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Johan O.T Ghani (gambar) berkata, kebanyakan mereka yang keluar parti itu mungkin menghadapai masalah tertentu tetapi yang pastinya PKR sebagai parti masa hadapan akan terus hidup dan bekerja keras untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, kekuatan parti bukan bergantung kepada individu tetapi berteraskan kepada semangat perjuangan yang dipegangnya.

“Jika hari ini ada dua ahli yang keluar, esok lusa, saya yakin akan lebih ramai dan boleh jadi beratus-ratus ahli Umno/BN yang menyertai PKR seperti yang berlaku di Kunak baru-baru ini,” katanya kepada Konsep Era Pakatan di sini sebentar tadi.

Beliau yang berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak tahun 1970an di Sabah memberitahu, dalam perjuangan pasti ada cabaran yang mesti ditempuhi termasuklah dari aspek kekuatan mental dan sikap daya juang yang tinggi yang menjadi pra-syarat penting kepada kekuatan diri menempuh cabaran.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap ahli PKR di negeri itu memahami dengan bersungguh-sungguh intipati perjuangan parti serta memperkemaskan jentera di setiap cabang dan ranting masing-masing ke arah menawan Sabah dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Datuk Johan O.T Ghani ialah bekas ahli Umno dan merupakan mantan Adun Kuala Penyu pada tahun 2004 dan hanya kalah tipis iaitu 257 undi kepada calon Upko dan PKR dalam persaingan tiga penjuru pada pilihanraya umum lalu.

Beliau yang ketika itu bertanding atas tiket Bebas akhirnya menyertai PKR beberapa bulan kemudian.

http://www.erapakatan.com