JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Sunday, November 29, 2009
Dua Pergi, 100 Mari – Datuk Johan
KUALA LUMPUR : Tindakan dua Setiausaha PKR dalam Cabang (Bahagian) Papar, yang keluar parti dan menyertai Umno baru-baru langsung tidak menggugat kekuatan PKR di negeri itu malah akan menambahkan masalah pada Umno.
Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Johan O.T Ghani (gambar) berkata, kebanyakan mereka yang keluar parti itu mungkin menghadapai masalah tertentu tetapi yang pastinya PKR sebagai parti masa hadapan akan terus hidup dan bekerja keras untuk kebaikan rakyat.
Menurutnya, kekuatan parti bukan bergantung kepada individu tetapi berteraskan kepada semangat perjuangan yang dipegangnya.
“Jika hari ini ada dua ahli yang keluar, esok lusa, saya yakin akan lebih ramai dan boleh jadi beratus-ratus ahli Umno/BN yang menyertai PKR seperti yang berlaku di Kunak baru-baru ini,” katanya kepada Konsep Era Pakatan di sini sebentar tadi.
Beliau yang berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak tahun 1970an di Sabah memberitahu, dalam perjuangan pasti ada cabaran yang mesti ditempuhi termasuklah dari aspek kekuatan mental dan sikap daya juang yang tinggi yang menjadi pra-syarat penting kepada kekuatan diri menempuh cabaran.
Sehubungan itu, beliau berharap setiap ahli PKR di negeri itu memahami dengan bersungguh-sungguh intipati perjuangan parti serta memperkemaskan jentera di setiap cabang dan ranting masing-masing ke arah menawan Sabah dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Datuk Johan O.T Ghani ialah bekas ahli Umno dan merupakan mantan Adun Kuala Penyu pada tahun 2004 dan hanya kalah tipis iaitu 257 undi kepada calon Upko dan PKR dalam persaingan tiga penjuru pada pilihanraya umum lalu.
Beliau yang ketika itu bertanding atas tiket Bebas akhirnya menyertai PKR beberapa bulan kemudian.
http://www.erapakatan.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment