JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, January 26, 2008

Dompok : Dulu lain, sekarang lain

Dulu
30 Julai 2001, Kongres ke-7 UPKO.
‘UPKO sama sekali tidak dapat menerima perjuangan PAS untuk mendirikan Islamic State di Malaysia. UPKO akan terus menyokong politik kesederhanaan UMNO termasuk dalam mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera.’’

Sekarang
2 Ogos 2007, Pelancaran ’Merdeka Statement’, CPPS-ASLI.
‘I think my colleagues in the government will forgive me for saying that I will not agree that we are an Islamic State. For all intents and purpose, I think Malaysia was not meant to be an Islamic State.’

Jika dulu Dompok kononnya menyokong kesederhanaan UMNO dan menentang perjuangan Negara Islam ala PAS, tetapi kini tidak lagi. Beliau dilihat seolah-olah menyamakan perjuangan politik PAS dengan UMNO dalam konteks negara Islam. YAB TPM telah menjelaskan bahawa UMNO dan PAS mempunyai interpretasi dan versi yang berbeza mengenai negara Islam. Tak kan Dompok tidak menyedarinya.

Sewajarnya, Dompok meneliti secara rasional kenyataan Y.A.B. Timbalan Perdana bahawa ‘Islam is the official religion and we are an Islamic state. But as an Islamic state, it does not mean that we don’t respect the non-Muslim. The Muslim and the Non-Muslims have their own right.’ Malangnya, beliau secara gopoh lebih berminat mencetuskan kontroversi kepada soal istilah negara Islam atau sekular.

Dompok : Dulu akur, sekarang takbur
Dulu
25 Disember 2005
‘And the fact that the government gave me the responsibility not only to represent the Christian community in the country but also to lead Malaysian Delegation for the funeral of the successor of St Peter in the Vatican City, Rome. It was an experience of a life time.’

‘For us in Malaysia, I am glad that the government led by Prime Ministers Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi saw it fit for Malaysia to be represented for the Pope’s funeral. These are proof of our country’s commitment to religious freedom. The including its first item-Belief in God-speak volumes of our uniqueness as a nation.’

Bukan main lagi ‘sopan santunnya’ kenyataan Dompok. Itulah keharmonian dan kesederhanaan negara Islam acuan Kerajaan BN, sehinggakan Dompok sendiri terasa amat menghargai nikmat dan peluang yang diberikan. Beliau akur akan hakikat itu. Tetapi tak sampai dua tahun, nampaknya beliau sudah lupa prinsip ketiga Rukun Negara-Keluhuran Perlembagaan, apabila secara tidak bertanggungjawab mempersoalkan Keluhuran Perlembagaan dengan mempertikaikan Artikel 121 (1A) mengenai bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Syariah. Sekali gus mempertikaikan kewibawaan kenyataan dan penegasan YAB PM mengenainya. Apa pula versi terbaru yang jelas menggambarkan sikap takbur Dompok:
Sekarang
2 Ogos 2007.

‘It is a big challenge that today that the judiciary seems to play football with cases. There are cases where it is neither with the syariah nor the civil courts.’

Malaysiakini turut melaporkan bahawa ‘he (Bernard) felt that the court cases in which one spouse had converted to Islam should be heard by the civil courts.’

Dompok juga mungkin tidak sempat membaca kenyataan berulang kali Pak Lah bahawa Artikel 121 (1A) tidak akan dipinda akan kekal seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan ini juga disasarkan kepada ‘musuh’ beliau, Datuk Seri Nazri Aziz yang menjaga hal ehwal kehakiman dan perundangan.

Dompok : cakap tak serupa bikin

30 Julai 2001
‘Apa yang kita dapat lihat ialah komitmen padu Kerajaan BN untuk memastikan di dalam negara ini tidak seorang pun merasa dirinya dibelakangkan. Saya tidak ragu-ragu mengatakan bahawa inilah yang mengukuhkan perasaan sepunya (sense of belonging) di kalangan mereka.’

30 Julai 2001
‘UPKO percaya bahawa sesungguhnya tujuh teras asas perjuangan UPKO hendaklah diperjuangkan melalui prinsip-prinsip politik perundingan, politik keharmonian, politik perdamaian, politik setia kawan dan politik perkongsian kuasa yang diamalkan BN.’

Begitulah ideal, mulia, murni, suci dan ikhlas (kononnya) teras perjuangan Dmpok bersama UPKO. Mari kita senaraikan satu persatu dan terjemahkan dalam realiti politik semasa. Adakah Dompok benar-benar ’Walk The Talk’?

1. Prinsip politik perundingan – dalam pilihan raya 2004, Dompok telah menafikan keputusan politik perundingan apabila tetap menuntut kerusi DUN Kuala Penyu kepada UPKO walaupun ’sepatutnya’ diberikan kepada UMNO. Sebelum senarai calon dihantar kepada Pak Lah, Dompok dilaporkan telah ’mengejar’ Datuk Musa (Pengerusi BN Sabah) ke mana sahaja-pejabat,rumah,lapangan terbang,bilik mesyuarat,berjoging di laman rumah, ke KK,KL semata-mata hendakkan DUN itu kekal kepada UPKO. Dompok adalah pemimpin ego yang sanggup melihat BN gagal menyapu bersih kerusi DUN Sabah asalkan hasrat peribadinya tercapai.

2. Prinsip politik keharmonian- jika ini dihayati, Dompok tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan kontroversi dan pendapat peribadi yang berat sebelah berkaitan isu-isu agama kerana ia tentu akan menimbulkan reaksi berbeza daripada pihak lain pula.

3. Prinsip politik perdamaian- ini juga ‘jauh panggang dari api’ kerana Dompok dilihat sentiasa ’mencipta peluang’ untuk melemahkan pengaruh PBS dalam BN bagi membolehkan kaum Kadazandusun Murut menyokong UPKO. Kenyataan kontroversinya termasuk isu-isu berkaitan Sabah dilihat cuba untuk ’memerangkap’ Datuk Dr.Maximus Ongkili (menjaga hal perpaduan dan integrasi nasional) agar ’berkata dan berbuat’ sesuatu yang ’bodoh’ seperti beliau. Dompok mahu dilihat ’lebih menyerlah’ kononnya berbanding Dr.Maximus (PBS) meskipun terpaksa menggadai semangat perdamaian dalam BN.

4. Prinsip politik setia kawan- membuat kenyataan kontroversi, meletakkan jawatan secara mengejut, mengkritik terbuka rakan sejawat (Datuk Seri Nazri Aziz), ‘menyembelih rakan komponen BN’ dengan mengambil tindakan yang akhirnya menjadi liabliti kepada BN juga membolehkan kita meragui prinsip ini. Dompok sanggup mengorbankan semangat setia kawan BN dan membuat kenyataan yang melampau semata-mata hendak menjadi juara kaum kadazandusun Murut agar dilihat lebih relevan berbanding PBS dan PBRS.

5. Prinsip politik perkongsian kuasa- masa jadi KM sistem penggiliran, boleh tanya komponen BN Sabah yang lain terutamanya UMNO dan SAPP, berapa banyak jawatan dan projek yang dibolot PDS (pada masa itu). Peliknya, dalam majlis CPPS itu, beliau sendiri menggambarkan bahawa Kabinet sebagai ‘a diverse membership with a collective spirit’. Tetapi Dompok mengambil pendirian peribadi yang sepatutnya dinyatakan dalam mesyuarat Kabinet dan bukannya secara terbuka bagi mengelakkannya dieksploitasi.

Dompok: Liabiliti BN dan Populariti Pembangkang
Mei 2007-
Beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi JK Pilihan Parlimen mengenai Integriti (PSCI) dengan alasan sebagai Menteri, beliau terlalu sibuk untuk mengetuai JK seumpama itu. Bagaimanapun, ia dipercayai berpunca daripada ‘pengaruh kuat’ Lim Kit Siang (Tim.Pengerusi JK) ke atas Dompok sehinggakan JK berkenaan seolah-olah menjadi sebuah badan penyiasat berautoriti. Ia terutamanya melibatkan pembatalan mesyuarat JK tersebut bersama JPN berkaitan isu kad pengenalan palsu di Sabah di samping isu dakwaan rasuah bekas Ketua Pengarah BPR.

Sebenarnya JK berkenaan ditubuhkan untuk mengadakan sesi perjumpaan awam bagi mendapatkan maklumat dan merangka program atau mencari penyelesaian bagi memantapkan sesuatu dasar. Dalam konteks ini, berkaitan integriti. bukan menyoal siasat. Oleh kerana sudah ‘terperangkap’ dengan Lim Kit Siang, akhirnya beliau cuba menjadi hero dengan meletakkan jawatan. Tetapi, ia tetap menjadi liabiliti kepada BN.
Sebenarnya, tindakan Dompok itu juga merupakan satu protes beliau kepada UMNO khususnya UMNO Sabah yang didakwa tidak mempunyai integriti kerana membentuk Kerajaan Sabah hasil daripada pengundi yang memegang IC palsu atau projek M. Dendam beliau kepada UMNO masih belum reda kerana percaya bahawa kekalahan calonnya di DUN Kuala Penyu kepada bekas Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk John Ghani adalah sabotaj UMNO kepada partinya.

Dompok : Hero Pembangkang dan NGO berhaluan kiri
Dompok sanggup menjadi ‘kayu api’ pembakar semangat perjuangan pembangkang dan NGO berkenaan. Kenyataan-kenyataan yang ‘bersimpati dan menyokong’ tindakan Dompok tersebut secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti YAB PM dan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan integriti selain mencemarkan nilai ajaran Islam yang universal.
Jika diteliti kenyataan berikut, ia seolah-olah menggambarkan bahawa pemimpin Kerajaan yang beragama Islam termasuk Pak Lah tidak mengamalkan nilai-nilai integriti dalam pentadbirannya. Sebaliknya, pengorbanan Dompok (beragama Kristian) yang sanggup meletakkan jawatan merupakan satu bukti beliau tidak sanggup bersekongkol dengan pemimpin Islam yang tidak mempunyai integriti.

‘We are thankful that you have upheld our Christian values and ethics at the highest level of Government and wish that your good example will be followed by our leaders.’
(Bishop Dr.Paul Tan Chee Ing,Chairman of the Christian Federation of Malaysia).

‘In the light of such developments, the Council of Churches humbly appeals to the PM to implement his stated policies of integrity, accountability and transparency by re-instating Tan Sri Bernard as Chairman and making sure that government agencies fully cooperate with PSCI in its work.’
(Rev.Dr.Hermen Shastri. General Secretary, CCM)

‘This is disrespectful parliament and reflects the standard and quality of administration of this country.’
(Ramon Navaratnam, Transparency International).

‘Dompok should be saluted for his courage and conviction as well as integrity.’
(Lim Guan Eng)

‘Dompok has made all Sabahans and Malaysian proud.’
(Lim Kit Siang)

‘Tan Sri Dompok’s stance as a positive development.’
(Rev.Wong Kim Kong, The National Evangelical Christian Federation)

Dompok : Kuda tunggangan CPPS-ASLI

Sebagai Menteri Kabinet, jemputan itu sepatutnya dimanfaatkan untuk menyampaikan ‘mesej Kerajaan’ secara tidak langsung kepada khalayak dan ‘meneutralkan perspektif negatif CPPS’ terhadap Kerajaan dalam pelbagai isu. Beliau sebenarnya boleh bercakap mengenai isu lain, tetapi memilih untuk ‘melemahkan Kerajaan dan kewibawaan YAB PM’. Kita mengetahui bagaimana CPPS menimbulkan keresahan rakyat apabila Dr. Lim Teck Ghee mengeksploitasi isu ekuiti bumiputera dalam kajiannya.

Beliau meletakkan jawatan kerana desakan dan tempat beliau diambil alih oleh Tan Sri Ramon Navaratnam. Beliau juga agak lantang dan prejudis terhadap Kerajaan dalam isu-isu berkaitan rasuah. Dompok mengetahui bahawa kenyataannya berkaitan isu negara Islam akan mencetuskan kontroversi.

Dompok: Semakin Kehilangan Sokongan
Meskipun berkelulusan Ijazah Bsc FISM dari United Kingdom, Dompok terpaksa mencari publisiti murahan atau mencetuskan kontroversi bodoh dan kontra berkaitan isu sensitif untuk mendapatkan perhatian dan political mileage. Dengan harapan, semua pihak akan tahu ‘kewujudan’ politik beliau yang semakin tenggelam dan tidak relevan. Kesannya kepada BN dan Kerajaan tidak perlu diambil kira.

Jika bukan kerana keegoan dan tamak beliau, BN akan menyapu bersih kesemua 60 kerusi DUN Sabah pada 2004. Tetapi beliau berkeras mahukan kerusi DUN Kuala Penyu ditandingi atas tiket UPKO. Akhirnya ’kuasa rakyat’ berjaya menewaskan calon UPKO (Timbalan Ketua Menteri Sabah) yang sarat dengan pelbagai isu dan rungutan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Dompok sebenarnya tidak mempunyai grass root termasuk di kalangan kaumnya sendiri walaupun mendakwa ahlinya berjumlah 100,337 orang dengan 1,960 cawangan (setakat 31 Disember 2003). Beliau bukanlah politikus yang popular dan berwibawa. Jika tidak, mustahil beliau boleh tewas di DUN 16 Moyog kepada calon PBS pada pilihan raya negeri Mac1999, sedangkan ketika itu beliau adalah KM Sabah yang sepatutnya menyambung penggiliran selepas pilihan raya. Malangnya, beliau tewas. Secara logik, kita akan mengundi seseorang calon kerana persamaan bangsa, kaum, bahasa, agama, budaya dan kepimpinan (KM). Tentu banyak projek pembangunan boleh dinikmati orang kampung.

Tetapi ia tidak berlaku kepada Dompok di Moyog menyebabkannya terpaksa dipindahkan di Parlimen Kinabalu (Daerah Ranau) pada pilihan raya umum November 1999. Itu pun nasib baik ada persempadanan kawasan pilihan raya. Begitu pun jumlah majoriti undinya nyata jauh merosot iaitu 5,423 (1999) kepada hanya 1,387 (2004) di Parlimen Ranau.Ketika calon BN lain mencatatkan peningkatan majoriti dalam pilihan raya sulung pimpinan YAB Pak Lah, Dompok mula terasa gusar. Apa tidaknya, jika pertandingan satu lawan satu, belum tentu beliau dapat kembali ke Parlimen. Jika dijumlahkan kesemua undi 3 calon Bebas yang menentangnya sebanyak 11,079 dikumpulkan, Dompok akan kembali menemui mimpi negerinya di DUN Moyog pada pilihan raya Mac 1999.

Malah, sekarang ini pun kerusinya dikategorikan sebagai HITAM dan sesetengah pihak meletakkannya KELABU. Dompok jarang turun ke kawasan dan agihan jawatan dan projek dimonopoli oleh kalangan pengikut dan ahli partinya sahaja. Komponen lain seperti UMNO dan PBS hanya wujud pada nama. Sekali lagi Dompok mengulangi stail beliau semasa menjadi KM yang gagal memenuhi tempoh penggiliran dua tahun kerana ditolak kaumnya sendiri.

Dompok juga sebenarnya ’tidak bersetuju’ dengan kemasukan PBS ke dalam BN. Setelah merasakan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang diasaskannya pada 1994 masih tidak ’dilihat’ berjaya oleh kaumnya sendiri dan digeruni oleh UMNO, beliau menubuhkan UPKO pada 1999. Ia gabungan UNKO dan Pasok Momogun. Pada masa itu istilah UPKO menjadi bahan jenaka apabila ramai yang menyebut UPKO sebagai UP dan kemudian K.O. Oleh kerana takut dengan bayang-bayang sendiri, beliau cuba pula untuk bergabung dengan PBRS tetapi gagal.

Setelah BN mengambil alih Sabah dan politiking sudah berkurangan ekoran pemansuhan sistem penggiliran, Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi BN ketika itu) merasakan bahawa sudah tiba masanya pemimpin dan rakyat Sabah menumpukan kepada politik pembangunan. Salah satu yang dipertimbangkan adalah dengan menerima semula kemasukan PBS ke dalam BN. Dompok membantah kerana merasakan UPKO adalah wadah terbaik untuk kaum kadazandusun Murut. Persoalannya, bagaimanakah Dompok mahu membuktikan dakwaannya itu jika beliau sendiri pernah kalah di kawasan majoriti kaumnya walaupun dengan memegang jawatan KM Sabah pada masa itu?

Penutup

BN tidak memerlukan Dompok kerana beliau nyata lebih berminat menjadi alat pembangkang dan NGO atau kumpulan pemikir berhaluan kiri, macam CPPS. Beliau juga tidak layak mewakili rakyat Sabah kerana semasa menjadi KM, Dompok hanya mengutamakan segelintir golongan tertentu sahaja. Dompok juga bukanlah seorang yang berintegriti kerana amanahnya kepada pengundi di kawasan parlimennya juga tidak dijalankan dengan sempurna.

Kini, Presiden UPKO itu semakin gopoh mencetuskan kontroversi kecoh kerana sokongannya yang semakin roboh..Dompok oh Dompok..apa lagi isu nak dihebohkan selepas ini? Menjelang pilihan raya akan datang, ramai yang menunggu jika benar Dompok adalah politikus yang berintegriti dan hero rakyat sepertimana yang dinobatkan pembangkang, beliau perlu menyatakan pendirian jantannya sama ada akan terus bertanding menggunakan simbol dacing atau sedang mencongak-congak ‘simbol yang lain’..persoalannya, masih relevan kah lagi slogan UPKO ‘Misompuru Tokou Wagu’ - Mari Kita Bersatu Kembali, untuk dilaungkan dalam BN apabila Dompok sendiri dilihat sudah tidak serasi dengan ‘Semangat Kerajaan’ meskipun duduk selesa di Aras 3, Blok Timur, Putrajaya?
http://www.malaysiaaktif.com

No comments: