JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, January 31, 2008

Presiden PAS ziarah Jeffry Kitingan di Kota kinabalu

KOTA KINABALU, 28 Jan (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat Naib Presiden KeADILan, Dato' Dr Jeffrey Kitingan di Hospital Queen Elizabeth (QE) di sini, kelmarin.

Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, Presiden PAS bertanya keadaan kesihatan Jeffrey setelah beberapa minggu di hospital dan situasi politik Barisan Alternatif (BA) di Sabah.

Ustaz Abdul Hadi berharap agar Naib Presiden KeADILan cepat sembuh sebelum pilihan raya umum ke-12 agar dapat menyumbang tenaga, bekerjasama dengan PAS Sabah menentang Barisan Nasional (BN).

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Adun Limbungan Kelantan, Zainudin Awang Damit; Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali, dan beberapa pemimpin KeADILan Sabah.

Suasana ceria dengan tawa apabila pemimpin kedua-dua pihak bertanya sesama mereka bila pilihan raya umum akan berlangsung.

Walaupun dalam keadaan kurang upaya, Jeffery semangat membincangkan keadaan politik dan yakin BA Sabah boleh membuat perubahaan dalam pilihan raya akan datang kerana jumlah penyokong BA bertambah setiap masa.

Beliau berkata, BA perlu bekerja keras untuk menang dalam pilihan raya, tetapi sekiranya BN main kotor dengan memberi kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin (PTI) khas untuk mengundi dalam pilihan raya, ini suatu cabaran kepada BA.

"Kalau pengundian dilakukan oleh rakyat tempatan sahaja, BA boleh menang," ujarnya.

Jeffrey yang kelihatan beransur pulih mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS dan semua yang hadir kerana sanggup bersusah payah menjenguk beliau.

"Saya berterima kasih kepada Presiden PAS dan semua yang hadir kerana sanggup bersusah payah melihat keadaan saya, ini merupakan satu penghormatan untuk saya," katanya ketika ditemui.

Jeffery dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth pada 19 Disember lalu apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di pekan Nabalu, 60 kilometer dari Kota Kinabalu.

No comments: