JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, March 6, 2008

Calon PKR Sook tinggalkan kerjaya guru demi politik

KENINGAU : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri Sook,Paul Bunsu Gitang berkata beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik untuk menceburkan diri dalam bidang politik kerana mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

Paul yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 23 tahun berkata keadaan di kawasannya yang masih jauh ketinggalan mendorong beliau menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya ke-12 pada 8 Mac ini.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Seni Halus dan Teater dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada 2001-2004 berkata penglibatan luasnya dengan masyarakat kampung akan membolehkan beliau dapat berkhidmat dengan lebih baik melalui politik.

“Saya menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang sesuatu yang lebih bermakna dari itu saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik,” katanya.

Paul berkata menyertai sebuah parti pembangkang bukan semata-mata untuk menentang kerajaan tetapi lebih kepada memainkan peranan sebagai pemberi pandangan yang membina di mana akan dapat menentukan sesebuah kerajaan yang diperintah itu menjalankan kuasanya dengan adil dan saksama,” katanya.

“Saya mengambil keputusan untuk bertanding untuk memberikan pilihan kepada penduduk di Sook sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya.

Katanya beliau menyerahkan kepada para pengundi di kawasan itu untuk membuat pilihan parti mana dan calon mana yang akan mereka pilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Paul terbabit dalam pertandingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional Datuk Ellron Alfred Angian,Sidun Manim (Bersekutu) dan Suhaidin Langkap (Setia).

No comments: