SEMPORNA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin akan dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Sulabayan Semporna menjelang pilihan raya Ke-12,8 Mac ini.
Calon Keadilan DUN Sulabayan,Haji Mohd Abd. Wahab Panglima Abdullah,67, berkata ini berdasarkan sokongan daripada masyarakat khususnya mereka yang tinggal di sekitar pulau di daerah Semporna.
“Mereka sudah muak dengan pelbagai janji yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini gagal ditunaikan.
“Rakyat juga tidak begitu gemar dengan calon yang bertanding di DUN Sulabayan yang disifatkan sebagai bermasalah sekaligus tidak berupaya membawa perubahan sekaligus gagal menyelesaikan masalah penduduk di DUN Sulabayan,” katanya.
Beliau berkata demikian,ketika ditemui di kediaman rasminya di Taman Semporna di sini pada Selasa lalu.
Abd Wahab yang juga Ketua PKR Bahagian Semporna berkata,begitu juga dengan isu pembinaan sebuah kilang gula,infrastruktur jalan raya,bekalan air yang membelengu penduduk khususnya di Pulau Bum Bum dan pulau sekitarnya.
Rakyat di kawasan DUN Sulabayan ingin sebuah parti yang boleh menyuarakan masalah mereka termasuk menurunkan harga minyak,barang-barang dan yuran tambahan sekolah yang sering membebankan golongan ibubapa berpendapatan rendah dan dimansuhkan supaya mereka yang berpendapatan rendah itu memperolehi manfaat daripada hasil perjuangan parti pembangkang.
“Penduduk di kawasan pulau sering dikunjungi calon BN kononya mereka boleh membawa perubahan jika diberikan peluang memerintah namun ternyata selepas beberapa penggal lalu mereka gagal membawa perubahan di kawasan DUN Sulabayan,” katanya.
Abd Wahab berkata,rakyat sudah bosan dengan tipu daya mereka terutama menjelang pilihan raya dan mereka berpendapat adalah lebih bijak jika memilih pembangkang berbanding parti kerajaan yang sedia ada.
Sebagai contoh katanya,masyarakat terpaksa membeli barangan mahal dengan harga minyak sama dengan mereka yang kaya-raya sekaligus menunjukkan wujud ketidakadilan khususnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan rendah serta tinggal di kawasan luar bandar dan pulau.
Berhubung dengan pakatan PKR dengan calon Bebas yang bertanding di DUN Senalang,Abd Wahab menafikan wujudnya pakatan antara mereka.
“Sebenarnya calon Bebas di Dun Senallang,Asmara tidak ada kena mengena dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kami tidak pernah bersetuju bergabung atau apa sahaja istilah yang berkaitan,” katanya.
Abd Wahab berharap para pengundi di kawasan DUN Senallang tidak terpedaya dengan dakwaan dan pengakuan calon Bebas itu sebaliknya hanya Hasaman calon PKR menentang calon BN
No comments:
Post a Comment