JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Thursday, April 30, 2009
Isteri Ketua Menteri Sarawak Meninggal - Najib Terlambat?
Datuk Amar Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia jam 3.40 petang semalam(March 1, 1941 – April 29, 2009)
KUCHING: Datuk Amar Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia disebabkan sakit pada jam 3.40 petang semalam.
Allahyarham yang berusia 68 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka, Demak Jaya.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam satu kenyataan memberitahu, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako pada jam 11.30 pagi hari ini.
“Sesiapa yang ingin menziarahi jenazah allahyarhamah, sila berbuat demikian sebelum jam 11 pagi (hari ini),” katanya menerusi kenyataan yang difaks ke pejabat media, semalam.
Sebaik mengetahui berita menyedihkan itu, rumah Taib di Jalan Bako di sini dikunjungi pemimpin-pemimpin negeri dan saudara-mara.
Antara pemimpin yang terawal memberi penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin yang lain.
Muhyiddin yang ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, terus ke kediaman Ketua Menteri yang tiba di sini untuk lawatan kerja semalam selepas berkunjung ke Kampung Semariang Batu. (Najib mana?)
Sebaik mengetahui berita menyedihkan itu, rumah Taib di Jalan Bako di sini dikunjungi pemimpin-pemimpin negeri dan saudara-mara.
Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan masuk ke pekarangan rumah untuk membuat liputan.
Taib pada majlis sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-50 pada Januari lepas, menyifatkan Laila sebagai sumber inspirasi dalam karier politiknya.
Katanya, Laila memiliki ciri-ciri yang menarik dan sentiasa bersamanya ketika menempuh saat-saat sukar sebagai isteri ahli politik.
“Dia (Laila) tidak campur tangan dalam kerjaya politik saya. Laila memainkan peranan penting dalam kehidupan saya,” katanya.
Laila dilahirkan di Poland pada 1 Mac 1941.
Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Taib pada 13 Januari 1959 di Masjid Adelaide, Australia.
Pada masa itu Taib sedang mengikuti pengajian ijazah undang-undang.
Taib dan Laila pulang ke Sarawak pada 1962.
Pasangan berkenaan dikurnia empat cahaya mata - Jamilah Hamidah, Mahmud Abu Bekir, Dato Sri Sulaiman Rahman dan Hanifah. Pasangan bahagia itu turut dikurniakan 15 orang cucu.
Ketika hayatnya, Laila gemar melakukan kerja-kerja kebajikan. Pembabitannya dalam pelbagai pertubuhan membuktikan minat untuk berkhidmat dalam masyarakat.
Antara jawatan yang dipegang allahyarhamah ketika hayatnya ialah Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (Sabati) sejak 1982, Pengerusi Pergerakan Wanita, Majlis Dakwah Islam Wilayah Asia Tenggara dan Pasifik (Reseap) sejak 1983, Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Kuching sejak 1983, Penaung Persatuan Hoki Wanita Sarawak sejak 1985, ahli Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri Persekutuan sejak ditubuhkan, Ketua Wanita, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sejak 1980, Naib Presiden Perkim Kebangsaan sejak 1982, Pengerusi Perkim Sarawak sejak 1980, Pengerusi Perkim Kuching sejak 1988 dan Penaung Tabung Amal Kanser Laila Taib sejak Meihttp://www.theborneopost.com/ 2007.
Bagi menghargai peranan dan sumbangannya, allahyarhamah diberikan Anugerah Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’ oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 1988, dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik daripada The Pacific Western University, Amerika Syarikat pada 1995, Keahlian Seumur Hidup oleh Institut Pengurusan Wanita pada 2002, Pingat Sultan Pangkat Pertama daripada Sultan Johor pada 2007 dan Pingat Kehormat Keahlian Seumur Hidup oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan pada 2008.
http://www.theborneopost.com/
Epal di Sarawak
Benarkah ada epal di Malaysia? itu ungakapan pertama seorang sahabat yang seolah2 inginkan penjelasan lanjut. saya bagitahu padanya, jangan epal, durian merah pun ada termasuklah anggur.
Epal berkhasiat dan boleh dipetik dengan jari anda sendiri terletak di Ba' Kelalan Sarawak, iaitu negeri yang terluas dan terbesar di Malaysia. Berita berikut penulis petik dari harian metro keluaran hari ini. sebenarnya berita ini pernah tersiar di beberapa akhbar lain sebelum ini. selamat membaca.
BA' KELALAN, perkampungan tanah tinggi di tengah Borneo bukan saja terkenal sebagai kawasan Malaysia paling dekat dengan Kalimantan, Indonesia. Cuaca dingin dan muka buminya di pergunungan juga memberikannya kelebihan sebagai pusat penanaman epal di negara ini.
Khazanah alam semula jadinya juga menjadi sumber kelangsungan hidup puak Lun Bawang yang mendiami kawasan ini dalam meneruskan amalan tradisi warisan nenek moyang mereka. Puak ini dikenali sebagai Lun Dayeh di Sabah dan Kalimantan.
Pengunjung pasti tertarik dengan layanan mesra penduduk Ba' Kelalan yang berbangga dengan keunikan warisan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Pencinta alam juga pasti terpesona dengan kepelbagaian biodiversiti di tanah tinggi ini.
Landskap hijaunya juga turut menyimpan satu lagi misteri iaitu Gunung Murud, 2423 meter (m), puncak tertinggi di Sarawak di samping keindahan Batu Lawi, setinggi 2046m. Ada banyak pakej disediakan bagi memenuhi keperluan pengembara terutama penggemar aktiviti lasak ke negeri ini.
Bersempadan dengan Bario dan Kalimantan menjadikan Ba' Kelalan lokasi ideal sebagai gerbang pelancongan ke Indonesia atau ke Sabah dan Brunei melalui bandar terdekat, Lawas. Sekali gus, ia menjadi penggerak aktiviti ekonomi kepada tiga negara di Borneo ini.
Sejak dua tahun lalu, Tourism Malaysia, Sarawak Tourism Board dengan kerjasama Borneo Jungle Safari Sdn Bhd and The people of Ba' Kelalan menganjurkan Fiesta Epal Ba' Kelalan bagi mempromosikan tarikan pelancongan di sempadan dua negara ini.
Beberapa tahun lalu, ia turut menjadi tuan rumah aktiviti lasak yang dianjurkan Miri Mountain Bike Club dan Borneo Jungle Safari. Sukan yang membabitkan penyertaan peminat sukan tempatan dan antarabangsa itu bertujuan mempromosikan destinasi percutian tanah tinggi ini.
Tahun ini, Fiesta Epal akan mengambil tempat dari 10 hingga 13 Mei, selepas Festival Jazz Antarabangsa Miri pada 8 dan 9 Mei. Kali ini, pengunjung akan disambut dengan tarian selamat datang oleh Bamboo band, kumpulan kebudayaan daripada puak Lun Bawang.
Lawatan ke tempat menarik di Ba' Kelalan juga akan membuka mata dan telinga anda mengenai keunikan budaya puak yang menjadi penghuni setia destinasi percutian tanah tinggi ini. Acara tahun ini turut menarik penyertaan Tabung Alam Sedunia (WWF) Indonesia.
Keunikan budaya kehidupan puak di perkampungan sempadan ini pastinya membuatkan mereka yang pernah bertandang ke Ba' Kelalan mahu kembali semula ke destinasi percutian tanah tinggi ini.
Monday, April 27, 2009
Mayat 'Menonton' TV
Apabila sesama jiran jarang bertegur sapa. akibatnya, jiran mati sehingga berulat pun tidak diketahui hatta jiran itu baru saha memeluk Islam. berita ini wajar diambil perhatian oleh kita semua.
Mayat berulat 'menonton' TV ditemui selepas empat hari
KOTA TINGGI 26 April - Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Semayong, Sedili dekat sini akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui sedang 'menonton' televisyen.
Mayat A. Rahim, 40, yang sudah berulat ditemui penduduk kampung tersandar di atas kerusi menghadap televisyen yang masih terpasang. Dia dipercayai meninggal dunia kira-kira empat hari lalu.
A. Rahim yang berasal dari Kepulauan Flores, Indonesia difahamkan baru memeluk Islam. Dia dikatakan tinggal berseorangan di rumah itu sejak tiga bulan lalu.
Ketua Kampung Semayong, Sh Kassim Sh Islam menghubungi Balai Polis Kuala Sedili pukul 9 malam kelmarin selepas terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah berkunci terletak kira-kira 100 meter dari kawasan tempat tinggalnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mati mengejut dan punca sebenar kematian masih belum diketahui.
"Siasatan juga mendapati tiada kesan darah, kecederaan atau sebarang kesan pergelutan berlaku malah barangan berharga mangsa didapati tiada terusik atau hilang.
"Polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa pernah bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit serta memiliki permit yang sah.
Sunday, April 26, 2009
Mukhriz Timbalan Perdana Menteri ?
‘‘SAYA sebenarnya terkejut’’ itulah yang dilafazkan oleh DATUK MUKHRIZ MAHATHIR apabila ditanya perasaannya apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau dimaklumkan mengenai pelantikan berkenaan ketika berada di Tokyo, Jepun atas urusan peribadi.
Walaupun Mukhriz menganggap kejutan namun bagi sesetengah pihak, pelantikan berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ini kerana biarpun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun populariti Mukhriz sebagai pemimpin pelapis tidak pernah pudar.
Malah Ahli Parlimen Jerlun itu telah dilihat sebagai pemimpin muda yang harus diberi perhatian dalam tujuan memantapkan lagi kepimpinan kerajaan dan parti.
Bagaimanapun dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRIL HAMID, anak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ini tetap merendah diri.
Dalam pertemuan itu juga Mukhriz turut mengulas beberapa isu politik termasuk soal hubungan UMNO dan Pas yang dilihat terlalu sukar untuk bekerjasama.
‘‘Kita boleh bersaing tetapi jangan bermusuh kerana kita adalah sebangsa dan seagama,’’ kata Mukhriz.
- macam2 hal isu utusan minggu ini. yang kasihan adalah hak2 wartawan dalam organisasi itu yang tidak dipedulikan walaupun wartawan itulah yang selama ini menaikan nama akhbar berkenaan.
http://www.utusan.com.my = 26 April 2009
Monday, April 20, 2009
Ketua Menteri Sabah & Sarawak Dua Kali Lima ?
Apakah persamaan di antara Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud? Jawapan biasa yang kita dengar ialah kedua-duanya berasal dari Wilayah Borneo Sabah dan Sarawak iaitu antara negeri yang kaya dengan minyak dan hasil mahsul bumi tetapi pada masa sama antara negeri termiskin di Malaysia.
Selain kedua negeri tersebut, Terengganu juga antara negeri yang kaya dengan hasil minyak dan tergolong antara negeri termiskin di Malaysia. Mengapa? Tidak lain tidak bukan hasil kekayaan negeri ini telah diratah dan dikaut dengan rakus oleh mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir (kini penasihat PM, Najib Altantuya) selama lebih 20 tahun malah ada yang mengatakan ianya lebih lama dari itu semata-mata untuk menyiapkan Putrajaya dan Cyberjaya yang sehingga kini tidak siap-siap.
Namun, bukan itu isu yang penulis ingin ketengahkan di sini tetapi adalah kekayaan dan budaya kronisme serta rasuah kedua-kedua ketua menteri tersebut yang pernah dilaporkan kepada Polis dan BPR yang sehingga kini tiada perkembangan lanjut. Mari lihat fakta berikut.
Rasuah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman
1. Musa Aman Menggunakan pengaruhnya meluluskan kontrak Penswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa 11 kepada syarikat proksinya City Best Corporation Sdn Bhd. Kontrak bernilai RM 450 juta (Baca: Duit Rakyat Sabah) itu diberikan kepada syarikat berkenaan walaupun tanpa pengalaman dan modal untuk menggerakkan projek tersebut.
2. Musa Aman Memanipulasi pengaruhnya ke atas Jabatan Kerjaraya (JKR) Sabah agar menganugerahkan kontrak penyelenggaraan jalanraya di Sabah kepada syarikat proksinya Globanico Sdn Bhd. Projek selama 15 tahun itu bernilai RM 600 juta diberikan tanpa tender terbuka.
3. Musa Aman Mendesak Kementerian Kerja Raya memberikan projek membina Jalan Donggongon-Papar Spurs kepada syarikat proksinya Kenatex Sdn Bhd. Projek 200 juta itu juga tanpa tender terbuka.
4. Musa Aman Menekan Menteri Kewangan Noor Mohamed Yaacob agar membatalkan projek membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bernilai RM 800 juta kepada yang telah diluluskan kepada Ting Pek King dengan menyerahkan projek itu kepada syarikat WCT Sdn Bhd yang juga syarikat kroninya
5. Musa Aman Mengarahkan Yang di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) agar melantik syarikat yang ada kepentingan dengannya Sagajuta Sdn Bhd bekerjasama dengan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd membina Kompleks membeli belah bernilai RM 1 billion, suatu angka yang cukup besar.
6. Musa Aman meluluskan Konsesi Kayu Balak di Benta Wawasan kepada 18 Syarikat Kroninya tanpa tender dan penjualan Kayu Balak Bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat proksinya.
7. Beberapa hari lalu, salah seorang Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)keADILan mempersoalkan perlantikan Mohd Hasnol bin Ayub, 44 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Sabah (IDS). untuk rekod, Hasnol ialah anak kepada abang kandung Musa Aman iaitu Datuk Ayub Aman yang turut menjadi Pengarah Suria Capital Berhad dan Pengarah Urusan Jahsia Construction Sdn, Jahsia Sdn.Bhd, Pengarah Sabah Port Sdn.Bhd, S.P.Satria Sdn.Bhd, Pengarah Hikmat Bumimaju Sdn.Bhd dan menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah sejak 2004.
Rasuah Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud
1. Taib Mahmud dikatakan menyogok RM 32 juta dalam kes berkaitan kayu balak di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Japan Times.
2. Keluarga Taib Mahmud memiliki kepentingan perniagaan besar di Sarawak sejak berkuasa selama 26 tahun lalu. Eksport kayu balak di Sarawak dikuasai oleh kerajaan negeri melalui Dewaniaga Sarawak yang diterajui oleh adik Taib Mahmud
3. Syarikat Cahaya Mata Sarawak (CMS) yang berkepentingan dalam bidang perbankan, kewangan dan pembinaan dimiliki oleh isteri Taib Mahmud, Laila.
4. Laila turut memiliki 27 juta saham dalam syarikat pengeluar Simen, CMS.
5. Anak Taib Mahmud turut memiliki saham dalam syarikat CMS bernilai 22 juta.
6. Pada 15 April lalu Bernama melaporkan, anak syarikat CMS, iaitu CMS Land Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kontrak bernilai RM232 juta. Kontrak tersebut adalah bagi pembangunan dan pembinaan bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Bhd di Isthmus, Kuching
secara peribadi, Penulis menyokong usaha pembangunan demi rakyat Sabah dan Sarawak kerana itu adalah hak mutlak rakyat di kedua-dua negeri tersebut.
Malah, menjadi tanggungjawab mana-mana manusia yang diberikan amanah untuk memimpin melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan adil pada semua pihak.
Tetapi, penulis amat tidak setuju dengan tindakan kedua-dua KM tersebut yang mengutamakan kekayaan diri dan kroni melebihi kepentingan rakyat.
Lupakah mereka kepada Abdullah, Menantu dan kroni? Yang menjadi punca kejatuhannya? Ataukah mereka buat2 lupa? Jika Abdullah terpaksa melepaskan jawatan lebih awal, akibat desakan pihak berkepentingan, tidak mustahil kedua KM ini akan menimpa nasib yang sama.
Bukankah sejarah sering berulang? Sejarah adalah suatu panduan dan iktibar untuk manusia zaman kini, tetapi manusia tidak suka mengambil pengajaran daripada sejarah tetapi lebih suka mencipta sejarah yang akhirnya memakan diri sendiri.
Pelik Tetapi Benar
Suatu yang pelik apabila SPRM memejam mata berkenaan rasuah kedua-dua KM Sabah dan Sarawak yang juga pengerusi BN negeri masing-masing. Sedangkan pada masa bersungguh-sungguh untuk menyiasat hingga ke lubang cacing Menteri Besar Pakatan Rakyat di Selangor, Khalid Ibrahim dalam isu pemberian lembu kepada masjid di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara telah dilembukan oleh BN dalam perkara ini. Jelas, kedua-dua KM Sabah dan Sarawak ini sama sahaja dan bersifat dua kali lima atau lima kali dua.
RAKYAT SABAH DAN SARAWAK MENANTI PENTADBIRAN PAKATAN
Wednesday, April 1, 2009
Nostalgia 31 Oktober 2003 (Pak Lah jadi PM)
Terkenang nostalgia semasa menguruskan program motivasi untuk bakal penuntut SPM dalam program ‘Lambaian Menara Gading’ bertarikh 31 Oktober 2003. Penulis diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Program. Dalam sato slot khas selepas Isyak, bersama pengarah, sahabat penulis, Kasman Mohamad atau nama Glamournya Mahdi Mahsyuri bertanyakan kepada peserta siapa perdana menteri pada hari ini. Majoritinya menjawab, Dr. Mahathir Mohamad dan ternyata jawapn itu salah hinggakan peserta kehairanan sesama sendiri.
Mahdi memberitahu peserta bahawa Perdana Mentari kini ialah Abdullah Ahmad Badawi yang sebentar tadi menggantikan Dr. Mahathir Mohamad yang kini bergelar Tun.
Peristiwa itu sudah pun bersejarah dan baru sebentar tadi TV3 suku menyiarkan propaganda berkaitan perjalanan hidup Pak Lah yang difahamkan akan meletakkan jawatan sebagai PM 2 April ini sekaligus digantikan oleh najib Mongolia ke esokan harinya iaitu empat hari sebelum penngundian di 3 Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air.
Bermula 31 Oktober 2003 hingga 31 Mac 2009, antara soalan popular dihujani kepada saya oleh beberapa sahabat jauh dan dekat berbunyi ‘ apsal ha, pak lah jadik pm, lembap, lambat, kuat tidur, sering ke luar Negara dan mengutamakan menantu. Anwar pun satu hal, mengapa sejak dibebaskan dari penjara tidak menyerang Pak Lah dan hanya menyerang BN dengan memfokuskan Najib?
Saya beritahu kepada sahabat2 ini, Pak Lah tetap lebih baik daripada Najib. Sebab, KELEMAHAN Pengerusi Bn itu adalah KELEBIHAN kepada Baridan Alternatif (kini Pakatan Rakyat). Sama halnya dengan kemenangan Khairy, = bebanan Umno/BN.
Teman bertanya lagi, adakah sebab Anwar terhutang budi pada Pak Lah sebab membebaskannya menyebabkan Anwar tidak menyerang Pak Lah? Saya kata tidak, yang membebasan Anwar ialah mahkamah dan kalau ya pun atas arahan Pak Lah, ianya sebab untuk kepentingan politik BN dan sedikit sifat kelembutan Pak Lah. Saya berkata demikian kerana pak lah seorang yang lemah lembut dan juga seorang yang mudah dipengaruhi oleh orang diselilingnya termasuk Ketua Pemuda Umno Baru Khairy Jamaludin.
Saya memberitahu sahabat ini, jika PM disokong oleh pembangkang, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Mana mungkin seorang musuh disokong oleh musuhnya? Pasti ada udang di sebalik batu.
Lihat sahaja Karpal Singh yang bengis, lantang, emosi, suka menentang tetapi tetap menyokong kepimpinan Pak Lah sejak dilantik menjadi PM termasuklah semasa isu 16 September 2008 tarikh keramat yang dikatakan pertukaran kerajaan pusat yang dirancang oleh Anwar. Karpal satu2nya pimpinan Pakatan yang berdiri teguh dibelakang Pak Lah. Mengapa?
Sebabnya mudah. Karpal Sing tahu Pak Lah seorang pemimpin yang lemah dan terlalu baik dan amat baik untuk memimpin sebuah parti yang rosak dan rasuah bernama Umno. Atas sifat lemahnya itulah akan memudahkan pembangkang bergerak dengan lebih bebas berbanding zaman dictator mahathir.
Dizaman Pak Lah demonstrasi lebih terbuka sehinggakan BN mengambil masa yang lama untuk mengISAkan aktivis HINDRAF yang tidak mungkin dibiarkan jika Mahathir berkuasa.
Dizaman Pak Lah kempen Pilihanraya Umum di panjangkan sedikit yang tidak berlaku di zaman Mahathir.
Di Zaman Pak Lah Akhbar Harakah diluluskan terbit seminggu sekali berbanding sebulan dua kali dizaman mahathir.
Suara keadilan juga bebas diedarkan dan walaupun lambat dapat permit, akhbar itu tetap bergerak bebas.
Mahathirisme yang diura2kan akan dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi Malaysia dan Pak lah akan dilantik sebagai penasihat kanan Hal Ehwal Islam Hadhari. (ye ke)
Pak Lah juga antara pemimpin dizaman mahathir yang naik dalam hiraki kepimpinan umno tanpa rasuah. Atas kelembutan sifat baiknya itulah Mahathir meletakkannya lama di kementerian luar kerana yakin dengan sifat kelembutan dan sifat toleransinya dalam menjalin hubungan dengan masyarakat antarabangsa.
Berkenaan serangan Anwar lebih banyak kepada Najib berbanding Pak Lah, disebabkan Najib itu sendiri boleh dikatakan anak didiknya semasa dalam umno khususnya yang dibentuk bernama team wawasan.
Sebab itulah Anwar tahu style politik Najib dan berusaha membentuk kerajaan baru menjelang 16 September. Namun sayang, tidak semua bersungguh membantu Anwar ke arah itu atas sebab2 mereka yang tersendiri termasuklah pimpinan utama Pakatan, aktivis, NGO walaupun rakyat marhaen menanti perubahan itu dengan 1001 harapan.
Anwar berharap mengambil alih kerajaan pusat di zaman Pak Lah adalah lebih mudah dan lebih baik berbanding selepas kenaikan Najib kerana yakin jika Najib dah berkuasa, rejim nya akan lebih ganas dan zalim berbanding mana-mana pemimpin umno sebelum ini.
Lihat sahaja, belum apa2 lagi, Najib menggantung 3 bulan akhbar Suara Keadilan dan Harakah serta merta walaupun belum bergelar PM, suatu yang tidak pernah dibuat oleh Mahathir yang juga kejam
Seorang teman membuat lawak, sempatkan Najib jadi PM? Jika dia tiba2 meninggal dunia macam mana? Alah… mcm ayah dia jugak lah. Mesti Pak Lah akan kekal jadi PM kan? Saya berkata kepadanya, habislah Muhyiddin… rosaklah Umno
Masdarwahid: sekadar mengimbau nostalgia
Subscribe to:
Posts (Atom)