JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, April 27, 2009

Mayat 'Menonton' TV



Apabila sesama jiran jarang bertegur sapa. akibatnya, jiran mati sehingga berulat pun tidak diketahui hatta jiran itu baru saha memeluk Islam. berita ini wajar diambil perhatian oleh kita semua.

Mayat berulat 'menonton' TV ditemui selepas empat hari

KOTA TINGGI 26 April - Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Semayong, Sedili dekat sini akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui sedang 'menonton' televisyen.

Mayat A. Rahim, 40, yang sudah berulat ditemui penduduk kampung tersandar di atas kerusi menghadap televisyen yang masih terpasang. Dia dipercayai meninggal dunia kira-kira empat hari lalu.

A. Rahim yang berasal dari Kepulauan Flores, Indonesia difahamkan baru memeluk Islam. Dia dikatakan tinggal berseorangan di rumah itu sejak tiga bulan lalu.

Ketua Kampung Semayong, Sh Kassim Sh Islam menghubungi Balai Polis Kuala Sedili pukul 9 malam kelmarin selepas terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah berkunci terletak kira-kira 100 meter dari kawasan tempat tinggalnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mati mengejut dan punca sebenar kematian masih belum diketahui.

"Siasatan juga mendapati tiada kesan darah, kecederaan atau sebarang kesan pergelutan berlaku malah barangan berharga mangsa didapati tiada terusik atau hilang.

"Polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa pernah bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit serta memiliki permit yang sah.

No comments: