JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Thursday, April 30, 2009
Epal di Sarawak
Benarkah ada epal di Malaysia? itu ungakapan pertama seorang sahabat yang seolah2 inginkan penjelasan lanjut. saya bagitahu padanya, jangan epal, durian merah pun ada termasuklah anggur.
Epal berkhasiat dan boleh dipetik dengan jari anda sendiri terletak di Ba' Kelalan Sarawak, iaitu negeri yang terluas dan terbesar di Malaysia. Berita berikut penulis petik dari harian metro keluaran hari ini. sebenarnya berita ini pernah tersiar di beberapa akhbar lain sebelum ini. selamat membaca.
BA' KELALAN, perkampungan tanah tinggi di tengah Borneo bukan saja terkenal sebagai kawasan Malaysia paling dekat dengan Kalimantan, Indonesia. Cuaca dingin dan muka buminya di pergunungan juga memberikannya kelebihan sebagai pusat penanaman epal di negara ini.
Khazanah alam semula jadinya juga menjadi sumber kelangsungan hidup puak Lun Bawang yang mendiami kawasan ini dalam meneruskan amalan tradisi warisan nenek moyang mereka. Puak ini dikenali sebagai Lun Dayeh di Sabah dan Kalimantan.
Pengunjung pasti tertarik dengan layanan mesra penduduk Ba' Kelalan yang berbangga dengan keunikan warisan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Pencinta alam juga pasti terpesona dengan kepelbagaian biodiversiti di tanah tinggi ini.
Landskap hijaunya juga turut menyimpan satu lagi misteri iaitu Gunung Murud, 2423 meter (m), puncak tertinggi di Sarawak di samping keindahan Batu Lawi, setinggi 2046m. Ada banyak pakej disediakan bagi memenuhi keperluan pengembara terutama penggemar aktiviti lasak ke negeri ini.
Bersempadan dengan Bario dan Kalimantan menjadikan Ba' Kelalan lokasi ideal sebagai gerbang pelancongan ke Indonesia atau ke Sabah dan Brunei melalui bandar terdekat, Lawas. Sekali gus, ia menjadi penggerak aktiviti ekonomi kepada tiga negara di Borneo ini.
Sejak dua tahun lalu, Tourism Malaysia, Sarawak Tourism Board dengan kerjasama Borneo Jungle Safari Sdn Bhd and The people of Ba' Kelalan menganjurkan Fiesta Epal Ba' Kelalan bagi mempromosikan tarikan pelancongan di sempadan dua negara ini.
Beberapa tahun lalu, ia turut menjadi tuan rumah aktiviti lasak yang dianjurkan Miri Mountain Bike Club dan Borneo Jungle Safari. Sukan yang membabitkan penyertaan peminat sukan tempatan dan antarabangsa itu bertujuan mempromosikan destinasi percutian tanah tinggi ini.
Tahun ini, Fiesta Epal akan mengambil tempat dari 10 hingga 13 Mei, selepas Festival Jazz Antarabangsa Miri pada 8 dan 9 Mei. Kali ini, pengunjung akan disambut dengan tarian selamat datang oleh Bamboo band, kumpulan kebudayaan daripada puak Lun Bawang.
Lawatan ke tempat menarik di Ba' Kelalan juga akan membuka mata dan telinga anda mengenai keunikan budaya puak yang menjadi penghuni setia destinasi percutian tanah tinggi ini. Acara tahun ini turut menarik penyertaan Tabung Alam Sedunia (WWF) Indonesia.
Keunikan budaya kehidupan puak di perkampungan sempadan ini pastinya membuatkan mereka yang pernah bertandang ke Ba' Kelalan mahu kembali semula ke destinasi percutian tanah tinggi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
da lma tau pasal epal malaysia nie....tringin arh nak g srawak......tgok tmpt tu kat paper pown mcam besh ja.........huhu.....nak g nak g.....
(maslahnya kanak2 rebena lagi...wet tak de.....huaaaa...)
Post a Comment