JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 23, 2010

Pengawal Keselamatan juga wajar dinaikkan gaji


SAYA ingin menarik perhatian kepada golongan profesional dan kerajaan mengenai isu penangguhan kenaikan gaji pengawal keselamatan yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini yang dikeluarkan kerajaan melalui Warta Kerajaan Malaysia pada tarikh 1 April lalu.

Walau apapun keputusan penangguhan itu oleh Kabinet sebenarnya ia sudah dijangkakan.

Alasan yang diberi ialah untuk beri peluang kepada syarikat kawalan untuk mengemaskini operasi dan menyelesaikan urusan tender kontrak selama enam bulan lagi.

Persoalannya ialah kenapa sejak isu kenaikan gaji pengawal bermula dari Januari sehingga Jun dan sehingga kini pihak syarikat masih gagal menyiapkannya?

Kenyataan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yang membuat rayuan dilihat janggal.

Keuntungan mereka selama ini antara 10 peratus hingga 20 peratus saja.

Sebenarnya mereka hanya keluarkan modal untuk tiga bulan pertama sebelum bayaran perkhidmatan bermula untuk membayar gaji pengawal dan semua bayaran pakaian seragam.

Adalah diharap pihak berkenaan tidak menafikan kebajikan pengawal keselamatan dan keluarga mereka.

DISLOGAN.Bagan Serai, Perak. 2010/06/23

1 comment:

Anonymous said...

saya setuju dengan kenaikan gaji tersebut..tetapi apa yang saya kesalkan, bapa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan disekolah yang gajinya pada september lepas belum dibayar sehingga sekarang! Tiap2 bulan yang lepas pun perkara yang sama mereka susah membayar gaji pekerja.Gaji Rm 500 pun susah pihak security susah utk membayar,inikan mereka nak membayar gaji yang telah dinaikan.kadang kala kami tak mampu utuk membeli beras utk dimakan gara2 gaji tidak dibayar.lagipun dengan dua adik saya yang berada di dua universiti yang berlainan amat memerlukan perbelanjaan.kalau tak silap saya bapa saya bekerja dengan warisan wira security. saya heran kerana masih ada syarikat scurity yang tak mampu bayar gaji pekerjanya..sesiapa yang terasa dengan komen saya harap faham dengan kami yang tak mampu utk membeli beras utuk dimakan gara pihak yang tidak membayar gaji pekerja.