JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Thursday, August 26, 2010
Gelora PKR Tenom
60 CALON KETUA CABANG SUDAH AMBIL BORANG?
CABANG PKR Tenom tidak bersikap pilih kasih kepada anggotanya kerana mereka berhak dicalonkan menjadi Ketua Cabang untuk menerajuI PKR Tenom kerana borang pencalonan sudah tersedia di Pejabat PKR Tenom dan sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding sebarang jawatan, sila datang sendiri ke pejabat untuk mengambil borang tersebut.
Demikian satu kenyataan media dikeluarkan oleh Setiausaha Cabang PKR Tenom, Misery Raisimin.
Bercakap mengenai minat orang orang terpelajar dan cendikiawan untuk berkecimpung dalam politik PKR Tenom,
Misery berkata, "Begitulah kita dengar khabar banyak yang berminat dan PKR Cabang Tenom alu-alukan kehadiran mereka sebagai calon untuk menguji bakat masing masing."
Kata Misery lagi, "Kita mempunyai dasar terbuka kepada semua anggota parti yang berminat, PKR amalkan dasar demokrasi mengikut peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan PKR.
Cabang PKR Tenom, kata Misery, tidak mempunyai bidang kuasa mentadbir urus penamaan calon dan pada hari pengundian nanti. Semuanya akan diambil alih oleh Team Pemantau dan Penyelia Pemilihan yang didatangkan khas oleh Majlis Tertinggi Kepimpinan PKR Pusat.
Menjawab satu pertanyaan, Miseri berkata, beliau sudah mengeluarkan 60 borang penamaan calon dan semua calon bolehlah menyerahkan borang mereka pada 29 Ogos 2010 pada jam 9.00 pagi kepada Penyelia dan Pemantau Pemilihan PKR dengan menyertakan RM20.00 (tunai) sebagai bayaran pencalonan dan RM2.00 yuran bagi setiap calon. (Hanya ahli PKR sahaja yang layak bertanding).
Menjawab isu ‘permainan kotor’ dalam kempen pemilihan, Misery berkata, "Amat tidak wajarlah mereka menyebar surat layang berbentuk fitnah, termasuk mengaibkan tokoh tertentu terutama Halik Zaman ke seluruh Tenom sebagai taktik untuk melemahkan calon yang ingin bertanding.”
“Siapa lagi, kalau bukan perbuatan orang yang selalu menganggap dirinya sendiri cerdik, tapi bodoh dan rosak akhlaknya," bidas Miseri.
Apabila Krew Sabahkini mengajukan pertanyaan kepada Halik Zaman, beliau berkata, "Biarlah apa yang dia mahu tulis, tulislah asalkan dia senang hati apa yang dia sudah tulis.
Kita serahkan kepada Allah. Allah jua yang akan membalasnya. Doa orang yang difitnah maka balasannya akan segera diterimanya di dunia. Di dunia dia terima bala dan diakhirat dia ahli neraka."
"Tuan bekerja untuk PKR, Tuan berkorban untuk PKR, bukan untuk fitnah orang sebagai pasport untuk menang jawatan. Kalau nak jawatan dalam parti, bersikap ikhlas dan jujurlah pada diri sendiri dan kerja kuatlah, baru gentlemen," jelas Halik dengan senyuman.
Bila diasak satu pertanyaan lagi, Halik enggan mengulas. Katanya, hal budak-budak tidak payah dilayan.
“Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya ringkas.
SETIAUSAHA PKR TENOM NAFI GUNA PATI
TUDUHAN Daniel John Jambun bahawa ada 150 orang PATI dari Sepanggar telah didaftarkan dalam buku pendaftaran anggota-anggota Cabang PKR Tenom adalah dusta dan fitnah semata-mata.
“Kalau Daniel John bukan seorang pembohong, sila datang sendiri pada 19 September 2010 dan saksikan sendiri kehadiran perwakilan atau Daniel John Jambun boleh datang ke Tenom dan periksa sendiri dalam buku daftar dari Pusat,” kata Setiausaha Cabang PKR Tenom, Misery Raihimin petang semalam.
"PKR Pusat hantar 4 orang pemantau. Sesiapapun boleh buat bantahan kalau perkara itu ada berlaku, orang Tenom kenal orang Tenom, Tenom bukannya besar ia sebuah pekan kecil," jelas Miseri.
Kata Misery lagi, "Sikap dan perangai Daniel John Jambul semua orang tahu, suka jadi penyibuk dan suka buat khabar sensasi, fitnah adalah permainannya."
"Gunsibin Yosundang, Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom memberi tahu Halik Zaman, bahawa Daniel John menuduh beliau sedemikian petang tadi dan Halik Zaman telah menghubungi saya untuk menjelaskan kebenaran tentang tuduhan Daniel John tersebut," terang Setiausaha itu.
Kata Misery lagi, "Kalaulah tuduhan Daniel John itu memangnya betul, beliau ada cakap begitu, maka saya rasa Daniel John sakit 'sakit mental '. Tapi kalau tidak betul dia cakap begitu, anggaplah satu perkhabaran palsu yang bukan dari percakapan Daniel John.”
PERPINDAHAN AHLI PERKARA BIASA!
TIMBALAN Ketua Bahagian PKR Pensiangan, Affendy Hasbollah Angindih menolak dakwaan kononnya Ketua Bahagian PKR Danny Andipai tidak menerima notis mengadakan mesyuarat pemilihan pada September ini sebagai dusta dan sebagai suatu gimik semata mata yang bertujuan untuk mengucar-kacirkan lagi proses persiapan pemilihan itu.
“Janganlah ada lagi jenis pemimpin yang bersikap mengada-ada yang mahu melihat PKR terus berterabur dan berpecah-belah hanya kerana tamakkan kuasa dan tidak mahu mengaku kalah di tangan rakyat mengikut proses suara majoriti,” tegas Angindih ketika memberitahu Krew Sabahkini.net pada Jumaat.
Mengenai dengan dakwaan berhubung keciciran ahli dalam senarai cabang, Angindih berkata ia adalah menjadi perkara biasa kerana setiap cabang mempunyai urusetia yang bertanggung jawab mengurus dan menangani masalah tersebut; yang bukan sahaja dialami di kawasan-kawasan lain di Sabah tetapi kawasan Pedalaman khususnya Pensiangan juga tidak terkecuali.
Menyentuh berhubung perpindahan kawasan bagi Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari Keningau ke Pensiangan, Angindih berkata, ia merupakan proses biasa yang mengikut Perlembagaan parti dan tidak seharusnya menjadi persoalan besar.
“Pokoknya perpindahan seseorang ahli itu telah diluluskan oleh Pusat dan sebaliknya bukan dibuat buatnya sendiri,” ujar Angindih yang kesal dengan dakwaan Andipai.
Tegas Angindih, PKR yang mengamalkan sistem demokrasi tulen, membolehkan sesiapa juga ahli yang sah, boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti termasuk Ketua Cabang.
“Kalah atau menang dalam pemilihan merupakan perkara biasa. Tetapi dalam PKR, sama ada dia kalah tidak bererti dia kalah terus, manakala bagi yang menang bukan menang terus dan menjadi kebanggaannya. Tetapi yang bangga adalah imej PKR menjadi bersih di mata rakyat,” tegas Angindih.
Angindih yang akan bertanding mempertahankan jawatan yang dipegangnya selaku Timbalan Ketua Cabang PKR Pensiangan, optimis bahawa beliau tidak akan bermasalah untuk mempertahankan jawatan itu bersama-sama dengan calon Ketua Cabang, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada pemilihan 19 September akan datang, yang dijangka akan diadakan di Hotel Perkasa, Keningau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment