JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 26, 2010

Pimpinan PKR taja parti baru ? (Update)

Pemimpin tertentu dalam PKR Sabah yang terlibat dalam menubuhkan Parti baru dikenali sebagai Parti Cinta Sabah (PCS)dicadangkan menerima hukuman penggantungan satu tahun.

Demikian menurut Saifuddin Nasuition dalam satu kenyataan kepada pejabat KABAR sebentar tadi.

"Pejabat Setiausaha Agung PKR pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS).

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti megikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan 12 penama yang diadu sepertimana yang dilampirkan.

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan selama satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos yang akan datang," jelas Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

Kenyataan itu turut menyebut 12 penama itu diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos ini.

PKR di Sabah khususnya di Tenom kini kian hangat berhubung pemilihan parti November ini.

Difahamkan pemilihan PKR Sabah ketika ini wujud beberapa kumpulan yang bersaing untuk memenangkan proksi masing-masing seterusnya menentukan hala tuju PKR Sabah yang tidak habis-habis dilanda kemelut sejak dua tahun lalu.

Berikut ialah senarai 12 Penama yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slvyester @ Balon Mujim

7. Innocent Makaji

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandeee Kohoi.

Desas-desus setahun lalu juga mengaitkan PCS dengan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan turut dilaporkan di salah sebuah portal berita yang berpangkalan di negeri Sabah.

Malah, seorang pimpinan PKR Sabah ada mendedahkan senarai penaja PCS di laman sosial facebook, sejak setahun lalu.

Tidak lama selepas isu PCS timbul, pada Februari lalu muncul pula kumpulan tertentu di Sabah mahu menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang dikaitkan dengan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) yang berhasrat meletakkan calonnya disemua kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihanraya akan datang.

PPRS difahamkan diterajui oleh Datu Mohd.Arshad Abdul Mualap,33, seorang ahli perniagaan yang satu ketika dulu merupakan ahli UMNO di Sungai Sibuga dan Datu Zulkifli Tun Datu Mustapha.

Parti ini yang entah dari mana asal-usulnya mendakwa mempunyai kira 80,000 penyokong di 25 bahagian di sabah.

Peliknya, sidang media khas yang diadakan di Inanam pada 18 Februari 2010 itu dilihat malu-malu untuk mengumumkan senarai jawatankuasa mereka kepada wartawan yang hadir.

Bagi PCS pula, ia dikaitkan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang cenderung menyokong kerajaan negeri Sarawak jika menang dalam pilihanraya negeri kelak.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar akan ke Sabah pada 28 Ogos ini sebelum ke Sarawak bermula 31 Ogos ini.

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

28 Ogos 2010 (Sabtu)

1. 2.00 PM – Mesyuarat MPN bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tempat – Borneo Paradise Resort, Papar, Sabah

4.00 PM – Ceramah Politik

Tempat – Borneo Paradise Resort , Papar, Sabah

Penceramah :

i. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

iii. Dato’ James Ghani

iv. Sdr Tamrin Jaini

v. Dato’ Jeffrey Kitingan

6.30 PM – Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Ahli Parti

7.45 PM – Solat Isya’, Tarawih dan Tazkirah

Tempat – Masjid Al-Mahabah, Kampong Muhibah, Putatan

.

9.00 PM – Ceramah Perdana

Tempat – Kampong Rampaian , Sepanggar

Penceramah :
1. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

3. Dato’ James Ghani

4. Sdr Tamrin Jaini

5. Dato’ Jeffrey Kitingan

6. Sdr Najwan Halimi

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

31 Ogos – 01 September 2010 (Selasa dan Rabu)

31 OGOS 2010 (Selasa) – Lawatan ke Limbang / Lawas

11.30 am – Perjumpaan dengan masyarakat N68 Bukit Kota di Pekan Limbang

2.00 pm – Perjumpaan dengan masyarakat N70 Bakelalan di Lun Bawang

3.30 pm – Perjumpaan dengan masyarakat Lawas sempena perasmian

Pejabat Khidmat P222 Lawas, N71 Bukit Sari

6.32 pm – Berbuka puasa di Restoran Musbee bersama

Jawatan Kuasa Pakatan Rakyat Limbang / Lawas

7.42 pm – Solat Isya’ dan Tarawikh

di Masjid Bahagian Limbang

01 Sept. 2010 (Rabu) – Lawatan ke Kucing

02.00pm Perjumpaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan

Pimpinan dan Ahli Parti Keadilan Rakyat

Tempat : Grand Continental Hotel, Kuching

03.00pm Mesyuarat Biro Politik MPN dengan Dato’ Seri Anwar Ibrhim

Tempat : Grand Continental Hotel, Kucing

04.30pm Sidang media

06.48pm Berbuka puasa di N6 Tupong

Rumah Datuk Hjh. Hafsah Harun

7.58 pm Solat Isya’ dan Tarawikh

di Masjid Kpg.Pinang Jawa, Kuching


Ahli PKR Sabah Yang Digantung Boleh Merayu, Kata Anwar

KINARUT: Dua belas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang digantung daripada parti kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan sebuah parti baru masih boleh merayu kepada jawatankuasadisiplin PKR, kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini disebabkan 12 anggota terbabit menarik balik cadangan itu dan tidak melancarkan parti yang telah mereka tubuhkan.

"Saya harap mereka akan menerimanya secara jujur dan saya juga meminta kepimpinan parti supaya tidak merumitkan perkara ini. "Kami perlu memberi mereka peluang untuk merayu. Ini hanyalah satu prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan PKR Sabah di sini, Sabtu.

Anggota terbabit dikatakan telah membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Disember lepas ekoran rasa tidak puas hati Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah. - BERNAMA Ahad Ogos 29, 2010.

PCS : Tiga digantung, baki diberi amaran 30 Ogos 2010

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah menolak syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung keahlian 12 pemimpin PKR Sabah, dan memutuskan untuk melepaskan sembilan daripada mereka dengan diberi amaran.


MPP bagaimanapun mengesahkan syor jawatankuasa disiplin untuk menggantung selama setahun keahlian presiden penaja Parti Cinta Sabah (PCS) Daniel John Jambun, timbalan presiden Awang Ahmad Sah dan setiausaha Moses Iking - semuanya aktivis kanan Sabah - tetapi mereka boleh merayu terhadap keputusan tersebut.

Hukuman ke atas mereka dijangka dikurangkan kepada separuh selepas rayuan dibuat dan dikebelakangkan kepada 3 Disember.

Ini adalah tarikh permohonan dibuat untuk mendaftar PCS di Kota Kinabalu dan dilaporkan telah ditarik balik dalam tempoh 24 jam.

Dengan itu, ketiga-tiga mereka masih layak untuk bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 18 September.
Mereka masing-masing bertanding jawatan ketua cabang Sepanggar, Putatan dan Keningau.

Manakala hukuman ke atas sembilan orang lagi - yang turut disyorkan oleh jawtankuasa disiplin digantung keahlian selama setahun - diganti dengan diberi surat amaran

1 comment:

JBS said...

Jangan layan sangat politiking Sabahan ni. Sama aje parti mana pun kat Sabah ni. Kita ikut mereka , ibarat terjun ke dalam sungai yang deras arusnya terus ke laut.