JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label HARI BELIA ANAK MUDA. Show all posts
Showing posts with label HARI BELIA ANAK MUDA. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Kisah Anak Muda pada Himpunan Hari Belia.

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!

Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana dianggap tidak masuk akal.

Kebanyakan pengunjung yang ditemui kecewa dengan tindakan peniaga itu tetapi pada masa sama meletakkan tanggungjawab terhadap penganjur kerana mungkin mengenakan sewa terlalu mahal kepada peniaga terbabit yang akhirnya memindahkan kos itu kepada pengguna.

Tinjauan mendapati selain menjual makanan terlalu mahal, peniaga juga didapati tidak meletakkan tanda harga selain sebahagian besar menggunakan pinggan polisterin yang diharamkan di sesetengah tempat kerana tidak mesra alam sekitar dan kesihatan.

Seorang suri rumah dari Desa Pinggiran Putra berkata, beliau terkejut apabila terpaksa membayar RM20 bagi empat pinggan char koteow, RM8 bagiair bancuh dan RM9 bagi tiga jantung jagung bakar ketika menjamu selera bersama tiga ahli keluarga pada Jumaat lalu.

Akibat tiada tanda harga, kebanyakan pelanggan hanya “melopong”apabila hendak membayar kerana menyangka harga makanan adalah pada kadar biasa.

Bagaimanapun, harga makanan syarikat francais tidak dinaikkan.

Peniaga kerepek dari Kluang Johor, Ramli Kamal, 43, berkata sewa untuk tapak berkhemah berkeluasan 120 meter persegi ialah RM3,000 untuk tiga hari.

“Kebanyakan peniaga di sini ialah kecil-kecilan dan memang mereka terpaksa naikkan harga jualan untuk menampung kos.

“Kami sedar yang datang kebanyakannya remaja tetapi apa boleh buat kerana peniaga terpaksa menjaga kosnya,” katanya yang meminta sewa khemah jualan dikurangkan pada tahun depan.

Nor Akmaliyah Mohd Zainal, 17, dari Johor yang menyertai himpunan itu berkata beliau membayar RM5 bagi sepinggan char koteow dan RM2 untuk segelas air bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1.

“Saya terkejut kerana makanan terlalu mahal dan mereka tidaksepatutnya buat begitu, kami yang masih belajar bukan bawa duit banyak.

“Kalau saya tahu, tentu saya makan di tempat lain,” katanya.
Pekerja swasta, Shahrul Sahab, 26, berkata peniaga bertindak demikian mungkin kerana sewa tapak yang mahal.

Beliau berkata, tidak masuk akal harga minuman bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1 di pasar malam dinaikkan hingga RM2.

Cuaca panas membuatkan minuman seperti itu laris dan memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

“Sepatutnya penganjur dan pihak berwajib mewujudkan harga makanan seragam dan peraturan meletakkan tanda harga perlu diwajibkan seperti biasa,” katanya.

Himpunan itu bermula Jumaat lalu dan berakhir pada 29 Mei lalu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanipulasi kehadiran Belia untuk mempertahankan Putrajaya dari di Tawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Gimik Parlimen Belia

PUTRAJAYA : Parlimen Belia akan dianggotai seramai 222 orang muda yang dipilih melalui proses pilihan raya dari setiap kawasan Parlimen, sebagai mewakili suara dan tuntutan golongan belia di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan masih meneliti bagaimana pilihan raya itu akan diadakan iaitu sama ada melalui Internet, membuang undi atau alternatif lain.

''Selain wakil yang dipilih dari sesuatu kawasan, terdapat juga cadangan supaya individu yang mewakili badan atau kaum tertentu diberi peluang memasuki Parlimen Belia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi di Y-Avenue di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Mengenai had umur, Ahmad Shabery mencadangkan supaya hanya belia yang berumur di bawah 25 tahun dibenarkan untuk menganggotai Parlimen Belia.

Beliau berharap, Parlimen Belia Percubaan dapat diperkenalkan pada tahun ini sebelum sesi Parlimen Belia yang sebenar dapat dimulakan pada tahun depan.

Mengulas perkembangan sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, Parlimen Belia berperanan mewakili suara dan tuntutan berkaitan kepentingan golongan tersebut di negara ini.

''Setakat ini, pelaksanaan dan kaedahnya belum diperkemaskan sepenuhnya tetapi kerajaan melihat pendekatan tersebut adalah paling baik untuk mendekati belia,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 29 Mei 2011

Thursday, May 19, 2011

Sambutan Belia bersifat kosmetik - Badrul

Masdar Wahid

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak mengiktiraf sambutan Hari Belia di negara ini kerana asal kewujudannya tidak menjiwai roh perjuangan sebenar anak muda.

Pengerusi dan pengasas SAMM, Badrul Hisham shahrin berkata, berbanding Malaysia, kebanyakan negara lain di dunia mewujudkan Hari Belia berteraskan peristiwa penting di negara tersebut hasil kebangkitan anak muda di negara tersebut.

Badrul memberi contoh Republik Rakyat China menetapkan 4 Mei sebagai sambutan tahunan Hari Belia dengan mengambil sempena 'May Fourth Movement' peristiwa besar revolusi budaya anti kapitalis di negara itu.

"Di India 'Youth Day' disambut pada 12 Januari sempena ulangtahun kelahiran tokoh Swami Vivekananda yang dimana koleksi tulisan dan syarahannya menjadi inspirasi pelbagai organisasi belia untuk terus berjuang demi masyarakat.

"Manakala Afrika Selatan menetapkan Hari Anak Muda pada 16 Jun bersempena permulaan 'Soweto riots' 1976 yang merupakan peristiwa penting dalam perjuangan anti Apartheid.

"Selain Vanuezela memilih 12 Febuari sebagai Hari Belia bagi mengenang anak muda yang gugur dalam 'Battle of La Victoria' ketika Peperangan Kemerdekaan Vanuezela pada 1814," katanya dalam satu kenyataan.

Namun, di Malaysia kata Badrul, sambutannya ditetapkan pada 15 Mei sejak 1964 bersempena kewujudan Kementerian Belia di negara ini.

"setiap tahun perayaan hari belia di Malaysia hanya bersifat kosmetik. Antara kemuncak perayaan hari belia negara pula ialah regim membawa khas kumpulan artis antarabangsa K-Pop “Super Junior M” dan ke mana nak dibawa (hala tuju) anak muda Malaysia," soalnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pakatan Rakyat jika menang selepas Pilihanraya Umum (PRU) akan datang harus melihat perkara itu secara serius.

"Kerajaan reformasi berteraskan rakyat yang mungkin terbentuk (selepas PRU) hasil dari tumbangnya regim penguasa lama ini (Barisan Nasional) seharusnya melihat perkara ini secara serius," tegasnya.

Rekod menunjukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 12 Ogos sebagai 'Youth Day' setiap tahun.

Sambutan Hari Belia yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pada 15 Mei lalu menjemput artis 'Dance Pop' dari Korea Selatan, K-Pop "Super Junior" selain menganjurkan aktiviti seperti G.I.G Dance, Konsert Suara Kita, Muay Thai Fit Warrior, Pertandingan Karaoke, Demonstrasi, Perhimpuanan Kereta Mewah Jutawan Belia Malaysia, pertandingan Kucing Cantik dan Pertandingan Belia Lawak.