JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, May 19, 2011

Sambutan Belia bersifat kosmetik - Badrul

Masdar Wahid

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak mengiktiraf sambutan Hari Belia di negara ini kerana asal kewujudannya tidak menjiwai roh perjuangan sebenar anak muda.

Pengerusi dan pengasas SAMM, Badrul Hisham shahrin berkata, berbanding Malaysia, kebanyakan negara lain di dunia mewujudkan Hari Belia berteraskan peristiwa penting di negara tersebut hasil kebangkitan anak muda di negara tersebut.

Badrul memberi contoh Republik Rakyat China menetapkan 4 Mei sebagai sambutan tahunan Hari Belia dengan mengambil sempena 'May Fourth Movement' peristiwa besar revolusi budaya anti kapitalis di negara itu.

"Di India 'Youth Day' disambut pada 12 Januari sempena ulangtahun kelahiran tokoh Swami Vivekananda yang dimana koleksi tulisan dan syarahannya menjadi inspirasi pelbagai organisasi belia untuk terus berjuang demi masyarakat.

"Manakala Afrika Selatan menetapkan Hari Anak Muda pada 16 Jun bersempena permulaan 'Soweto riots' 1976 yang merupakan peristiwa penting dalam perjuangan anti Apartheid.

"Selain Vanuezela memilih 12 Febuari sebagai Hari Belia bagi mengenang anak muda yang gugur dalam 'Battle of La Victoria' ketika Peperangan Kemerdekaan Vanuezela pada 1814," katanya dalam satu kenyataan.

Namun, di Malaysia kata Badrul, sambutannya ditetapkan pada 15 Mei sejak 1964 bersempena kewujudan Kementerian Belia di negara ini.

"setiap tahun perayaan hari belia di Malaysia hanya bersifat kosmetik. Antara kemuncak perayaan hari belia negara pula ialah regim membawa khas kumpulan artis antarabangsa K-Pop “Super Junior M” dan ke mana nak dibawa (hala tuju) anak muda Malaysia," soalnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pakatan Rakyat jika menang selepas Pilihanraya Umum (PRU) akan datang harus melihat perkara itu secara serius.

"Kerajaan reformasi berteraskan rakyat yang mungkin terbentuk (selepas PRU) hasil dari tumbangnya regim penguasa lama ini (Barisan Nasional) seharusnya melihat perkara ini secara serius," tegasnya.

Rekod menunjukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 12 Ogos sebagai 'Youth Day' setiap tahun.

Sambutan Hari Belia yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pada 15 Mei lalu menjemput artis 'Dance Pop' dari Korea Selatan, K-Pop "Super Junior" selain menganjurkan aktiviti seperti G.I.G Dance, Konsert Suara Kita, Muay Thai Fit Warrior, Pertandingan Karaoke, Demonstrasi, Perhimpuanan Kereta Mewah Jutawan Belia Malaysia, pertandingan Kucing Cantik dan Pertandingan Belia Lawak.

No comments: