JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label Skim Rumah Pertamaku. Show all posts
Showing posts with label Skim Rumah Pertamaku. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Tiada projek perumahan terbengkalai di Sabah ?

SERAH GERAN ... Hajiji (tiga dari kanan) menyerahkan geran tanah kepada salah seorang penerima.

KENINGAU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) sememangnya memberikan peluang kepada mana-mana syarikat tempatan untuk meneruskan pelaksanaan perumahan yang sudah lama terbengkalai di negeri ini.

Menterinya, Datuk Hajiji Noor berkata ini merupakan suatu perkembangan yang baik dan kerajaan memberikan galakan kepada mana-mana syarikat yang mahu berbuat demikian namun ianya tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan pihak kementerian.

Bagaimanapun dalam perkara ini, katanya, pihak Kementerian terlebih dahulu akan meneliti latar belakang syarikat terbabit termasuk memastikan samada ianya mampu untuk meneruskan projek yang hendak dilaksanakan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan geran-geran tanah Individu Taman Kota Fasa 1 di sini yang diadakan di Hotel Perkasa pada Khamis lalu.

Menurutnya, pada ketika ini tidak ada projek perumahan di Sabah yang terbengkalai.

“Kalau ada pun projek perumahan yang terbengkalai, semua itu dibina pada tahun 1980 yang berpunca ekoran daripada krisis kewangan pada ketika itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Hajiji memuji usaha yang dilakukan oleh pihak Syarikat Landmark Property yang berani mengambil risiko dengan meneruskan projek perumahan Taman Kota Fasa 1 yang terbengkalai lebih 20 tahun itu.

“Projek Taman perumahan itu telah terbengkalai sejak tahun 1980 namun Syarikat Landmark Property membuat keputusan untuk meneruskan projek berkenaan. Akhirnya kerja-kerja membangunkan taman perumahan itu dilaksanakan pada tahun 2008 dan telah siap sepenuhnya .

“Kita amat berbangga dengan pencapaian syarikat itu dan ianya suatu contoh terbaik yang diketuai oleh Dr Gordon Loke selaku Ketua Pegawai Eksekutif,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 62 pembeli menerima geran masing-masing yang disampaikan oleh Hajiji dan disaksikan oleh Gordon.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Matius Sator dan Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd Yusof.

Monday, October 3, 2011

Harga rumah naik lagi

PUTRAJAYA: Unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011 bukan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam, berkata berdasarkan maklum balas diperoleh daripada sektor berkenaan, 65 peratus berpendapat harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sehubungan itu, katanya, 47 peratus pemaju berkata, mereka bercadang menaikkan harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15 peratus menjelang pelancaran jualannya akhir tahun ini.

“Pemaju kini dibebani kenaikan harga batu bata, besi, simen dan pasir, selain masalah kekurangan tenaga kerja, manakala sikap tidak telus dan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu perumahan bagi kuota Bumiputera turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pemaju.

“Harga batu bata meningkat 27 peratus kepada 42 sen tahun ini berbanding 33 sen tahun lalu, harga besi kerangka meningkat 13 peratus kepada RM2,589 satu tan berbanding RM2,285 satu tan pada 2010.

Sejak Julai lalu, harga simen, pasir, batu bata dan besi masing-masing naik lagi sehingga 46.2 peratus, 81.1 peratus, 47.2 peratus dan 69.5 peratus.

“Jadi, Panel Majlis Kebangsaan REHDA menggesa supaya peruntukan kuota Bumiputera disemak semula kerana ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian, selain dibebani kenaikan harga bahan binaan,” katanya pada 2 Oktober lalu.

Mengikut syarat sekarang, pemaju mesti memperuntukkan antara 30 hingga 70 peratus unit rumah untuk kuota Bumiputera dan unit yang tidak terjual hanya boleh dilepaskan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri berkenaan.

Pemaju juga perlu membayar kadar diskaun tujuh peratus untuk kuota Bumiputera sebagai levi kepada kerajaan negeri berkenaan.

Michael berkata, unit rumah kuota Bumiputera kurang diminati pembeli Bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera saja, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.

Beliau berkata, fenomena itu menyebabkan pembeli Bumiputera lebih cenderung membeli unit rumah bukan kuota Bumiputera dan keuntungan pemaju pula terjejas kerana tidak ada pembeli untuk unit rumah kuota Bumiputera itu.

Katanya, syarat kuota Bumiputera itu harus dikaji semula kerana bimbang industri hartanah mungkin diperalatkan sebagai senjata politik pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan pasaran hartanah negara masih kukuh kerana bergantung kepada pembeli tempatan yang menduduki sendiri hartanah dibeli, sekali gus terlindung daripada kemerosotan ekonomi yang memberi kesan ketara terhadap pasaran hartanah di negara maju.

Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh pertama tahun ini, hanya 52 peratus pemaju, berbanding 55 peratus pemaju pada separuh pertama 2010, melancarkan projek baru.

Walaupun jumlah projek baru berkurangan, purata saiznya bertambah kepada 150 unit setiap projek pada separuh pertama 2011 berbanding hanya 100 unit bagi tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan pemaju lebih cenderung memilih projek mempunyai permintaan pasaran tinggi.Sumber : Berita Harian

Wednesday, May 11, 2011

Skim Rumah Pertamaku, Bohong !!!

KUALA LUMPUR: Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan Mac lalu bagi membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus, dikatakan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kebanyakan golongan itu.

Meskipun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda ini akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.

Eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, berkata, beliau teruja mengetahui kewujudan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada pembentangan Bajet 2011, tahun lalu.

Bagaimanapun, Nur Syafinas yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya.

Seorang lagi kakitangan swasta, Noor Amalina Ahmad, 23, berkata konsep pembiayaan pinjaman 100 peratus, yang turut digunakan dalam pembiayaan pinjaman kenderaan, akan menyebabkan golongan muda menanggung bayaran ansuran lebih tinggi setiap bulan.

“Untuk memanfaatkan skim ini, mungkin golongan muda boleh mengambil sedikit masa dengan membuat simpanan terlebih dulu bagi memastikan kedudukan kewangan stabil ketika dinilai institusi perbankan apabila permohonan pembiayaan perumahan dilakukan,” katanya.BH=11 Mei 2011