JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label umno bn yahudi. Show all posts
Showing posts with label umno bn yahudi. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Umno Kelantan Haram

Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.

Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.

“Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram,” katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.

“Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.

Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan.

Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-umno-kelantan-dipecat-cabar-ros-segarkan-krisis-1987/

Monday, January 18, 2010

MUHYIDDIN JANJI PRU LEBIH AWAL

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu berfikiran sealiran dengan minda masyarakat Malaysia hari ini kerana senario politik kini telah banyak berubah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat kini terutamanya generasi muda yang kebanyakannya berpendidikan tinggi mempunyai pemikiran yang berbeza dengan generasi terdahulu dalam soal politik.

"Sebab itu kita tidak boleh lagi statik. Kita tidak harus ikut cara lampau kerana cara lampau walaupun sudah berhasil, tetapi tidak lagi sesuai dan sebahagiannya mungkin tidak diterima oleh generasi baru," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam 1Malaysia anjuran Umno Titiwangsa di sini Ahad malam.

Muhyiddin berkata golongan muda ketika ini mempunyai jangkaan (expectation) yang tinggi terhadap kerajaan.

"Kita perlu mengambil kira tuntutan mereka. Sekarang tuntutan mereka jauh lebih tinggi. Tidak seperti masa lampau. Jadi kita berdepan dengan profil rakyat Malaysia yang berlainan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum yang lepas dan kejatuhan empat negeri di tangan pembangkang perlu ditebus semula pada pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, katanya, parti-parti komponen perlu bermula daripada sekarang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap BN dan bukan hanya bertindak ketika pilihan raya umum semakin hampir.

"2013 menjelang Mei jika saya tak silap adalah bulan terakhir penggal lima tahun.

"Biasanya Perdana Menteri tak tunggu sampai akhir. Jika mahu tunggu tahun itu baru nak mula, sori...dah terlambat," katanya.


-- BERNAMA

Saturday, July 25, 2009

ISRAEL, SINGAPURA DAN UMNO/BN


Muqabalah Zahid-Ehud Barak menghiris hati ummah

Ketika mengiringi Puan Malak al-Shaibani, Timbalan Pengarah Pusat Promosi Pelaburan dan Pembangunan Eksport Oman (The Omani Centre for Investment Promotion and Export Development (OCIPED)) ke beberapa agensi kerajaan dan swasta di ibu negara sepuluh tahun lalu, beliau menceritakan pengalamannya berhadapan dengan lobi Israel di Timur Tengah.

Menurut Malak, tiga orang wakil daripada Kementerian Perdagangan Israel pernah datang ke OCIPED untuk bertemu dengannya bagi membincangkan kemungkinan mewujudkan urusan perdagangan dua hala Oman-Israel.

Beliau enggan bertemu dengan wakil Kerajaan Israel itu atas dua sebab. Pertama Oman tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dengan Israel. Oleh itu perbincangan dengan wakil Israel tidak membawa sebarang faedah kepada aspek pelaburan dan eksport Oman.

Keduanya, beliau risau jika pertemuan itu hanya akan dijadikan modal publisiti murahan oleh Israel dan disiarkan dalam media massa negara haram itu. Hasilnya nanti, Malak khuatir akan disalah lapor sebagai menyokong kewujudan Israel dan dirinya pula menjadi sasaran para pejuang Palestin termasuk Hamas.

Begitulah sikap berhati-hati yang ditunjukkan seorang pegawai tinggi kerajaan Oman. Israel sebenarnya wajar dilayan begitu kerana sejarah membuktikan negara haram itu adalah duri dalam daging keamanan rantau Teluk!

Amat malang bagi mana-mana pegawai atau pemimpin kerajaan negara umat Islam untuk bertemu dengan pegawai dan pemimpin Israel (atas apa juga alasan) kerana ianya pasti dijadikan modal oleh 'spin doctor' dan media propaganda Israel untuk menunjukkan 'negara tanpa restu' itu sudah semakin diterima oleh dunia khususnya negara-negara umat Islam.

Pastinya berita pertemuan bekas Menteri Agama Kerajaan BN yang sekarang menjawat Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di satu majlis cocktail di Perancis amat mendukacitakan kita.

Pertemuan itu walaupun ringkas menimbulkan pelbagai persoalan memandangkan negara tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Jika Zahid beralasan mahu menyampaikan pandangan Malaysia terhadap isu Timur Tengah, apakah tindakannya itu telah mendapat restu kabinet khususnya Kementerian Luar?

Tentu tidak banyak yang mampu dibincangkan Zahid dan Ehud Barak dalam pertemuan 35 minit itu, tetapi ia sudah cukup untuk dijadikan modal bagi Ehud Barak menunjukkan sikap berlembut Malaysia dalam soal hubungan dua hala. Zahid sendiri mengakui beliau satu-satunya Menteri Pertahanan yang bermuqabalah dengan Ehud Barak pada majlis sempena Pertunjukan Udara Paris itu.

Ini bukanlah 'pertemuan haram' pertama dilakukan pemimpin BN khususnya Umno dengan pemimpin Zionis Israel. Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin di Perancis pada 1995 manakala krew TV3, sebuah stesen TV milik tidak langsung Umno menjadi rakyat Malaysia pertama masuk ke Israel melalui lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion, Tel Aviv beberapa tahun kemudian.

Sebenarnya banyak kisah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang boleh dinukilkan. Sejak tertubuhnya negara haram Israel pada 1948 dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia, rantau Teluk tidak lagi aman.

Pencerobohan Israel terhadap wilayah autonomi Gaza bermula akhir tahun lalu mengakibatkan ribuan korban. Sempadan Gaza-Mesir ditutup mulai 5 Februari 2009 walaupun untuk misi bantuan kemanusiaan, mengakibatkan Gaza menjadi umpama 'penjara terbuka' bagi 1.5 juta rakyatnya.

Sempadan Gaza-Mesir kini dikawal empat pihak - Mesir, Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Tiada sebarang bekalan makanan, ubat-ubatan dan binaan dibenarkan melepasi sempadan. Aktiviti lintas sempadan melalui terowong-terowong yang berselirat di sepanjang sempadan kini dikawal oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Barat turut disekat daripada melintasi sempadan sehingga mendorong mereka mengadakan demonstrasi, piket dan berkampung di Rafah Gate.

Perkembangan yang berlaku ini sepatutnya menginsafkan Zahid tentang peri kejamnya Israel dan kuasa-kuasa besar dunia terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Muqabalah Zahid-Ehud Barak sebenarnya tidak bermanfaat langsung untuk Palestin. Ia menambahkan lagi luka mereka seperti terlukanya hati umat Islam negara ini kerana sikap dangkal, tidak sensitif dan naifnya Zahid. Di mata Zionis Israel, Zahid pastinya diiktiraf sebagai pemimpin Islam yang toleran dan mudah dibawa berbincang.

Mungkin banyak yang boleh dipelajari Zahid daripada Israel khususnya pengganas bernama Ehud Barak!

http://harakahdaily.net

Wanita BN Dan PAP (sekutu israel Asia Tenggara) Kukuhkan Hubungan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pengerusi Wanita Barisan Nasional Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pertemuan Wanita Barisan Nasional (BN) dengan delegasi Pergerakan Wanita Peoples Action Party (PAP) Singapura hari ini mampu mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno berkata pemimpin wanita mampu membantu membawa perubahan yang baik dan positif antara kedua-dua negara bukan hanya dalam isu wanita, keluarga dan masyarakat, tetapi juga dalam isu dua hala dan sebagainya.

"Paling mustahak ialah kefahaman antara kedua-dua rakyat sebab di antara Malaysia dan Singapura, kita mempunyai banyak kesamaan sama ada dari segi sejarah, keturunan, kelaziman hidup dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Wanita PAP di Ibupejabat Umno di sini Jumaat.

Ketua Wanita PAP Lim Hwa Hee, yang juga Menteri di pejabat Perdana Menteri Singapura mengetuai rombongan seramai 30 orang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Singapura dan aktivis wanita negara itu.

Antara Wanita BN yang hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim serta exco Pergerakan Wanita Umno.

Shahrizat berkata Wanita BN dijangka mengadakan kunjungan balas ke atas PAP Singapura awal Ogos ini.

Sementara itu, Lim berkata Wanita PAP ingin mempelajari lebih mendalam mengenai keupayaan Wanita BN menampilkan rangkaian jentera kerja yang mantap dan menyeluruh di seluruh negara.

"Kami akan lihat sama ada kami boleh membawa idea itu balik ke Singapura dan melaksanakannya di sana," katanya kepada pemberita.

Lim berkata wanita di kedua-dua negara memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan usaha kerajaan.