JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, February 27, 2008

Antara ‘beting MARO’ dan ‘MEROtai’


Dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2006 yang lalu, Parti Islam Semalaysia (PAS) yang hanya meletakan satu kerusi untuk bertanding iaitu di N.24 Dewan Undangan Negeri Beting Maro hampir menang apabila berjaya mengurangkan majoriti BN di kerusi itu dengan mencatatkan 1901 undi berbanding dengan calon BN, Bolhasan Di yang meraih sebanyak 2796 undi dengan majoriti BN dikurangkan kepada 895 undi sahaja.

Itu cerita di sarawak. Di sabah pula pada kali ini pas meletakan calon untuk bertanding di dua kerusi iaitu Dun Sukau dan Dun Merotai. Berbanding Dun Sukau, dun Merotai mempunyai peluang yang lebih cerah untuk pas memenangi kerusi tersebut. Walaupun tidak dinafikan kemungkinan untuk pas memenangi Dun Sukau tetap ada.

Jika di Dun Beting Maro Pas berjaya mengurangkan majoriti BN, di Merotai pula pada pilihanraya 2004 yang lepas, Pas berjaya meningkatkan undinya melebihi 1000 undi dan satu-satunya calon yang tidak hilang wang pertaruhan berbanding 3 calon bebas yang menyaksikan pertandingan 5 penjuru. Pada kali ini skrip yang sama seolah-olah berulang kembali apabila kerusi Dun Merotai menyaksikan pertandingan 5 penjuru dengan sekali lagi melibatkan 3 calon bebas seperti dalam gambarajah di bawah.

Keputusan Pilihanraya Umum 2004 bagi DUN Merotai.

N19158 - MEROTAI
1. ABDUL GAFFAR BIN MOHD NOR (SETIA) 405 Hilang Deposit

2. LIEW YUN FAH (BN) 5344 Menang

3. USMAN BIN MADEAMING (PAS) 1039 Kalah

4. MOKTAR BIN AHMAD (BEBAS) 441 Hilang Deposit

5. FOO CHEE KING (BEBAS) 584 Hilang Deposit

N58 MEROTAI (Pilihanraya Umum 2008)
Jumlah Pengundi: 13,931 Peningkatan jumlah pengundi:

B/I: 66.79% B/B/I: 7.68% C: 23.49% L: 2.04%


1. Moktar Ahmad (Bebas)


2. Mohamad Abdullah (Pas)


3. Pang Yuk Ming (BN - LDP)


4. Soon Ten Fook (Bebas)


5. Salman Nurullah (Bebas)


Jumlah undi: Majoriti: Undi rosak:
Penyandang: Datuk Liew Yun Fah (BN)(Majoriti: 4,305 undi)


Calon Pas yang bertanding pada kali ini ialah Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Abdullah. Beliau yang berbangsa Bugis merupakan Pesuruhjaya Pas Sabah dan pernah memegang Jawatan Pengerusi Masjid di Kampung Pukat, Tawau Sabah selama 15 tahun sebelum dilantik sebagai Penasihat di masjid tersebut. Selain aktif berdakwah Ustaz Mohamad juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) zon Bandar Tawau.

Pencalonan beliau di kerusi dun Merotai adalah tepat pada masanya di samping memastikan bulan mengambang di bumi Sabah yang selama ini tertekan di bawah pemerintahan UMNO/BN.
Memetik kata-kata beliau beberapa hari yang lalu yang menyatakan bahawa “pas melahirkan keyakinan akan menawan kerusi DUN Merotai dan Sukau berikutan majoriti penduduk di situ adalah orang Islam.”


Ungkapan itu ada asasnya kerana dun merotai bukan sahaja memiliki pengundi Bumiputra Islam yang ramai tetapi majoriti daripada pengundi tersebut adalah terdiri daripada suku kaum bugis. Harus diingat, corak pengundian di kawasan tersebut bukan sahaja dipengaruhi calon dari parti mana yang bertanding, tetapi juga calon dari kaum mana yang diletakan untuk bertanding. Majoriti penduduk Merotai adalah berketurunan Bugis.


Bagi Ustaz Mohamad, walaupun beliau berketurunan Bugis perkara utama yang diperjuangkan beliau ialah untuk Islam di sabah di samping membawa suara warga Merotai di persidangan dun seterusnya mengimbangi kuasa bn yang menang dengan majority yang terlalu selesa sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Pelbagai faktor yang berlaku sebelum ini memungkinkan peluang pas untuk menang di kawasan itu. Antaranya ialah

1. Pembohongan Ahli Parlimen Kalabakan dalam isu Pembangunan di Dun Merotai

Ahli Parlimen Kalabakan iaitu Datuk Ghapur Saleh pernah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan hanya retorik semata-mata seperti yang dilaporkan oleh Bernama Pada Pilihanraya Umum 2004 iaitu “Ketua Penaja Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata kemenangan mutlak penting bagi membolehkan wakil wakyat BN meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu. Abdul Ghapur berkata sebagai contoh, kawasan Sungai Siput di Perak yang mempunyai 20 peratus pengundi India dan selebihnya Melayu, tetapi dipimpin oleh anggota parlimen Datuk Seri S. Samy Vellu. Sungai Siput juga muncul sebagai satu kawasan yang sungguh maju, katanya. (Bernama March 14, 2004)”.


Pada bulan ini pula beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah seperti berikut “Sejak Liew (Datuk Liew Yun Fah iaitu Adun Merotai sejak 2004) menjadi wakil rakyat, tiada pembangunan ketara berlaku di kawasan itu dan jika adapun, ianya adalah hasil perancangan yang dibuat olehnya mahupun Datuk Dr. Patawari (Adun Merotai 1999-2004), semasa menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Menurut Ghapur, beliau juga bersedia membawa sesiapa sahaja ke DUN Merotai, untuk mendapatkan sendiri maklum balas rakyat tentang apakah pembangunan yang berlaku di kawasan itu. (New Sabah Times 11th February, 2008)”.

Adakah kenyataan yang bercanggah ini dikeluarkan oleh Datuk Ghapur semata-mata kerana pada Pilihanraya 2004 yang lalu beliau adalah penaja Ketua Bahagaian ataupun ada perkara tersirat disebaliknya?

2. Antara Mengigau, Mimpi di Siang Hari, Mimpi Calon, dan Mimpi Kerusi.
Rentetan pengaruh Pas yang semakin diterima rakyat khususnya di kawasan Merotai ini, pelbagai pihak dalam Bn mengeluarkan kenyataan tentang mimpi. Menariknya, antara mereka ialah Adun Apas iaitu Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau yang jarang mengeluarkan kenyataan mengenai pembangkang dan dilihat tenang apabila diajukan soalan oleh wartawan tiba-tiba berang apabila berkata “Barisan Nasional (BN) Tawau menyifatkan hasrat Pas Sabah untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai dan Sukau pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini hanya sebagai mimpi di siang hari.”. (New Sabah Times 20 Feb. 2008).


Tidak cukup dengan itu, Presiden LDP Datuk V.K Liew pula dalam usahanya mempertahankan kerusi dun Merotai yang diwakili partinya menyelar Ketua Umno Kalabakan Datuk Ghapur dengan berkata “Ketua Umno Kalabakan itu boleh terus bermimpi kerana dun Merotai adalah milik LDP”. . (New Sabah Times 11th February, 2008)”.


Ghapus Saleh membalas kenyataan itu dengan mengatakan Presiden Parti LDP itu sebagai bermimpi menjadi calon. Manakala Bekas Adun Merotai menganggap Presiden LDP itu sebagai mengigau.


Antara mimpi dan mengigau dalam drama perebutan kerusi sesame parti komponen BN ini, apa yang pasti, mereka sebenarnya mengakui prestasi dan kekuatan PAS semakain bertambah dan diterima oleh masyarakat Sabah. Pertikaman lidah antara BN juga menunjukan sifat perkaumannya. Ini terbukti apabila kita meneliti kenyataan di bawah ini.

*Beliau berkata pengundi tidak harus terpengaruh dengan kempen parti pembangkang yang akan memanipulasi isu pemilihan calon di Merotai. Ghapur yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Kalabakan berkata pembangkang akan menjaja sentimen perkauman khususnya di kawasan Merotai yang menjadi kerusi tradisi Melayu tetapi kini diberikan kepada calon BN dari parti berasaskan kaum Cina, Parti Liberal Demokratik.


"Pengundi terutama anggota parti komponen tidak harus melihat calon dari parti mana yang diberi kepercayaan untuk bertanding di kawasan Merotai atau lain-lain tempat... kerana mereka adalah wakil BN, bukan mewakili kaum tertentu sahaja," katanya.Ghafur berkata pengundi harus faham bahawa BN bukan memilih pemimpin daripada sesuatu kaum untuk mewakili kaum tertentu sahaja tetapi juga kaum lain di kawasan berkenaan. (Bernama March 14, 2004).*


*Tuntutan semula kerusi DUN Merotai dibuat oleh Umno Kalabakan disebabkan itu adalah suara rakyat dan kehendak kira-kira 20,000 ahli Umno di bahagian terbabit. Kerusi itu milik Umno sejak merdeka dan adalah wajar jika kita menuntut kembali”. kajian pihaknya juga mendapati kerusi itu mungkin akan jatuh ke tangan parti pembangkang, jika wakil rakyat sekarang Datuk Liew Yun Fah masih dicalonkan di kawasan itu.. (New Sabah Times 11th February, 2008)*


Retorik Yb Kalabakan ini adalah sesuatu yang lucu dan menghairankan. Khususnya ia diungkapkan oleh Yb yang memiliki rekod sering melompat parti atau gelaran oleh rakyat sabah bagi sepsis seperti ini adalah “Yang Berhormat Lompat Katak”.


Mampukah Pas memenangi kerusi Merotai pada kali ini? Adakah aura Dun Beting Maro akan dirasai di sini? Persoalan itu hanya akan terjawab pada 08 Mac ini apabila sejumlah 13,931 pengundi yang layak akan menunaikan tanggungjawab mereka. Mudah-mudahan Dun Merotai bakal melahirkan anak sulung PAS di bumi Sabah ini. Takbir!!!

No comments: