JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, November 28, 2010

Kongres KEADILAN : KEADILAN mampu kembalikan maruah Sabah


Wakil dari Sabah, Winnie Juanie, menyatakan suara hati orang Sabah yang sekian lama kecewa ditipu dan diperguna oleh kerajaan BN.

Beliau percaya, hanya KEADILAN dan Pakatan Rakyat mampu mengembalikan maruah serta menjaga kebajikan orang Sabah.

“KEADILAN perlu menyelamatkan orang Sabah dari cengkaman kerajaan BN. SelamatkaNlah Sabah untuk menyelamatkan Malaysia, kerana kami juga sebahagian daripada Malaysia,” ujar Winnie.

Menurutnya, masalah seperti kemiskinan dan kekurangan infrastruktur di kawasan pedalaman masih lagi berlarutan sejak dahulu hingga sekarang.

“Setelah sekian lama di bawah pemerintahan BN, masih ada rakyat Sabah yang tidak mendapat bekalan elektrik serta air.

Masih ada jalan yang tidak diselenggara dengan baik” jelas Winnie.

“Pendatang asing tanpa izin semakin hari semakin banyak malah tidak langsung berkurangan.

Di bawah Projek MyKad Mahathir, sebanyak 1 juta pendatang asing tanpa izin diserap sebagai warganegara berbanding 4 juta pengundi berdaftar di Sabah,” tambah Winnie.

http://www.keadilandaily.com/keadilan-mampu-kembalikan-maruah-sabah

Kongres KEADILAN : Perwakilan Sabah tuntut 20 peratus royalti, autonomi jika Pakatan Rakyat tawan Putrajaya


Seorang perwakilan daripada Sabah, Gan Chee Chai dalam usul perbahasan ekonomi, menuntut agar Sabah diberikan hak autonomi dan royalti berjumlah 20 peratus atas hasil galian minyak dan gas, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

“Itu adalah harapan kami, harapan rakyat Sabah agar mendapat perhatian yang sewajarnya, khasnya untuk orang-orang miskin. Kita akui, kerajaan
Barisan Nasional memang gagal untuk menghapuskan kemiskinan,” kata Gan.

“Dalam sejarah, rakyat Sabah yang paling berani untuk menukar kerajaan. Dari kerajaan Perikatan semasa menyertai Malaysia, Parti Berjaya, Parti Bersatu Sabah dan terakhir adalah Barisan Nasional,”

Justeru, Gan memaklumkan, tidak mustahil sekiranya persepsi umum bahawa Sabah yang merupakan deposit tetap Barisan Nasional, akan berubah sekiranya tawaran tersebut dipertimbangkan,

“Ini sememangnya telah menjadi taktik oleh Barisan Nasional. Mereka memang sengaja mahu rakyat Sabah terus miskin, agar rakyat Sabah diserapkan dengan mentaliti meminta-minta. Dalam masa yang sama, harta rakyat Sabah di’keroyok’ oleh pimpinan Barisan Nasional Sabah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Gan menyatakan, situasi tersebut merupakan cabaran utama Pakatan Rakyat di Sabah.

Namun beliau optimis dengan kemenangan dan berharap agar pimpinan KEADILAN, terutamanya di peringkat atasan perlul lebih kerap turun ke Sabah, terutamanya kepada pimpinan KEADILAN yang baru dilantik.

http://www.keadilandaily.com/perwakilan-sabah-tuntut-20-peratus-royalti-autonomi-jika-pakatan-rakyat-tawan-putrajaya

Kongres KEADILAN : Jangan pinggirkan Sarawak dan Sabah


Wakil Sarawak, Granda Anak Ning berkata, sesudah 50 tahun negara merdeka, semangat kenegaraan masih tidak wujud apabila Sarawak dan Sabah masih dianggap terpisah dari politik semenanjung.

“Keadaan ini mengajak pimpinan Sarawak memikir apakah kesudahan. Setelah 50 tahun negara merdeka, semangat kenegaraan masih tidak wujud, kita masih terheret dalam kancah politik lama,”ujarnya.

Menurutnya, perkara itu menyebabkan ada calon-calon dari Sarawak dan Sabah tidak mungkin menang jawatan tertinggi yang dipertandingkan kerana tidak mempunyai bilangan undi yang mencukupi.

Tambah beliau, perkara itu jika tidak diperhalusi akan memberi ruang kepada Umno-BN melontarkan tuduhan bahawa keadilan Sarawak dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dari semenanjung.

“Kami mahu suara didengar, kami mahu sumbangan kami diterima, kami mahu permohonan kami dipertimbangkan.

“Justeru kami mahu merapatkan jurang yang telah lama terpisah sejak 50 tahun, kami juga mahu orang timur memegang jawatan timbalan presiden dari Sarawak dan Sabah, kami mahu jawatan naib presiden dari Sarawak dan Sabah,”ujarnya.

Sebelum itu, Granda berkata, sistem pendidikan yang ada hari ini perlu ditransformasi bagi melahirkan masyarakat yang kreatif.

http://www.keadilandaily.com/jangan-pinggirkan-sarawak-dan-sabah

Monday, November 22, 2010

Angkat orang Sabah yang amanah - Anwar


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa tidak ada ruang di dalam parti bagi mana-mana pihak untuk memainkan sentimen perkauman.

Merujuk kepada proses pemilihan parti di sesetengah cabang yang didominasi oleh kaum tertentu, Anwar mengingatkan jika budaya ini mahu diteruskan lebih baik mereka yang terbabit menyertai Barisan Nasional.

"Saya ingin berpesan jangan main sentimen kaum di dalam parti ini. Kalau ada saya nasihatkan balikm ke parti asal masing-masing. Kalau di cabang semua kepimpinan pilih Melayu lebih baik masuk Umno, kalau semua pilih India lebih baik masuk kelab India atau MIC. Kalau ini berlaku apa beza kita dengan Barisan Nasional.

"Saya amat serius mengenai perkara ini. Kita tidak terima pemikiran Sabah untuk orang Sabah sahaja. Kalau mereka yang rasuah sama sahaja samada mereka dari Semenanjung atau Sabah. Kita nak angkat orang Sabah yang amanah, setia kepada parti, mampu angkat perjuangan rakyat bukan nak main sentimen suku kaum," Anwar memberi amaran kepada lebih 2,000 penyokong yang menghadiri 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' anjuran KEADILAN Selangor di sini Jumaat lalu.

Anwar juga berkata terdapat keputusan dibeberapa cabang yang menunjukkan ketua cabang memenangi dengan hanya undi yang rendah berbanding jumlah anggota yang besar.

"Saya lihat ada cabang yang mempunyai anggota lebih 1,500 orang tapi ketua cabang menang dengan undi 60 ahli sahaja. Kita terima keputusan itu tapi kita tidak hormat kemenangan itu.

"Saya ingin ingatkan kepada semua anggota, selepas habis kongres tidak bermakna yang menang, semua dia bolot dan yang kalah tidak kalah semua. Kongres ini adalah kongres menyatukan kembali parti dan terakhir sebelum kita hadapi pilihan raya umum," kata Anwar.

Anwar yang juga Ketua Oposisi berkata KEADILAN bukan sebbuah parti yang lahir daripada dokongan golongan korporat atau tauke kaya tetapi diasaskan daripada gejolak kebangkitan rakyat yang mendesak perubahan politik.

"Yang menyokong parti ini adalah golongan mustadaafeen (tertindas). Berapa banyak air mata dikeluarkan, ribuan dipukul, ribuan keluar masuk penjara. Ramai antara pejuang telah meninggalkan kita. Mereka tidak mengharapkan kontrak, mereka hanya punyai cetusan idealisme perjuangan dalam sanubari mereka yang mahukan perubahan, reformasi. Pemanfu teksi, pekerja, petani, mereka inilah yang menjadi kekuatan rakyat bawahan yang bangun menuntut perubahan besar di negara ini.

Beliau juga mengingatkan anggota supaya tidak terperangkap dengan propaganda media milik Umno-Barisan Nasional yang menggambarkan seolah-olah parti berada di dalam pergolakan yang dahsyat.

Anwar berkata inilah persepsi yang cuba ditonjolkan oleh media seperti Utusan Malaysia yang mahu mempengaruhi rakyat terutamanya berhubung proses pemilihan parti.

"Kalau nak katakan terkejut dengan apa yang mereka fitnah, saya tidak terkejut kerana sudah 12 tahun mereka serang tak habis-habis sampaikan ada yang kata kepada saya Umno ni dah macam gila talak dengan Anwar.

"Ada sahabat beritahu saya Dr Mahathir masa mesyuarat Kabinet bertanya, 'Anwar dah mai ka?'," kata beliau bergurau

Anwar juga berkata sebagai kubu kuat KEADILAN Selangor perlu dipertahankan daripada serangan musuh yang ingin merampas kembali negeri ini.

"Mula-mula Umno cuba di Selangor tapi tidak berjaya, kemudian mereka ke Perak berjaya rampas balik. Lepas itu balik ke Selangor cuka sekali lagi tapi gagal juga.

"Oleh itu saya mahu kerajaan negeri pimpinan tan Sri Khalid Ibrahim terus memberi khidmat terbik kepada rakyat. Saya bangga kerana beliau berjaya menjada integriti kedudukan beliau sebagai Menteri Besar, tidak korup dan tidak ambil harta negeri.

"Lihat selalu rakyat di bawah dan berikan mereka keselesaan hidup, intelektualismenya, sekolah yang bersih dan hebat yang selama ini rosak dan jahanam di bawah Umno-BN," tegas Anwar lagi.-SK- 21 November 2010.

Monday, November 15, 2010

Tiada jawatan Penyelaras dalam PR - Dr. Syed Husin


Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, tindakan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini, langsung tidak menjejaskan parti itu malah KEADILAN yang baru berusia 11 tahun itu akan lebih kukuh dan kuat dalam jangka masa panjang selepas ini.

“Saya selalu menyebut ‘bila sampah sudah berlalu, sungai akan lebih jernih’ dan saya percaya tindakan Datuk Zaid itu salah satu cabaran yang perlu dilalui oleh parti.

Parti-parti lama seperti PAS dan DAP juga melalui pengalaman yang sama di mana ada ahli mereka keluar parti sebelum ini tetapi selepas itu, PAS dan DAP menjadi lebih kuat,” katanya ketika dihubungi masdarwahid.blogspot.com sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu, sepanjang Zaid berada dalam KEADILAN, bekas ahli Umno itu tiada apa-apa sumbangan yang berfaedah untuk menguatkan parti.

Ditanya berhubung jawatan Penyelaras Pakatan Rakyat yang disandang oleh Zaid, beliau menjelaskan, jawatan itu hanya istilah yang digunakan oleh pihak media.

“Saya ingin menjelaskan, tidak ada jawatan dalam Pakatan (Rakyat) yang dinamakan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Tidak ada seorang pun yang dilantik oleh Pakatan Rakyat sebagai penyelaras,” katanya sambil menambah istilah itu hanya digunakan oleh pihak media untuk menaikkan beliau.

“Saya pernah memberitahu media sebelum ini berhubung istilah itu, tetapi sesetengah media tidak mempercayainya.

Datuk Zaid hanya ditugaskan untuk mendaftarkan nama Pakatan Rakyat yang sehingga kini gagal didaftarkan,” tegasnya.

Berhubung kenyataan Zaid yang peribadi beliau tak habis-habis diserang oleh pimpinan KEADILAN, Dr. Syed hanya ketawa sebelum berkata; ‘saya tak tahulah, siapa yang ditemuramah oleh akhbar lawan, siapa yang serang parti KEADILAN, siapa yang serang parti menggunakan akhbar lawan,’ katanya sinis.

Berkaitan dengan desakan Zaid agar Anwar berundur, beliau berkata, pengunduran Anwar hanya boleh berlaku dengan kehendak Anwar sendiri atau kongres KEADILAN yang akan datang.

Beliau turut mengulas berhubung hasrat Zaid untuk menubuhkan ‘Keadilan Baru’ dengan kata-kata berikut;

‘Kita ucap selamatlah kepada Datuk Zaid atas apa-apa usaha beliau, katanya.

Zaid melalui blognya hari ini mengesahkan laporan muka depan akhbar The Star, milik parti MCA bahawa benar beliau sudah keluar dari KEADILAN.

Sebelum ini, beliau turut bersetuju ditemuramah oleh akhbar Utusan dan menyerang KEADILAN dalam wawancara itu.

Suara Keadilan kembali di pasaran


Selepas hampir tiga bulan tanpa sebarang penerbitan, surat berita Parti Keadilan Rakyat kembali ke pasaran mulai hari ini dengan judul "Warta Keadilan".

Antara isu yang dilaporkan dalam keluaran kali ini adalah wawancara bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution, yang menjawab tohmahan pihak-pihak tertentu berkenaan tataurus dan perjalanan Pemilihan KEADILAN 2010.

Siri kali ini menyiarkan analisis terhadap kepincangan perjalanan kes fitnah kedua terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ulasan berkenaan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi.

Akhbar tidak berkala dengan jumlah 32 muka surat ini diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Ia dijual pada harga RM2 senaskah di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak. http://keadilandaily.com/

Thursday, November 11, 2010

Pilihanraya Swak : Kes Cerai NAIK


KUCHING 10 Nov. - Angka penceraian yang meningkat sehingga 50 peratus sejak kebelakangan ini menyebabkan kerajaan negeri bimbang dan serius mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Datuk Seri William Mawan Ikom berkata, kerajaan juga mahu memahami mengapa masyarakat hari ini gemar untuk berkahwin muda dan kemudian bercerai awal.

''Kami akan memulakan kajian mengenai masalah penceraian ini yang kian meningkat dan amat penting untuk kita memahami kenapa masyarakat kini yang ingin berkahwin cepat dan kemudiannya bercerai pun cepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-16 di sini semalam.

Sehubungan itu, kata beliau, kementeriannya akan memulakan kajian mengenai penceraian dan kehidupan kekeluargaan yang dijangka akan siap pada penghujung bulan Julai tahun hadapan.

Mawan memberitahu, bagi memulakan kajian tersebut, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) akan bekerjasama dengan Majlis Sosial Negeri (MSN).

Beliau menjelaskan, dalam kebanyakan kes penceraian yang berlaku, golongan yang akan menjadi mangsa adalah kaum wanita dan kanak-kanak manakala kaum lelaki pula akan menjalani kehidupan seperti biasa, malah ada yang mencari pasangan baru.

''Akibat daripada penceraian ini, ia akan memberikan kesan yang negatif di mana akan adanya golongan yang tidak mampu menjaga diri mereka sepenuhnya seperti kes-kes ibu tunggal," katanya.

Kesemua kes-kes penceraian yang berlaku tidak mengira bangsa dan kerjaya, katanya.

''Kami akan mencari sebab mengapa trend ini (penceraian) semakin meningkat dan mungkin kita akan menyediakan khidmat perunding profesional untuk memperbaiki hubungan perkahwinan sebelum mereka membuat keputusan untuk bercerai," katanya.

Pilihanraya Swak : Harga Rumah NAIK


Harga rumah di negeri Sarawak melambung naik dalam tempoh masa kurang setahun, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata pada bulan Mei lalu kenaikan harga rumah-rumah kembar dua tingkat mencecah RM500,000 seunit dan harga rumah teres ‘corner’ dua tingkat mencecah RM300,000.

“Harga terkini rumah kembar dua tingkat mencecah RM600,000 seunit, dan RM400,000 seunit untuk rumah teres ‘corner’ dua tingkat,” katanya semasa menggulung ucapan Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak pada
Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa para pemaju di sini ingin mengikut jejak langkah pemaju di Australia, Hong Kong, China dan Singapura yang menaikkan harga perumahan secara mendadak dengan menggunakan alasan bahawa harga tanah, bahan binaan dan minyak dikatakan telah menaikkan kos binaan.

“Keadaan ini boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan sederhana tidak mampu membeli rumah idaman mereka. Selain itu, ia boleh mengakibatkan berlaku lompang hartanah yang boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi negara,” katanya.

Abang Johari berkata masih terdapat 70 peratus stok perumahan yang berharga dalam lingkungan RM250,000 ke bawah, dan jika diambil kira rumah-rumah pada harga RM350,000 ke bawah, maka rumah jenis ini meliputi 87 peratus daripada stok
yang sedia ada.

Beliau berkata sehingga Oktober tahun ini terdapat 4,641 unit baru dalam pasaran perumahan swasta di Sarawak, iaitu menurun 2,412 unit berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya mengikut rekod Pengamal Perumahan, 20,600 unit perumahan dimajukan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

“Daripada jumlah tersebut, 4,000 unit adalah stok yang masih belum dijual. Antara faktor ialah lokasi dan harga jualan,” katanya sambil menambah bahawa kementerian turut dimaklumkan bahawa terdapat pembeli yang membatalkan pembelian
akibat kegagalan mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Mengenai program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Sarawak, Abang Johari berkata kerajaan persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperuntukkan sejumlah RM50 juta tahun ini bagi membina 643 unit RMR.

“Sebanyak 451 unit rumah akan dibina dibawah RMR Skim Pembesaran Kampung dengan anggaran kos sebanyak RM35,540,000 manakala 192 unit rumah dibawah RMR Skim Individu dengan anggaran kos RM14,423,000,” katanya. — BERNAMA = 9 November 2010