JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, November 15, 2010

Tiada jawatan Penyelaras dalam PR - Dr. Syed Husin


Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, tindakan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini, langsung tidak menjejaskan parti itu malah KEADILAN yang baru berusia 11 tahun itu akan lebih kukuh dan kuat dalam jangka masa panjang selepas ini.

“Saya selalu menyebut ‘bila sampah sudah berlalu, sungai akan lebih jernih’ dan saya percaya tindakan Datuk Zaid itu salah satu cabaran yang perlu dilalui oleh parti.

Parti-parti lama seperti PAS dan DAP juga melalui pengalaman yang sama di mana ada ahli mereka keluar parti sebelum ini tetapi selepas itu, PAS dan DAP menjadi lebih kuat,” katanya ketika dihubungi masdarwahid.blogspot.com sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu, sepanjang Zaid berada dalam KEADILAN, bekas ahli Umno itu tiada apa-apa sumbangan yang berfaedah untuk menguatkan parti.

Ditanya berhubung jawatan Penyelaras Pakatan Rakyat yang disandang oleh Zaid, beliau menjelaskan, jawatan itu hanya istilah yang digunakan oleh pihak media.

“Saya ingin menjelaskan, tidak ada jawatan dalam Pakatan (Rakyat) yang dinamakan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Tidak ada seorang pun yang dilantik oleh Pakatan Rakyat sebagai penyelaras,” katanya sambil menambah istilah itu hanya digunakan oleh pihak media untuk menaikkan beliau.

“Saya pernah memberitahu media sebelum ini berhubung istilah itu, tetapi sesetengah media tidak mempercayainya.

Datuk Zaid hanya ditugaskan untuk mendaftarkan nama Pakatan Rakyat yang sehingga kini gagal didaftarkan,” tegasnya.

Berhubung kenyataan Zaid yang peribadi beliau tak habis-habis diserang oleh pimpinan KEADILAN, Dr. Syed hanya ketawa sebelum berkata; ‘saya tak tahulah, siapa yang ditemuramah oleh akhbar lawan, siapa yang serang parti KEADILAN, siapa yang serang parti menggunakan akhbar lawan,’ katanya sinis.

Berkaitan dengan desakan Zaid agar Anwar berundur, beliau berkata, pengunduran Anwar hanya boleh berlaku dengan kehendak Anwar sendiri atau kongres KEADILAN yang akan datang.

Beliau turut mengulas berhubung hasrat Zaid untuk menubuhkan ‘Keadilan Baru’ dengan kata-kata berikut;

‘Kita ucap selamatlah kepada Datuk Zaid atas apa-apa usaha beliau, katanya.

Zaid melalui blognya hari ini mengesahkan laporan muka depan akhbar The Star, milik parti MCA bahawa benar beliau sudah keluar dari KEADILAN.

Sebelum ini, beliau turut bersetuju ditemuramah oleh akhbar Utusan dan menyerang KEADILAN dalam wawancara itu.

No comments: