JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, November 28, 2010

Kongres KEADILAN : Perwakilan Sabah tuntut 20 peratus royalti, autonomi jika Pakatan Rakyat tawan Putrajaya


Seorang perwakilan daripada Sabah, Gan Chee Chai dalam usul perbahasan ekonomi, menuntut agar Sabah diberikan hak autonomi dan royalti berjumlah 20 peratus atas hasil galian minyak dan gas, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

“Itu adalah harapan kami, harapan rakyat Sabah agar mendapat perhatian yang sewajarnya, khasnya untuk orang-orang miskin. Kita akui, kerajaan
Barisan Nasional memang gagal untuk menghapuskan kemiskinan,” kata Gan.

“Dalam sejarah, rakyat Sabah yang paling berani untuk menukar kerajaan. Dari kerajaan Perikatan semasa menyertai Malaysia, Parti Berjaya, Parti Bersatu Sabah dan terakhir adalah Barisan Nasional,”

Justeru, Gan memaklumkan, tidak mustahil sekiranya persepsi umum bahawa Sabah yang merupakan deposit tetap Barisan Nasional, akan berubah sekiranya tawaran tersebut dipertimbangkan,

“Ini sememangnya telah menjadi taktik oleh Barisan Nasional. Mereka memang sengaja mahu rakyat Sabah terus miskin, agar rakyat Sabah diserapkan dengan mentaliti meminta-minta. Dalam masa yang sama, harta rakyat Sabah di’keroyok’ oleh pimpinan Barisan Nasional Sabah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Gan menyatakan, situasi tersebut merupakan cabaran utama Pakatan Rakyat di Sabah.

Namun beliau optimis dengan kemenangan dan berharap agar pimpinan KEADILAN, terutamanya di peringkat atasan perlul lebih kerap turun ke Sabah, terutamanya kepada pimpinan KEADILAN yang baru dilantik.

http://www.keadilandaily.com/perwakilan-sabah-tuntut-20-peratus-royalti-autonomi-jika-pakatan-rakyat-tawan-putrajaya

No comments: