JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Sunday, November 28, 2010
Kongres KEADILAN : Jangan pinggirkan Sarawak dan Sabah
Wakil Sarawak, Granda Anak Ning berkata, sesudah 50 tahun negara merdeka, semangat kenegaraan masih tidak wujud apabila Sarawak dan Sabah masih dianggap terpisah dari politik semenanjung.
“Keadaan ini mengajak pimpinan Sarawak memikir apakah kesudahan. Setelah 50 tahun negara merdeka, semangat kenegaraan masih tidak wujud, kita masih terheret dalam kancah politik lama,”ujarnya.
Menurutnya, perkara itu menyebabkan ada calon-calon dari Sarawak dan Sabah tidak mungkin menang jawatan tertinggi yang dipertandingkan kerana tidak mempunyai bilangan undi yang mencukupi.
Tambah beliau, perkara itu jika tidak diperhalusi akan memberi ruang kepada Umno-BN melontarkan tuduhan bahawa keadilan Sarawak dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dari semenanjung.
“Kami mahu suara didengar, kami mahu sumbangan kami diterima, kami mahu permohonan kami dipertimbangkan.
“Justeru kami mahu merapatkan jurang yang telah lama terpisah sejak 50 tahun, kami juga mahu orang timur memegang jawatan timbalan presiden dari Sarawak dan Sabah, kami mahu jawatan naib presiden dari Sarawak dan Sabah,”ujarnya.
Sebelum itu, Granda berkata, sistem pendidikan yang ada hari ini perlu ditransformasi bagi melahirkan masyarakat yang kreatif.
http://www.keadilandaily.com/jangan-pinggirkan-sarawak-dan-sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment