JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, January 29, 2011

2010 yang belum selesai

Tahun Baru 2011 Masalah Penduduk Sarawak Yang Miskin Belum Selesai

59% penduduk Sarawak dapat manfaat projek Bekalan Air Luar Bandar

BEKENU – Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sehingga kini kira-kira 59 peratus penduduk Sarawak mendapat manfaat daripada projek Bekalan Air Luar Bandar.

Beliau berkata di bawah program itu, kerajaan memperuntukkan RM212.18 juta untuk melaksanakan 101 projek membekalkan air bersih bagi 14,000 rumah di negeri itu.

“Bagi projek bekalan air luar bandar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan telah mensasarkan sebanyak 90 peratus penduduk luar bandar di negeri ini akan menikmati bekalan air bersih pada akhir tahun 2012,” katanya berucap merasmikan projek itu di Kampung Tiris, Bekenu, kira-kira 60 kilometer dari sini hari ini.

Mengenai bekalan elektrik pula, Shafie berkata untuk tahun ini sebanyak 2,691 buah rumah telah mendapat manfaat di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar di seluruh negara.

“Di Sarawak kita telah berjaya membekalkan elektrik kepada 1,090 buah rumah dan selebihnya masih lagi dalam pelaksanaan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk kawasan luar bandar yang baru mendapat bekalan elektrik dan air bersih agar menggunakan kemudahan itu secara berhemah supaya tidak terbeban dengan bil utiliti yang tinggi sehingga tidak mampu dibayar. – BERNAMA

Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sg.Beluboh.

Perjalanan dari Bandaraya Miri menuju Ke Kampung Usaha Jaya Tukau mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Di kampong tersebut terdapat ramai penduduk kampong yang bekerja sebagai petani dan rata-rata bekerja sendiri.

Sebelum masuk ke dalam kampung tersebut terdapat sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK Tukau) di luar jalan persisiran pantai Miri – Bintulu.

Kalau dipandang dari jalan luar sebelum masuk ke dalam kampong memang nampak indah dan cantik tetapi sebelum masuk ke dalam kampong tersebut kita akan melalui jalanraya yang berturap.

Disebelah kiri jalanraya masuk ke kampong tersebut tersergam indah Pejabat SUPP Ranting Tukau.

Bermula dari kawasan ini anda akan melihat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan juga jalanraya berturap.

Penduduk kampung Usaha Jaya Tukau menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka selama ini yang sudah lama tertangguh.

Contoh yang paling nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampung tersebut.
Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan raya yang sedia ada yang telah berturap hendak disambung penurapannya sampai ke hujung kampong.

Selepas jalan utama yang berturap,jalan untuk masuk ke kampung tersebut hanya di simpan dengan batu dan pasir sahaja.

Penduduk kampoing rasa kecewa dengan sikap pihak yang berwajib mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang diamanahkan.

Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya menetap di situ dan ada yang masih belum mendapat grant tanah atau ‘Land title’ sedangkan projek-projek pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.

Penduduk tempatan yang sudah bermastautin berpuluh puluh tahun di situ sukar sekali untuk mendapatkan tanah sendiri sebagai tapak perumahan.

Keadaan kampung tersebut masih jauh ketinggalan dari segi ‘infrastructure’ seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong yang berada dalam sebuah bandaraya seperti Miri.

Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut?

Dimana keperluan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang berturap untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang berlopak,tiada bekalan elektrik, dan bekalan air bersih untuk kegunaan harian untuk memasak, cuci pakaian dsbnya.

Mereka terpaksa menggunakan air dari perigi yang masam dan air hujan yang di simpan dalam tong atau tangki. Bila musim tengkujuh mereka terpaksa mencari air dari anak sungai kerana air perigi menjadi kering .

Ini boleh mendatangkan penyakit kepada mereka dan keluarga.

Cuba lihat dan amati gambar-gambar yang menunjukan keadaan dari perjalanan masuk ke Kampung Usaha Jaya,Tukau yang masih ketinggalan Jauh dari segi infrastruktur yang sepatutnya kampong dalam ketogeri pinggiran bandaraya Miri yang berstatus “Bandaraya pelancongan” sepatutnya lebih moden dan cantik bukan seperti keadaan negara yang belum maju.

Bagaimana kita dapat mencapai Negara Maju menjelang Tahun 2020 kalau masih ada ramai lagi rakyat yang miskin??

Kemana perginya peruntukan-peruntukan kerajaan untuk memajukan penduduk Kampong seperti Kampong Usaha Jaya, Tukau?

Kita minta agar pihak yang berkenaan bertindak segera tanpa menunggu pilihanraya, baru nak bertindak.

Kita mahu melihat penduduk Kampong sama sama menikmati arus pembangunan yang total agar hidup dalam keadaan yang selesa dengan peruntukan asas yang telah dijanjikan seperti jalan raya yang berturap,bekalan elektrik,air bersih dan sebagainya.

Tanpa bekalan asas seperti ini boleh kah dikatakan kerajaan BN yang pandai memerintah! Kalau sudah tidak mempu lagi nak memberi keperluan asas kepada rakyat bagilah peluang orang lain pula memerintah.

Biar rakyat sendiri yang menilai siapa yang sebenarnya pandai memerintah.

Kalau sudah diberi peluang lebih dari 47 tahun memerintah masih lagi dalam ketegori negeri miskin di Malaysia, malulah kita sebagai rakyat Sarawak yang sanggup lagi memberi peluang kepada mereka yang ternayata gagal untuk memberi kemudahan kepada rakyat.

Sumber hasil galian,balak dan bumi kita subur tapi dimanakah perginya semua hasil tersebut???

Gambar Rajah 1
Beginilah keadaan jalan masuk ke Kampung Usaha Jaya, Tukau dimana jalanrayanya berturap, ada bekalan elektrik dan disebelah adalah Sekolah Rendah Kerajaan, Tukau . Memang jelas nampak ada kemudahan asas yang terdapat diluar kampong tersebut.

Gambar Rajah 2
Di sebelah kiri jalan masuk ke kampong tersergam sebuah Pejabat SUPP Ranting Tukau.
Nampak gaya SUPP mengambil perhatian tentang masalah penduduk di luar kawasan kampong tersebut sehingga dapat membina Pejabat di luar kawasan kampong Tukau.
Adak ah SUPP hanya membantu kroni2 mereka sahaja? Bagaimana pula dengan nasib penduduk kampong di belakang pejabat mereka?

Gambar Rajah 3
Sebelum Sebelum sampai ke persimpangan jalan masuk ke kampong tersebut terdapat tanda amaran “AWAS” supaya kita berhati-hati masuk kejalan tersebut.
Jangan sampai ada kemalangan sebab didalam jalan kampong tersebut sangat bahaya bagi kenderaan kecil dan penunggang motor.

Gambar Rajah 4
Sebelum masuk ke kampung dipersimpangan jalan kpg Usaha Jaya terdapat sebuah papan tanda projek menaiktaraf Jambatan Kampung Tukau.

Papan tersebut sudah lama berada di situ tapi sehingga kini projek membaiki jambatan dan jalanraya kedalam kampong tersebut masih belum siap sepenuhnya, Penduduk kampong terpaksa menggunakan jambatan sementara untuk masuk kedalam kampong.

Gambar Rajah 5

Beginilah keadaan tempat projek pembinaan jambatan yang belum siap sepenuhnya. Penduduk kampong terpaksa menggunakan jambatan sementara untuk masuk kampong sebelah Kampung Usaha Jaya.

Gambar Rajah 6

Inilah jalan masuk ke Kampung Usaha Jaya Tukau yang terdapat papan tanda mengata 500M masuk kedalam.

Nampak gaya jalan masih elok. Mari kita teruskan perjalanan masuk kedalam kampong tersebut dan melihat apa kah jalan ini telah di Naik Taraf Jalan Kampung atau ‘JKR’ Jalan Kita Rosak!

Gambar Rajah 7

Sekarang dah masuk kedalam dan menyusur ke dalam kampong Usaha Jaya kita dah nampak keadaan jalannya yang berlobang dan berlopak.

Gambar Rajah 8

Di sebelah jalan masuk kampong tersebut terdapat sebuah rumah yang agak usang dan terpinggir dimana tiada kemudahan bekalan elektrik dan bekalan air bersih .

Penduduk tersebut hanya menggunakan pelita minyak tanah dan air hujan yang ditadah dan disimpan dalam bekas tong untuk kegunaan kehidupan harian.

Gambar Rajah 9

Papan Tanda ini menunjukkan yang jalan kampong Usaha Jaya akan dinaiktarafkan tetapi sampai sekarang sudah masuk tahun 2011 Jalan Kampung Usaha Jaya masih belum dinaik taraf lagi, masih di bawah taraf Jalan Kampong Tahun 70an. Bila lagik nak siap? 10 atau 20 tahun lagik?

Gambar Rajah 10

Beginilah jalan kampong yang dikatakan di naiktaraf?

Jalan berpasir dan berlumpur apabila waktu hujan sudah pasti jalan ini sukar untuk di lalui oleh penduduk kampong kecuali mereka mereka yang menggunakan kenderaan 4 roda.

Bagi penduduk miskin Kampung ini mereka tidak mampu mengunakan kenderaan 4 roda untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk dipasarkan sekiranya jalan ini berlarutan berlumpur dan berlobang.

Gambar Rajah 11

Apalah nasib penghuni rumah ini bila keadaan jalan kampong mereka masih lagi mundur sedangkan mereka sudah lama menetap disitu berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Hasil dari Pertanian mereka juga sukar untuk dipasarkan kerana jalan penghubung ke Bandar amat menghampakan mereka.

Gambar rajah 12

Betapa sengsara dan sukarnya mereka menyara keluarga dan membawa hasil kebun mereka apabila waktu hujan begini, jalan berlopak dan berlobang disana sini.

Gambar Rajah 13

Tengoklah Budak kecil ini membantu orang tuanya menutupi sebahagian jalan yang berlobang.

Gambar Rajah 14

Tengoklah keadaan sebuah rumah usang yang terdapat di belakang kampong Usaha Jaya Tukau sungguh menyedihkan dan daif dengan tiada bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Jalan masuk ke tempat rumah ini juga sungguh teruk lebih-lebih lagi waktu hujan.

Bila lagi pihak berkenaan nak ambik perhatian tentang masalah penduduk kampong Tukau ini?

Mereka dah menetap disini sudah berpuluh puluh tahun dan hak mereka dinafikan dengan tidak diberi grant tanah.

Apa akan berlalu pada mereka sekiranya kawasan tersebut nanti di ambil alih oleh pihak swasta untuk projek perladangan sudah tentu nasib mereka bertambah parah.

Dimanan slogan “Rakyak didahulukan, pencapaian diutamakan? Pencapaian siapa yang diutamakan dan siapa pula yang duhulu kena?
Gambar Rajah 15

Sebuah keluarga termiskin yang tinggal di sebuah pondok di dalam kawasan Kampung Usaha Jaya, Tukau.

Menurut keluarga tersebut mereka pernah memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT ) tetapi malangnya permohonan mereka tidak dapat ditunaikan disebabkan mereka tidak mempunyai status tanah sendiri.

Buat masa ini mereka di kira masih menumpang di tanah orang lain.

Amatlah kesian melihat keadaan kehidupan anak-anak mereka yang masih kecil terpaksa tinggal dalam pondok usang ini.
Gambar Rajah 16

Tengoklah sendiri keadaan dalam pondok tersebut, disitu mereka tidur, disitu juga mereka memasak demi menyambung kehidupan seharian.

Di mana keperihatinan pihak berwajib terhadap golongan termiskin ini?

Sudahlah tiada kemudahan asas disediakan terpaksa pula hidup dalam keadaan berhimpit dalam pondok yang usang dan kecil ini.

Sampaikan gambar mantan president Petronas pun masuk untuk dijadikan alat penutup meja makan.
Gambar Rajah 17

Gambar ini dirakam semasa lawatan YB BN yang datang berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk Kampung Usaha Jaya di Tukau beberapa bulan yang lalu.

Lihat betapa mengharapnya penduduk kampong bila YB datang!

Menurut penduduk kampong tersebut dah banyak kali pemimpin BN buat lawatan dan berjanji memberi kemudahan dan keperluan asas ke kampong tersebut tetapi sampai sekarang janji tinggal janji.Kata kata hanya Retorik sahaja.


Lihat, jalan masuk kampung pun belum siap-siap lagi, ini datang lagi berjanji.

Seperti biasa bila saja waktu hampir pilihanraya ada saja muka-muka pemimpin BN datang melawat kampong membuat janji baru.

Asal ada pilihanraya adalah pemimpin BN datang dan asal ada pemimpin BN datang adalah pilihanraya.

Janji standard mereka seperti biasa kata mereka “Hanya BN saja yang tahu memerintah,selain BN tiada lain pandai memerintah macam BN”.

Sering kali berkumandang Bahawa kalau undi BN dapat pembangunan tapi pembangunan apa yang penduduk kampong Usaha Jaya dapat.

Nampak gaya penduduk kampong kena usaha sendiri baru berjaya baru ngam dengan nama kampong Usaha Jaya. Janganlah mengharapkan janji-janji kosong pemimpin2 BN untuk berjaya.

Kita memohon agar projek-projek yang sudah dijanji berpuluh-puluh tahun yang lalu hendaklah ditunaikan dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk kampong tersebut.

Bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat, kami hanya membantu penduduk kampong tersebut menyuarakan masalah mereka yang telah berlarutan selama ini kerana tidak ada tindakan susulan oleh pihak yang berkenaan .

Jangan biarkan perkara ini terus berlarutan tanpa sebarang tindakan diambil kerana penduduk Kampung ini juga ada hak untuk sama sama menikmati keselesaan hidup seperti kita semua .

Pas berjuang untuk semua kaum tanpa memilih bangsa,agama dan fahaman politik. PAS Untuk Semua

Daripada PAS Kawasan Miri

No comments: