JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, January 29, 2011

ADUN BN Sarawak Adakan Perjumpaan Dengan PM Pada 6 Feb Di Miri

KUCHING, 29 Jan (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Miri pada 6 Feb ini.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah ketika mengesahkan perkara tersebut berkata perjumpaan tersebut adalah mirip kepada perjumpaan bersama anggota Parlimen BN yang diadakan di Kuala Lumpur 8 Jan lalu.

"Kali ini Perdana Menteri akan membuat perjumpaan bersama semua anggota DUN dari komponen BN di Sarawak dan ia pastinya akan membincangkan beberapa perkara termasuk hal berkaitan persiapan pilihan raya negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Kuching di sini pada Sabtu.

Fatimah yang juga Timbalan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata perjumpaan bersama perdana menteri itu akan diadakan secara berperingkat mengikut kumpulan kecil sepertimana perjumpaan bersama anggota Parlimen BN baru-baru ini.

Ketika ini Sarawak mempunyai 63 Adun yang mewakili BN iaitu PBB (35 kerusi), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (12 kerusi) manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing memiliki lapan kerusi daripada 71 kerusi DUN yang ada. January 29, 2011 15:41 PM -- BERNAMA

No comments: