JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 10, 2011

Minyak Naik, apa kata menteri ?

oleh Masdar Wahid

Sejak kenaikan harga minyak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai kenyataan politik yang dikeluarkan oleh Menteri Umno Barisan Nasional. termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan Tan sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika ini.

Berikut antara kenyataan mereka.

1. "Rakyat harus terima kenaikan harga petrol pada kadar yang rendah kerana harga pasarannya melambung dan kerajaan terpaksa menelan belanja yang banyak untuk menanggung subsidi," kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe pada 4 Disember lalu.

Tan yang juga Ketua Wanita Gerakan mengulas kenaikan Ron97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter yang melonjak sejak 1 Disember 2010.
2. "Saya nak tanya, siapa yang guna petrol RON 97 di sini? Semua guna petrol RON 95 betul? Tengok, awak semua guna RON 95," kata Timbalan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, pada 3 November lalu.

Justeru, katanya, kenaikkan harga petrol RON 97 tidak akan menjejaskan peluang BN di Galas kerana ia tidak melibatkan kebanyakan pengundi.

"Kita subsidi RON 95 lebih dari RON 97, ramai yang guna RON 95 sebab itu kita kawal harganya,” kata Timbalan Presiden Umno itu.

Dua hari sebelum itu, RON 97 naik 5 sen kepada RM2.15 sen seliter.

3. "Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 November lalu.
4. Najib mahu rakyat Malaysia belanja ubah gaya hidup

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat perlu membuat perubahan kepada gaya hidup berikutan kenaikan harga runcit minyak sebanyak 30 sen seliter.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, tidak membazir serta mengutamakan perbelanjaan penting.

``Mengurangkan pembaziran juga selaras dengan tuntutan Islam dan rakyat juga perlu memikirkan alternatif seperti menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja,'' katanya dalam wawancara Isu Semasa Khas Bersama YAB di Angkasapuri pada 1 Mac 2006.

Najib memberi alasan bahawa, kerajaan tidak mempunyai pilihan untuk menaikan harga minyak walaupun tindakan itu menyebabkan kerajaan Umno BN tidak disukai rakyat.

Ketika itu, Harga runcit baru petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.

Peningkatan sebanyak 30 sen seliter pada 28 Februari 2006 ketika itu merupakan yang tertinggi sejak tahun 1990.

Najib ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Harga dan Bekalan Diesel.

Najib dalam wawancara itu turut disoal berhubung tuntutan kenaikan gaji akibat peningkatan harga minyak itu. Namun, Najib menolak cadangan itu.

Dalam keadaan Najib meminta rakyat untuk mengubah gaya hidup, beliau rupanya lupa atau berpura-pura lupa bahawa beliau bersama Isteri kesayangannya Rosmah Mansor seorang yang boros dalam berbelanja.

Ini terbukti apabila perbelanjaan Rosmah dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan selama tiga hari pada Oktober lalu mencecah RM4,498,0949.99.

Wanita Pertama di negara ini dimiliki penuh oleh Permasuri Agung, namun sidang itu pula diilhamkan oleh Rosmah tanpa kehadiran menjemput Permasuri Agung.

Perkara itu didedahkan dalam jawapan bertulis Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Negara pada Disember lalu.

“Mengapakah persidangan ini diselenggarakan oleh isteri Perdana Menteri, kerana dalam negara kita first lady ialah Seri Paduka Baginda Permaisuri Agung.

“Di sini ditimbulkan apa asasnya pada isteri PM untuk mengadakan sidang ini dan tiada peranan yang diberikan kepada Permaisuri Agung,” kata Senator Dr Syed Husin Ali ketika mengadakan sidang media di Lobi Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

P/s : Jika ada lagi beberapa nama menteri yang mengeluarkan kenyataan 'lawak' seperti di atas, sila letakan diruangan komen. Terima Kasih.

No comments: