JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, January 20, 2011

Lagi pemimpin SUPP keluar parti

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti tertua di Sarawak yang menjadi komponen Barisan Nasional (BN) terus dilanda krisis dalaman apabila seorang lagi pemimpinnya keluar parti pada hari sama Datuk Seri Najib Razak merasmikan konvensyen parti berkenaan..

Naib Pengerusi SUPP Cawangan Sarikei, Andrew Wong Ling keluar parti berkuasa 16 Januari, tarikh sama Pengerusi BN itu merasmikan konvensyen SUPP di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Andrew yang 20 tahun menganggotai SUPP, berbuat demikian lantaran kecewa dengan pucuk pimpinan parti berikutan pelbagai karenah dalaman dan menganggap parti berkenaan hilang hala tuju dalam membela rakyat.

“Saya keluar parti bukan bertujuan menyertai mana-mana parti atau ada agenda politik lain tetapi disebabkan naluri dan harapan saya pada parti ini sudah pudar. Hati saya tidak senang dan sedih dengan kemelut dalam parti.

“Banyak perkara berlaku dalam parti, menyebabkan saya mengundur diri. Tidak usah saya senaraikan kemelut itu kerana pihak dalam parti itu sendiri lebih tahu mengenainya,” kata beliau pada kenyataan media bertarikh 17 Januari 2011.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Penasihat KEADILAN Sarawak, Dominique Ng Kim Ho berkata, SUPP bukan lagi berjuang untuk rakyat sebagaimana matlamat penubuhannya pada awal 1960-an.

“SUPP ebih memperjuang taukeh-taukeh besar dari mempejuang rakyat miskin di Sarawak. Mereka lebih rela tunduk kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Najib,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan Najib ketika merasmikan konvensyen SUPP yang mengugut pemimpin SUPP supaya memilih calon mengikut telunjuknya.

“Kalau kuasa memilih calon pun bukan di tangan presiden parti, apalagi kuasa yang ada pada? Jelas sekali Najib terus membuli SUPP dengan menafi autoriti dan kebolehan pemimpin parti itu,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan kemungkinan Andrew untuk menyertai KEADILAN, asalkan sedia mendukung prinsip parti.

Sebelum ini, dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) SUPP, Jonathan Krai Pilo dan Toh Heng San, Ahli Majlis Tertinggi SUPP Pusat, Wong Chin Yong dan 13 pemimpin SUPP, keluar SUPP secara berperingkat, sejak setahun lalu.

Dua pemimpin SUPP dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau iaitu Timbalan Pengerusi Bahagian Piasau, Leonard Fong dan Naib Pengerusi bahagian sama, Richard Teo, kedua-duanya bersama SUPP kira-kira 20 tahun, turut keluar parti.

DUN Piasau dipengerusi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga Presiden SUPP.

No comments: