JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, January 15, 2011

Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi, Pengerusi KEADILAN sabah yang baru


Oleh Masdar Wahid

Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman menyokong penuh pemilihan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah yang baru, Ustaz Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi.

Halik berkata, pemilihan Syeikh Pajuddin yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) Cabang Tuaran walaupun sesuatu yang mengejutkan namun ia tepat pada masanya.

"Ini menunjukkan KEADILAN memberi peluang dan ruang seluas-luasnya kepada anak muda untuk terlibat sama dalam kepimpinan parti.

Saya secara peribadi menyokong penuh pelantikan beliau," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pemilihan Syeikh Pajuddin dilihat adil bagi mengukuhkan KEADILAN di Sabah.

"Jika parti memilih Ansari Abdullah sebagai Pengerusi MPN yang baru, kumpulan Ahmad Tamrin hj Jaini mungkin akan berkecil hati.

Begitu juga sebaliknya. Maka pelantikan Syeikh Pajuddin sebagai muka baru bertujuan mengukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa musuh sebenar KEADILAN bersama Pakatan Rakyat khasnya di Sabah ialah Umno BN.

"PRU semakin hampir, setiap kekuatan yang ada dalam KEADILAN harus dioptimumkan sebaik mungkin untuk menentang Umno BN yang merupakan musuh sebenar kita.

cukup-cukuplah pergeseran dalam parti. Tiba masanya kita memberi fokus penting untuk berperang menentang musuh sebenar menjelang PRU yang kian hampir," nasihat beliau.

Malah, beliau menegaskan bahawa pemiliham MPN merupakan hak Presiden berdasarkan merit individu berkenaan.

"Merit ini merujuk kepada kewibawaan dan ketokohan seseorang dan perkara paling penting kita menyokong penuh MPN baru.

Setiap pimpinan cabang pula mesti menguatkan cabang masing-masing kerana jika cabang kuat, maka parti akan kuat dan jika parti kuat, ia akan memudahkan gerak kerja kita untuk menawan Sabah bersama Pakatan Rakyat pada PRU akan datang," katanya.

Pelantikan Syeikh Pajuddin bukan sahaja memeranjatkan media, malah pemerhati politik di Sabah turut tertanya-tanya siapa Pengerusi MPN yang baru itu.

Berdasarkan carian, tidak banyak yang diketahui berhubung Syeikh Pajuddin kecuali fakta yang mengatakan jawatan beliau selaku Naib Ketua Cabang Tuaran dan turut dipanggil ustaz dalam kalangan rakyat dan pimpinan KEADILAN Sabah.

Mengikut profil beliau sebagaimana yang tercatat difacebook pula,beliau dilahirkan pada 18 Disember 1968 dan pernah menuntut Sekolah Menengah Ugama Islam (SMUI) Toh Puan Hajjah Rahmah pada 1989.

Sebelum ini, Ansari, Tamrin dan beberapa nama disebut-sebut mengisi MPN Sabah.

Malah, Ansari antara nama yang hampir pasti menggantikan Tamrin (Pengerusi MPN sesi lalu) apabila berlakunya usaha beberapa pimpinan cabang untuk melobi bagi pihak beliau.

Ansari juga sebelum ini bertanding bagi jawatan Naib Presiden KEADILAN Pusat tetapi tidak berjaya.

Berdasarkan catatan Ansari di facebook, Ketua Cabang Tuaran itu dilihat bersetuju dengan pelantikan Syeikh Pajuddin selaku teraju baru KEADILAN Sabah.

"Alhamdullillah, Ustaz Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi Naib Ketua Cabang Tuaran di lantik MPN Sabah.

Beliau adalah saorang anak muda yang belum pernah bertanding dalam PRU dan pernah memegang jawatan ahli Exco AMK Pusat dan Timbalan Ketua AMK Negeri.

Menang sebagai Naib Ketua Cabang Tuaran bulan Sept lepas. Saya berbangga Cabang Tuaran juga mempunyai Dr Natassa Sarah sebagai ahli Exco AMK Pusat," katanya dalam laman sosial itu pada 9 Januari lalu.

Respon Ansari itu menerima 19 komen dari pengunjung setakat hari ini.

Esok, 16 Januari 2011, mesyuarat MPN sabah akan berlangsung di Kota Kinabalu yang antara lain memfokuskan persediaan parti itu menjelang PRU mendatang selain dijangka turut menyentuh sedikit rombakan kepimpinan KEADILAN Sabah.

No comments: