JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, March 9, 2011

Menang kalah, serahkan pada Allah - Adam Ahid

Pakatan Rakyat akan meletakkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid (gambar) sebagai calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, sebagai calonnya.

Adam, 61, merupakan bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Wahab Suhaili sejak 1990 hingga 1995, mengesahkan beliau akan bertanding di kawasan itu pada pilihan raya negeri mendatang.

“Saya sedia menentang siapa saja dan memang bagus sekiranya BN mahu meletakkan Datuk Seri Mahmud (Abu Bekir) sebagai calonnya di DUN Sadong Jaya. Soal menang atau kalah itu adalah urusan Allah.

“Memang kami mengetahui BN akan meletakkan calon baru di DUN Sadong Jaya tetapi saya tidak menjangkakan Datuk Seri Mahmud kerana beliau lebih terkenal sebagai ahli perniagaan,” katanya pada 8 Mac lalu.

Sehari sebelum itu, Ketua Kampung Semera Hilir, Ain Mahli, bersama ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari kawasan itu hadir di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini, bagi menyerahkan memorandum memohon Mahmud menjadi calon mereka di DUN Sadong Jaya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2006, BN melalui Wan Abdul Wahab memenangi kerusi itu dengan majoriti 858 undi, selepas menewaskan calon KEADILAN, Piee Ling, namun Wan Abdul Wahab mengumumkan berundur pada November tahun lalu.

Mengulas mengenai permohonan PAS akan bertanding di enam kerusi DUN, Adam mengakui berlaku pertindihan kawasan antara parti itu dan komponen Pakatan Rakyat lain yang turut berminat meletakkan calon di kawasan sama.

“Kita bercadang untuk meletakkan calon di DUN Beting Maro, Sebangan, Sadong Jaya, Tupong, Senadin dan Jepak, namun KEADILAN dan DAP turut berminat untuk bertanding di dua dari enam kawasan itu,” katanya. BH = 2011/03/09

No comments: