JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, March 9, 2011

26,598 rakyat Sabah tiada agama ?

Sabah berpotensi menjadi hab dan pusat gerakan dakwah Islam bagi kepulauan Borneo, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata keyakinan itu adalah berdasarkan kepada faktor sejarah bahawa Sabah pernah menjadi jalan masuk agama Islam di kepulauan Borneo dan rantau ini.

"Saya pernah diberitahu bahawa Daerah Lahad Datu sebenarnya telah menerima Islam lebih awal dari Melaka dan impian saya ialah mahu melihat Sabah muncul sebagai hab dan pusat gerakan dakwah di kepulauan Borneo sebagaimana kejayaan Melaka muncul sebagai pintu masuk Islam di Asia Tenggara," katanya.

Wan Mohamad berucap pada majlis perasmian permukiman untuk membincangkan hala tuju Jakim cawangan Sabah di sini pada Isnin.

Beliau berkata Jakim berhasrat untuk mempergiatkan aktiviti dakwah di Sabah.

"Berdasarkan banci penduduk Sabah pada tahun 2000, terdapat 26,598 orang atau satu peratus daripada penduduk Sabah tidak mempunyai agama.

"Justeru itu, aktiviti dakwah kepada bukan Islam seharusnya diperkasakan termasuk mengadakan program yang bercampur aduk untuk orang dewasa, remaja, belia mahupun kanak-kanak," katanya. -- BERNAMA March 07, 2011 12:27 PM

No comments: