JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, March 26, 2011

SNAP dapat dana dari BN ?

Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) semalam membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana meragui calon yang dipertaruhkan parti itu untuk pilihan raya negeri itu, 16 April depan.

Presidennya, Haris Ibrahim, mendakwa 16 calon yang dipertaruhkan SNAP untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti dikatakan berdepan masalah integriti.
MCLM katanya, menjalinkan kerjasama dengan parti itu sebelum ini bertujuan untuk menangani masalah masyarakat Bumi Kenyalang selain menamatkan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Harus ditekankan bahawa tindakan SNAP adalah membelakangi perjanjian sebelum ini untuk memastikan hanya calon berpotensi saja dipertandingkan dan kini calon dikemukakan mengundang persoalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini SNAP yang juga parti pembangkang di Sarawak turut berdepan dengan masalah pengagihan kerusi dengan rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga mengambil keputusan untuk menutup pintu kerjasama dengan parti berkenaan.

Haris berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa calon SNAP dan beberapa pemimpin parti itu dikatakan tiba-tiba mendapat dana yang besar.

“Kami dimaklumkan bahawa dana itu diperoleh dari Kuala Lumpur atas arahan BN, tiada bukti sahih tetapi dalam situasi seperti ini, anda jarang mendapat bukti hitam putih,” katanya,

Maklumat berkenaan membuatkan pihaknya berasa curiga dengan 16 calon SNAP dan menyifatkan ia satu pengkhianatan besar dilakukan parti berkenaan sekiranya perkara itu benar.

MCLM enggan teruskan kerjasama dengan SNAP 2011/03/26 = BH

No comments: