JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, October 24, 2012

Pakatan tawar Beras, Air dan Gas percuma untuk rakyat Sabah

Masdar Wahid

Buat pertama kali dalam sejarah politik Sabah, pembangkang membentang Belanjawan Alternatif, kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen.

Beliau berkata ia membuktikan pembangkang memiliki integriti untuk mentadbir negeri jauh lebih baik daripada Umno BN.

"Ia membuktikan pembangkang bersedia untuk mentadbir Sabah dengan dasar telus, berintegriti dan menentang rasuah melalui pelbagai program jangka panjang," katanya.

Pakatan Rakyat Sabah membentang belanjawan itu pada 17 Oktober lalu, berbanding BN negeri yang membentangkannya dua hari selepas itu.

Ia dibentang bersama Pengerusi MPN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini, Pengerusi DAP negeri, Jimmy Wong Sze Phin dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Aminuddin Aling.

Turut hadir, pimpinan Pakatan Rakyat negeri, wakil Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Ia merangkumi lima aspek utama berkaitan tanah, pendapatan rakyat, kebajikan, masyarakat tempatan dan sistem perhubungan.

Antara intipatinya ialah menubuhkan Tabung Anak Sabah dengan memberikan RM200 bagi setiap kanak-kanak yang baru lahir, menubuh Skim Bantuan Perubatan dengan modal awal RM40 juta bagi penduduk luar bandar.

Selain itu, pemberian air percuma 20 meter padu, pemberian satu gas silinder percuma dan 2 kampit beras 10 kilogram kepada keluarga miskin melalui peruntukan RM55.5 juta.

Lain-lain ialah elaun RM2,000 kepada mereka yang berkahwin buat kali pertama dengan peruntukan awal RM21.6 juta.


Sunday, October 21, 2012

Lebuhraya tanpa tol di Sabah

Masdar Wahid

Datuk Paduka Husam Musa yakin kerajaan Pakatan Rakyat mampu membina lebuhraya tanpa tol di Sabah jika diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana katanya, Sabah kaya dengan pelbagai hasil mahsul bagi merealisasikan hasrat itu dengan syarat ia diuruskan dengan baik tanpa rasuah sebagaiman berlaku dalam pentadbiran BN.

"Lebuh raya bandar Kota Kinabalu-Sandakan-Tawau akan dibina Pakatan Rakyat tanpa tol," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre 20 Oktober lalu.

Pimpinan PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Vincent Lee dan Senator Khairiah Mohamed Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan hadir sama.

Turut hadir memberi pandangan perubahan politik Sabah termasuk bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Bekas Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Husam turut menyokong hasrat rakyat Sabah agar dasar Kabotaj yang menjadi penyebab melonjaknya harga barang hingga 30 peratus di Sabah dihapus dan bagi tujuan itu dana RM1 bilion sedia diberi kepada negeri itu jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Kalau dia (BN) tak nak tukar (kabotaj), kita kena tukar kerajaan, baru boleh tukar polisi kabotaj. "Kalau kita terima sahaja polisi ini, maknanya rakyat Sabah mengainaya diri sendiri," katanya lagi.

Sementara itu, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas (R Sabah) menyokong tawaran Pakatan Rakyat menaik royalti untuk Sabah dari lima ketika ini kepada 20 peratus.

"Tambahan peratusan bayaran royalti kepada 20 peratus menjadikan jumlah itu RM3.2 bilion.

"Maka gaji boleh ditingkatkan, pembangunan dapat dilakukan, peluang kerja makin banyak dan boleh memajukan infrastruktur di seluruh Sabah," kata Pengerusinya, Nemrone Loveh.

Friday, October 19, 2012

'Kampung Selamat' Terbakar, 5 cedera, rugi hampir RM1j


SEMPORNA: Seramai 611 penghuni di Kampung Selamat, Simunul, tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman yang diduduki musnah dalam satu kebakaran yang memusnahkan 81 rumah di sini, pada pagi 18 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu.

Namun difahamkan lima penduduk cedera kerana melecur di bahagian kaki dalam kebakaran itu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Semporna.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd Razali Awang Ahmad, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, bomba hanya mengambil masa beberapa minit untuk tiba ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna.

Menurut beliau, operasi memadam api turut menerima bantuan daripada sebuah jentera dan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau selain dua jentera utiliti bersama tujuh anggota dari Daerah Kunak.
“Bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 1.50 petang.

“Operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 3.53 petang serta kami difahamkan lima penduduk tercedera kerana melecur di dalam insiden itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya sambil menambah, hasil siasatan awal mendapati jumlah kerugian mencecah kira-kira RM938,000.

Kampung Selamat yang rata-ratanya merupakan penempatan di atas air dan padat dengan kapasiti penghuninya sekitar 3,000 orang itu terletak berhampiran bandar Semporna.

Wednesday, October 17, 2012

'Pemimpin Upko keluar BN, saya 'no komen','

Masdar Wahid

Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Madius Tangau enggan mengulas lanjut berhubung tindakan pemimpinnya menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya tiada komen mengenai hal ini, hanya ucapan ‘semoga berjaya’ kepada mereka semua,” katanya pada satu program di Kampung Molisau Tenghilan, dekat Tamparuli Sabah 15 Oktober 2012.

Beliau berkata demikian selepas diasak media sekali lagi berhubung perkara itu kerana pada 13 Oktober lalu, seorang lagi tokoh korporat, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) bersama Pakatan.

Pengisytiharan itu dibuat beliau didepan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen Pensiangan yang bakal ditandinginya bagi mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

APS ditubuh bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred M. Bumburing pada 29 Julai lalu dan sehingga kini turut menyertai gagasan itu ialah Senator BN, Datuk Maijol Mahap dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi Upko.

Monday, October 15, 2012

SAR dibantu jika silibusnya ditentukan Umno, kata Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sumbangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sangat membantu menyebarluaskan pendidikan Islam di negara ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno bagaimanapun menegaskan Kerajaan Persekutuan hanya akan membantu SAR jika ia didaftar di bawah Kementerian Pelajaran yang diterajuinya.

"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. 'Lebih mudah untuk kita bantu' bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan," katanya pada sesi perbahasan di Parlimen 15 Oktober 2012.

Sebelum itu, Ahli Parlimen PAS kawasan Sik, Che Uda Cik Nik mendesak Kerajaan Persekutuan memberi  jaminan agar mengekal sukatan pelajaran SAR sebagai syarat jika pusat pengajian Islam itu berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Ini kerana katanya, tenaga pengajar SAR menolak tindakan kerajaan mengubah sukatan dan tradisi pengajaran kitab lama apabila sekolah itu didaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Kalau mendaftar, tetapi silibusnya perlu diubah. Ini yang kita tidak setuju, kerana apa? Kerana pusaka datuk nenek kita yang membaca kitab lama ini adalah penting. Kalau kita mendaftar, tradisi itu kita buang. Yang ini para ustaz tak mahu terima. 

"Adakah menteri dan Kementerian Pelajaran boleh memberi jaminan jika didaftarkan, kita boleh kekalkan silibus itu. Soalnya silibus, bukannya soal kuasa, tanah dan lain-lain," katanya.

Che Uda menambah, sekolah terlibat akan menyokong jika kerajaan persekutuan menjamin bahawa silibus dan sistem pengajaran itu dikekalkan di sekolah berkenaan.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 yang menyaksikan Umno kalah teruk termasuk tumbang di Terengganu, hilang kerusi 2/3 di Kedah dan sebagaian besar pemimpinnya tumbang di tangan PAS, kerajaan Persekutuan mahu merampas SAR dan mendesak didaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Ia dibuat bertujuan mengekang pengaruh PAS dalam kalangan anak muda yang didakwa Umno sebagai penyumbang kekalahan mereka dalam PRU itu.

Isu pendaftaran SAR sekali lagi timbul selepas PRU 2008, selepas Umno BN hilang kuasa 2/3 di Dewan Rakyat serta tumbang di empat negeri selain tewas teruk di Wilayah Persekutuan.

Pada pembentangan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tiada satu sen pun dari RM38.7 bilion peruntukan Kementerian Pelajaran diberi kepada SAR.

Saturday, October 13, 2012

Harap ada pemerintah baru selepas PRU-13, kata penyanyi Aishah

Penyanyi terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah berharap pentadbiran baru wujud selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ia katanya penting bagi membantu mengubah suasana dunia seni sekarang agar menjadi medium perantara bagi menyampaikan mesej positif kepada umum.

“Harapan saya akan ada pemerintahan baru seterusnya wujud cara baru dalam industri seni, setidak-tidaknya masih ramai yang boleh aktif dengan cara berlandaskan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Santai Bersama Selebriti anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bahru semalam.

Aishah berkata, beliau berharap industri seni tanah air akan mempunyai kekuatan tersendiri suatu hari nanti dan tidak terlalu meniru dunia hiburan barat sehingga keluar dari landasan syariah.

"Walaupun tidak mengehad kepada lagu-lagu ketuhanan namun industri seni tanah air sepatutnya mempunyai jenama sendiri, supaya ia tidak diperlekeh dan penggiat seni dipandang serong oleh masyarakat,“ katanya yang turut mengakui budaya hiburan dari barat banyak mempengaruhi dunia hiburan tanah air kebelakangan ini.

Ditanya adakah beliau akan selamanya bergiat aktif dalam politik, Aishah berkata, walaupun mungkin tidak selamanya, namun beliau akan terus mengikuti perkembangan semasa dan menjadi pemerhati yang aktif.

Aishah yang juga ibu kepada dua anak mengakui jadualnya agak padat malah kian sibuk selepas secara rasmi menyertai Pas pada Mei lalu.

“Peminat sentiasa memberi respons positif malah akur dengan keputusan saya untuk berjuang di landasan politik," kata bekas pemenang Anugerah Juara Lagu ini.

Friday, October 12, 2012

Eight SAPP branches dissolved, 553 members join PBS

KENINGAU: Five hundred and fifty Sabah Progressive Party (SAPP) members from eight branches in Sook quit the party and joined the ruling Barisan Nasional (BN) through Parti Bersatu Sabah (PBS) here yesterday.

Membership forms to join PBS were submitted to PBS president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan at the opening of the PBS Sook Division annual general meeting at the community hall here.

The dissolution of eight SAPP branches followed former SAPP Sook deputy head Jake Jikah Sintah’s decision to leave the party and join BN through PBS.

Pairin, who is also Deputy Chief Minister, in his opening speech described the influx of new members to the party as proof that PBS is still relevant and accepted by the people, especially those from Sook and Pensiangan.

“The PBS struggle is for the people, state and future generations. The participation of new members in PBS from around the state will return the fame and glory of PBS in 1985,” he said.

He said the strength of PBS involved the establishment of more branches, including the participation of new members.

Pairin, who is also Minister of Infrastructure Development, added in every election, issues of candidates often arose, and PBS would study and discuss with the BN leadership on candidate issues involving PBS leaders.

“In addition to showing the greatness of spirit, all details about the leaders should be sent to me as soon as possible as a guide to help me when discussing with the BN leadership,” he said.

He said PBS was always committed to its struggle for the people and at 27 years, PBS was more mature, playing a very important role in the political arena and the development of the state and country.

As the second largest party in the state, he said PBS had contributed to BN’s victory in the last general election and PBS would also continue to support the BN government and contribute to the leadership of the country in terms of ideas, suggestions and cooperation in an effort to drive unity, peace, political stability and national development.

“PBS’ participation in BN is a smart and strategic action to ensure that the state continues to unite together, work together and mutually help each other as a big family.

“PBS is with the other BN component parties in the administrative and policy support of the government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak on the economic transformation program that Najib pioneered to make Malaysia a developed nation by 2020,” he said.

Pairin called on PBS leaders at all levels to prepare and move the entire election machinery to face the 13th general election to be held anytime soon.

He requested that all party members maintain mutual understanding and enhance cooperation as a team to ensure BN’s victory in the general election.

“All PBS leaders must go to the ground to reach out to the people and to address and solve their problems, and in addition, to continue close relationship between the leaders and the people.

“I believe with the high level of commitment, PBS will continue to have a place in the people’s hearts as well as Sabah BN partners; strong and able to contribute to BN in the coming election,” he said.

A total of 500 delegates and observers from PBS Sook Division, including divisional head Datuk Dr Bernard S Maraat, PBS deputy president Datuk Almudin Rule, vice-presidents Datuk Radin Malleh and Datuk Dr Othman Minuddin, Youth chief Datuk Jahid Jahim, members of the supreme council Datuk Dr Joachim Gunsalam and Datuk Louis Rampas, organizing chairman and deputy head of Sook Division, Ronny Rusikan, Sook committee members, Women and Youth division attended the meeting.

Thursday, October 11, 2012

Menteri akui kegagalan dasar Najib

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengakui kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak terutama berkaitan kelulusan pembinaan Kolej berkaitan kejururawatan di negara ini berbanding keperluan jururawat semasa.

Ini kerana kata pemimpin MIC itu, sehinga kini kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan masih menganggur.

“Ada lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga tahun.

“Masalah ini berlaku kerana tidak ada keseimbangan di antara jumlah pelajar yang mengikuti latihan kejururawatan dan peluang pekerjaan yang ada,” katanya pada sebuah majlis anjuran Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas di Wisma PERKESO semalam.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendedahkan Kolej Masterskill pada tahun 2009 sahaja, menerima RM145.5 juta. 

Pengerusi kolej ini ialah Mohamed Nazim Abdul Razak, iaitu adik Najib manakala Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen, anak kepada Sultan Perak. 

Untung kolej ini pada tahun tersebut sahaja sebanyak RM 97.4 juta. 

Lain-lain Kolej berkaitan kejururawatan yang menguasai ialah Kolej Segi yang dimiliki MCA dan satu lagi Kolej Mahsa yang juga dimiliki kroni Umno.

Penguasaan kroni Umno ini menyebabkan beberapa kolej milik bumiputera lumpun dan sudahpun gulung tikar secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu.

Sunday, October 7, 2012

Senarai bantuan asing kepada pentadbiran BN sejak dulu hingga kini

Susunan Masdar Wahid

Sejak akhir-akhir ini, Umno BN terus menyerang Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ekoran pendedahan konsisten pertubuhan itu mengenai skandal rasuah Kapal Selam Scorpene melibatkan Datuk Seri Najib Razak semasa menjawat Menteri Pertahanan dari 1999 hingga 2008.

Hakikatnya, Malaysia sudahpun meraih bantuan asing sejak merdeka, namun sengaja memanipulasi isu NGO  seperti Suaram dan lain-lain kerana bimbang skandal Scorpene yang melibatkan RM7.3 bilion wang pembayar cukai di ketahui rakyat dan bangun menjatuhkan Najib, Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. Berikut ialah maklumat yang perlu pembaca sekalian tahu mengenai dana asing di negara ini.

1. Jangan pertikai bantuan Suaram

NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari yayasan Open Society Institute  kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penjangak matawang oleh Dr Mahathir pada 1997.

Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi matawang Soros.

Sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini. Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia.

Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang melibatkan Najib Razak.

2. Keperluan bantuan asing

NGO yang tidak sehaluan dengan BN diasing dan tidak menerima geran bantuan kerajaan. Hanya NGO memberi imej baik kepada kerajaan BN yang diberi bantuan tahunan.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), sebuah organisasi yang dianggotai bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong Suaram.

Pertubuhan itu menegaskan menerima pembiayaan dari mana-mana sumber yang sah untuk promosi dan perlindungan hak asasi manusia tidak boleh dianggap menyalahi undang-undang atau anti-nasional dalam apa cara jua.
3. Malaysia terima bantuan asing

Selepas merdeka Malaysia menerima banyak bantuan ketenteraan dan pembangunan dari negara asing. Malaysia bergantung kepada Britain dari aspek pertahanan melalui Perjanjian Pertahanan Anglo – Malaya ( AMDA ) ditandatangani pada 1957.

Semasa darurat (1950an – 1960an) negara ini mendapat bantuan ketenteraan dari Negara komanwel seperti Fiji dan Nepal menentang komunis.

Menerima bantuan tentera Komanwel semasa Konfrontasi Malaysia - Indonesia  pada 1964 bagi mengawasi kawasan perairan Sabah dan Sarawak daripada pencerobohan Indonesia.

Pada tahun 1950an, negara mendapat banyak bantuan dari Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran keluar negara.

4. Bantuan pembangunan

Pada tahun-tahun 1960an – 1970an Malaysia menerima bantuan asing dalam sektor pembinaan, pertanian serta pendidikan melalui pinjaman dari Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam.

Pinjaman tersebut diberi bersama bantuan pakar-pakar asing untuk menyelia penyaluran dana dan kemajuan projek yang ditaja. Bantuan paling kontroversi melibatkan pembinaan empangan Pergau di Kelantan. 

Projek ini memalukan kerajaan United Kingdom dan Malaysia kerana nilai bantuan £234 juta untuk projek tersebut merupakan  pertukaran berbentuk rasuah bagi pembelian jet pejuang Hawk bernilai  £1.3 bilion pada bulan Mac 1988.

Pada November 1994, Mahkamah Tinggi Britain memutuskan tindakan menyalurkan bantuan tersebut salah dari segi undang-undang British.

5. Bantuan krisis ekonomi 1997

Ketika krisis ekonomi melanda Asia pada 1997, Malaysia meminta pinjaman dana dari Bank Dunia.
 
Dr Mahathir menjamin kewangan negara kukuh dan tidak perlu memohon bantuan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF). Beliau menyelar IMF cuba menjajah ekonomi Asia.

Padahal Dr Mahathir  takut struktur ekonomi disusun semula dan memusnahkan sistem kapitalisme kroni yang menguntungkan keluarga dan kroninya. Sehingga hari ini ekonomi Malaysia belum pulih sepenuhnya.

Bank Dunia ketika itu telah meluluskan pinjaman AS$300 juta pada 1998 untuk program makanan, pendidikan tinggi dan mikrokredit serta  AS$100 juta pada Mac 1999 untuk bantuan teknikal.
6. Bantuan menyelamatkan BN

Selepas terpencil akibat pemecatan Anwar, Dr Mahathir terpaksa meminta bantuan Jack Abramoff, seorang pelobi Zionis dibayar AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Najib minta bantuan firma  perunding Apco Worldwide memulihkan imej beliau dan BN selepas PRU 2008. Apco berpengkalan di Israel. Firma perunding itu mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Israel Shin Bet.

Kerajaan BN membayar RM77 juta setahun membiayai Apco. Firma itu bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.

Najib guna khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai Apco)  sebagai  pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Tender naik taraf sistem komunikasi PDRM, Police Reporting System sejak 2001 hingga 2010 diberi secara sub-kontrak kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd yang berpusat di Singapura.

Izhak David Naskar yang membina sistem itu adalah bekas tentera Israel. Beliau pernah membina sistem risikan pasukan pertahanan Israel dari 1970an hingga 1987.Rakannya, Ido Sccheschter pula masih berkhidmat dalam angkatan tentera Israel.

Tuesday, October 2, 2012

Senarai skandal rasuah, tiris dan bocor dalam Kementerian Pertahanan

Susunan Masdar Wahid

1. Pada 9 Mac 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

2. Pada 7 Februari 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mendedahkan Kementerian Pertahanan sekali lagi sedia membayar RM6 bilion bagi enam kapal tentera laut, iaitu 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

3. Pada Disember 2010, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pada forum pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong berkata, Kementerian Pertahanan berbelanja RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

"APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu," katanya.

4. Pada Disember 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sejak 2008, seorang pemimpin Umno Bukit Gantang, Perak diberi pelbagai tender dari Kementerian Pertahanan berjumlah RM2 bilion.

5. Pada 20 Disember 2011, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul mempersoal pembelian kapal peronda oleh Bousted Heavy Industries Bhd, yang melebihi RM3 bilion dari kos asal.

Beliau merujuk surat BHIC bertarikh 16 Disember 2011 kepada Bursa Malaysia yang menyatakan syarikat itu diberi kontrak berharga RM9 bilion bagi pembelian enam kapal peronda laut.

Angka itu berbeza dengan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Februari 2011 bahawa kapal Peronda itu dibeli pada harga RM6 bilion sahaja.

6. Pada 22 Jun 2011, Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga tengah bagi menyelesai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan.

Pada perbahasan itu, pimpinan KEADILAN mempersoal tindakan Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene.

Ini kerana ia peningkatan lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun seperti di umum Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad pada Mac 2011.

7. Pada 20 November 2011, seorang bekas tentera pada forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampakkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Monday, October 1, 2012

sokonglah kami walau tiada letrik, kata Umno

Walaupun berlangsung di dalam dewan kecil yang berdindingkan blok bata, pertandingan ratu cantik sempena Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-55 dan Ulang Tahun Kampung Sejahtera Timbang Batu 2 di Kota Marudu baru-baru ini tetap berlangsung dengan meriah.

Ruangan sempit yang kasar itu rupanya adalah bangunan Dewan Mini Kampung Sejahtera yang diusahakan pembinaannya oleh penduduk dengan kos RM38,000 tanpa bantuan kerajaan.

Ia terletak di pinggir Bukit Janda yang membolehkan para pengunjung melihat hamparan Lembah Marudu yang luas dan mengagumkan.

"Kampung kami tiada bekalan elektrik," bisik Mendow Mesiun, 57, kepada penulis yang begitu tertarik dengan lenggang-lenggok salah seorang peserta ratu cantik dalam ruangan pengap dan suram itu.

Kata Mendow lagi, mereka sekampung terpaksa memakai pelita minyak diesel memandangkan minyak tanah sukar untuk diperoleh di pasaran. Bagi yang berkemampuan, bolehlah membeli mesin generator sendiri untuk mencerahkan kediaman masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Edi Tutun, 55, tanpa berselindung menjelaskan, tindakannya mengetuai rakan-rakan yang enggan berpindah dari kawasan itu setelah diarahkan berbuat demikian oleh 'pihak atasan' telah membawa padah apabila segala kemudahan asas tidak pernah diberikan.

"Mereka mahu menjadikan kawasan ini tempat pelancongan sedangkan kami telah menduduki tempat ini sejak sekian lama," katanya.

Sementara itu, apabila tiba musim kemarau, keadaan penduduk lebih parah. Mereka terpaksa mengangkut bekalan air dari paip graviti yang disediakan oleh sebuah pertubuhan sukarela dari Jepun.

Cuba bayangkan keadaannya bagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan iaitu keadaan majoriti di kampung berkenaan.

Natijahnya, mereka terpaksa 'bersikut' (mengangkut barang menggunakan bekas yang disangkutkan di belakang) dan turun naik bukit berulang kali demi mendapatkan air untuk minuman dan membasuh.

Kampung yang baru berusia lapan tahun ini sebenarnya mempunyai 555 penghuni dan yang lebih mendukacitakan adalah keadaan 16 buah rumah penduduknya yang amat daif dan hanya menunggu masa sahaja untuk menyembah bumi.

Edi menjelaskan, walaupun kampung tersebut baru menyambut ulang tahun ke-8 pada 31 Ogos baru-baru ini tetapi hakikatnya mereka telah tinggal di situ lebih lama.

"Kami semua turun ke bawah sebelum ini kerana faktor pengairan yang teruk ketika itu. Namun akhirnya kami memutuskan untuk balik ke sini lapan tahun yang lalu apabila memikirkan kami perlu hidup dan mati di sini, sehinggalah arahan berpindah dikeluarkan kepada kami," imbasnya.

Sebagai penduduk yang setia kepada kerajaan, Edi yang juga merupakan Ketua Cawangan UmnoKampung Sejahtera mengakui, tidak semua permintaan rakyat dapat dilaksanakan segera.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Bombong 1, Japlin Asrakal, yang hadir merasmikan majlis tersebut menyeru penduduk di situ meneruskan sokongan kepada kerajaan.