Susunan Masdar Wahid
1. Pada 9 Mac 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.
2. Pada 7 Februari 2011, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mendedahkan Kementerian Pertahanan sekali lagi sedia membayar RM6 bilion bagi enam kapal tentera laut, iaitu 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.
3. Pada Disember 2010, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pada forum pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong berkata, Kementerian Pertahanan berbelanja RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
"APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu," katanya.
4. Pada Disember 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sejak 2008, seorang pemimpin Umno Bukit Gantang, Perak diberi pelbagai tender dari Kementerian Pertahanan berjumlah RM2 bilion.
5. Pada 20 Disember 2011, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul mempersoal pembelian kapal peronda oleh Bousted Heavy Industries Bhd, yang melebihi RM3 bilion dari kos asal.
Beliau merujuk surat BHIC bertarikh 16 Disember 2011 kepada Bursa Malaysia yang menyatakan syarikat itu diberi kontrak berharga RM9 bilion bagi pembelian enam kapal peronda laut.
Angka itu berbeza dengan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Februari 2011 bahawa kapal Peronda itu dibeli pada harga RM6 bilion sahaja.
6. Pada 22 Jun 2011, Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga tengah bagi menyelesai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan.
Pada perbahasan itu, pimpinan KEADILAN mempersoal tindakan Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene.
Ini kerana ia peningkatan lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun seperti di umum Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad pada Mac 2011.
7. Pada 20 November 2011, seorang bekas tentera pada forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.
"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampakkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment