JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, October 15, 2012

SAR dibantu jika silibusnya ditentukan Umno, kata Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sumbangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sangat membantu menyebarluaskan pendidikan Islam di negara ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno bagaimanapun menegaskan Kerajaan Persekutuan hanya akan membantu SAR jika ia didaftar di bawah Kementerian Pelajaran yang diterajuinya.

"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. 'Lebih mudah untuk kita bantu' bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan," katanya pada sesi perbahasan di Parlimen 15 Oktober 2012.

Sebelum itu, Ahli Parlimen PAS kawasan Sik, Che Uda Cik Nik mendesak Kerajaan Persekutuan memberi  jaminan agar mengekal sukatan pelajaran SAR sebagai syarat jika pusat pengajian Islam itu berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Ini kerana katanya, tenaga pengajar SAR menolak tindakan kerajaan mengubah sukatan dan tradisi pengajaran kitab lama apabila sekolah itu didaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Kalau mendaftar, tetapi silibusnya perlu diubah. Ini yang kita tidak setuju, kerana apa? Kerana pusaka datuk nenek kita yang membaca kitab lama ini adalah penting. Kalau kita mendaftar, tradisi itu kita buang. Yang ini para ustaz tak mahu terima. 

"Adakah menteri dan Kementerian Pelajaran boleh memberi jaminan jika didaftarkan, kita boleh kekalkan silibus itu. Soalnya silibus, bukannya soal kuasa, tanah dan lain-lain," katanya.

Che Uda menambah, sekolah terlibat akan menyokong jika kerajaan persekutuan menjamin bahawa silibus dan sistem pengajaran itu dikekalkan di sekolah berkenaan.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 yang menyaksikan Umno kalah teruk termasuk tumbang di Terengganu, hilang kerusi 2/3 di Kedah dan sebagaian besar pemimpinnya tumbang di tangan PAS, kerajaan Persekutuan mahu merampas SAR dan mendesak didaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Ia dibuat bertujuan mengekang pengaruh PAS dalam kalangan anak muda yang didakwa Umno sebagai penyumbang kekalahan mereka dalam PRU itu.

Isu pendaftaran SAR sekali lagi timbul selepas PRU 2008, selepas Umno BN hilang kuasa 2/3 di Dewan Rakyat serta tumbang di empat negeri selain tewas teruk di Wilayah Persekutuan.

Pada pembentangan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tiada satu sen pun dari RM38.7 bilion peruntukan Kementerian Pelajaran diberi kepada SAR.

No comments: