JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, October 13, 2012

Harap ada pemerintah baru selepas PRU-13, kata penyanyi Aishah

Penyanyi terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah berharap pentadbiran baru wujud selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ia katanya penting bagi membantu mengubah suasana dunia seni sekarang agar menjadi medium perantara bagi menyampaikan mesej positif kepada umum.

“Harapan saya akan ada pemerintahan baru seterusnya wujud cara baru dalam industri seni, setidak-tidaknya masih ramai yang boleh aktif dengan cara berlandaskan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Santai Bersama Selebriti anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bahru semalam.

Aishah berkata, beliau berharap industri seni tanah air akan mempunyai kekuatan tersendiri suatu hari nanti dan tidak terlalu meniru dunia hiburan barat sehingga keluar dari landasan syariah.

"Walaupun tidak mengehad kepada lagu-lagu ketuhanan namun industri seni tanah air sepatutnya mempunyai jenama sendiri, supaya ia tidak diperlekeh dan penggiat seni dipandang serong oleh masyarakat,“ katanya yang turut mengakui budaya hiburan dari barat banyak mempengaruhi dunia hiburan tanah air kebelakangan ini.

Ditanya adakah beliau akan selamanya bergiat aktif dalam politik, Aishah berkata, walaupun mungkin tidak selamanya, namun beliau akan terus mengikuti perkembangan semasa dan menjadi pemerhati yang aktif.

Aishah yang juga ibu kepada dua anak mengakui jadualnya agak padat malah kian sibuk selepas secara rasmi menyertai Pas pada Mei lalu.

“Peminat sentiasa memberi respons positif malah akur dengan keputusan saya untuk berjuang di landasan politik," kata bekas pemenang Anugerah Juara Lagu ini.

No comments: