JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, October 24, 2012

Pakatan tawar Beras, Air dan Gas percuma untuk rakyat Sabah

Masdar Wahid

Buat pertama kali dalam sejarah politik Sabah, pembangkang membentang Belanjawan Alternatif, kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen.

Beliau berkata ia membuktikan pembangkang memiliki integriti untuk mentadbir negeri jauh lebih baik daripada Umno BN.

"Ia membuktikan pembangkang bersedia untuk mentadbir Sabah dengan dasar telus, berintegriti dan menentang rasuah melalui pelbagai program jangka panjang," katanya.

Pakatan Rakyat Sabah membentang belanjawan itu pada 17 Oktober lalu, berbanding BN negeri yang membentangkannya dua hari selepas itu.

Ia dibentang bersama Pengerusi MPN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini, Pengerusi DAP negeri, Jimmy Wong Sze Phin dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Aminuddin Aling.

Turut hadir, pimpinan Pakatan Rakyat negeri, wakil Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Ia merangkumi lima aspek utama berkaitan tanah, pendapatan rakyat, kebajikan, masyarakat tempatan dan sistem perhubungan.

Antara intipatinya ialah menubuhkan Tabung Anak Sabah dengan memberikan RM200 bagi setiap kanak-kanak yang baru lahir, menubuh Skim Bantuan Perubatan dengan modal awal RM40 juta bagi penduduk luar bandar.

Selain itu, pemberian air percuma 20 meter padu, pemberian satu gas silinder percuma dan 2 kampit beras 10 kilogram kepada keluarga miskin melalui peruntukan RM55.5 juta.

Lain-lain ialah elaun RM2,000 kepada mereka yang berkahwin buat kali pertama dengan peruntukan awal RM21.6 juta.


No comments: