Mana-mana individu yang ingin bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat mestilah mengutamakan perkidmatan untuk rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, dalam Pakatan Rakyat, ia bukanlah mengenai Anwar Ibrahim tetapi ia mengenai dasar untuk rakyat.
"Dalam Pakatan Rakyat, ia bukan mengenai Anwar Ibrahim tetapi ia berkaitan perjuangan untuk mengubah dasar-dasar negara ini dengan memberikan yang terbaik untuk golongan yang lebih memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sambutan Aidilfitri anjuran KEADILAN di Kampung Petagas Lama, Putatan, Sabah pada 3 September lalu yang turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khaled Ibrahim.
Menurutnya, dalam pentadbiran Umno BN, kekayaan negara hanya dirasai segelintir kecil kroni elit yang rapat dengan pemerintah.
Hasilnya, kata beliau, sekelompok pemimpin terus kaya, manakala majoriti rakyat kekal miskin papa kedana.
Anwar turut menegaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat bukan setakat cakap tetapi dibuktikan melalui pelaksanaan.
Beliau memberi contoh bagaimana Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat dalam masa tiga tahun sudah mampu melaksanakan pelbagai kebajikan untuk rakyatnya.
"Kita baru perintah tiga tahun, rakyat Selangor sudah menikmati banyak faedah termasuklah 20 meter padu air percuma, bantuan untuk warga Emas, peruntukan khas untuk kematian dan penyelesaian kepada masalah tanah Orang Asal.
"Di Sabah ada percuma kah, (tidak, jawab hadirin), ada, Air Hujan," kata Anwar menyebabkan hadirin gelak dan bertepuk tangan.
Antara isu kritikal yang membelenggu warga Sabah sehingga kini ialah rampasan tanah dengan lebih 32,000 kes tidak dilaporkan.
Manakala isu ketiadaan air bersih dan kemiskinnan terus membelenggu penduduknya khasnya peningkatan kos sara hidup yang kian melambung di negeri termiskin di Malaysia itu.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment