JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label dominique ng sarawak. Show all posts
Showing posts with label dominique ng sarawak. Show all posts

Friday, July 17, 2009

YB KEADILAN SARAWAK TURUN PADANG


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Dominique Ng nampaknya terus berusaha menghentikan kerja-kerja meroboh Pasar Lebuh Gambier dan kali ini beliau merujuk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Ng berkata jika akta itu diambil kira, sebarang kerja-kerja merobohkan Pasar Lebuh Gambier mesti dihentikan ekoran penemuan struktur bawah tanah di tapak berkenaan.

Beliau yang memetik Seksyen 47 Akta berkenaan berkata, orang yang menemui sebarang objek dipercayai mempunyai nilai sejarah harus melaporkannya kepada pesuruhjaya akta, pegawai pentadbir atau pegawai daerah untuk tindakan sewajarnya diambil.

“Apabila akta ini berkuat kuasa pada 2006, bermakna kerajaan persekutuan boleh membantu dalam mengekal serta memulihara tapak warisan kita di sini.

“Saya telah mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan arahan merobohkan (Pasar Lebuh Gambier), tetapi hingga hari ini (semalam), saya tidak nampak apa-apa.

“Malah jika tidak diisytihar di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 harus diguna pakai untuk mengekalkan tapak ini,” katanya dalam sidang media di tapak pasar itu semalam.

Ng menambah beliau akan menulis surat kepada pegawai daerah di sini untuk memohon tapak itu dikekalkan seperti termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Mereka yang didapati melanggar peruntukan dalam akta berkenaan katanya boleh didenda RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya.

Ng memberitahu beliau akan memfailkan injunksi mahkamah sekiranya kerajaan terus merobohkan tapak berkenaan.

“Saya masih mempertimbang sama ada akan memfailkan injunksi kerana sumber sama sangat terhad dan memfailkan injunksi mahkamah mengambil masa tetapi saya akan melakukannya jika tiada pilihan lain,” ujarnya.

Ng bagaimanapun optimis akan memperoleh lebih banyak maklumat mengenai tapak berkenaan seperti mereka yang terlibat dalam pembinaan bilik dan terowong bawah tanah itu.

“Ini tempat lahirnya Kuching dan sebab itu saya terlalu teruja terhadap perkara ini.

“Malah jika terbukti betul bilik bawah tanah ini hanya asas kepada bangunan ini, ia tetap mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dikekalkan”.

Ng percaya teknik pembinaan bilik bawah tanah di tapak itu berasal dari negara China.

Selasa lepas, Presiden Persatuan Warisan Sarawak (SHS) Mike Boon berkata bilik bawah tanah dimaksudkan Ng sebenarnya asas kepada bangunan tersebut.

“Pada zaman dahulu, tukang menggunakan bata sebagai asas bangunan. Bata-bata ini tidak boleh disusun secara mendatar kerana ia akan runtuh.

“Oleh itu bata disusun dalam bentuk melengkung kerana ia lebih kukuh menampung bangunan di atasnya.

“Struktur ini adalah struktur biasa. Sistem sama dijumpai di Kompleks Mahkamah Lama. Ia bukannya terowong rahsia,” katanya selepas pasukan daripada persatuan itu melawat tapak berkenaan.

Boon yang juga arkitek terkemuka menambah pasukan itu tidak menemui sebarang ciri-ciri luar biasa pada struktur bawah tanah bangunan Pasar Lebuh Gambier itu.

borneopost

Saturday, June 27, 2009

YB Dominique Ng weep over Gambier Market demolition

The ADUN for Padungan, YB DOMINIQUE NG, was deeply grieved today to witness the increased pace of demolition of the Gambier street heritage buildings. He vehemently condemns the wantonness of the State BN Government in the literal destruction of Sarawak history, for which the State BN Government will bear the weight of the albatross of history around its traitorous neck !

“This is indeed the Darkest Day of the history of Kuching. For this State villainy which happens in front of our eyes, the State BN Government will have to pay a price which is matched only by the gravity of their crime against history and heritage. He calls on the people of Kuching and the rest of Sarawak to deliver the severest of sanctions against the Barisan National of Sarawak in the forth-coming State elections.”

“ Greed and total greed has reached its sinful pinnacle !” YB DOMINIQUE NG, wishes to most humbly and sincerely apologise to the Kuching community and the people of Sarawak, having as yet failed in his effort to the final hours, to save and preserve the old market at Gambier St., in view of the brutal and arrogant force of the ruling elites.

However, all the more, he says, the signature campaign to save the heritage buildings of Gambier St. must continue, so as to express the strong sentiments of the community and the indignation of the people at the tragic turn of events. Virtually all the people met during the signature campaign have expressed their strong desire to see the preservation of the heritage buildings. People decry the fact that the fate of the historic buildings should be in the hands of a few elites.. They share the common feeling that these are priceless relics, not comparable on any basis with “modern’ buildings proposed for the site.

YB Ng makes a final plea to the BN State Government to order an immediate stop to the demolition works and spare the remaining buildings from the same fate as the vegetable market.

He urges the people to support the signature campaign with their utmost enthusiasm, in order to safeguard not just this heritage site, but all other historic sites in Sarawak.

PS - Story is direct from PKR oven. Freshly baked. PKR media address their elected representative YB in their news. While more than important Datuk Seri Anwar Ibrahim as Tokoh yang Berkarisma or Bakal Perdana Menteri Malaysia

sarawakupdate