JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, January 4, 2010

Pemimpin Kanan BN Sarawak keluar parti


SIBU: Orang kanan Datuk Dr Soon Choon Teck dalam isu penubuhan cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dudong yang penuh kontroversi, Wong Ching Yong mengumumkan keluar dari parti tersebut, kelmarin.

Menurut Wong, beliau keluar dari SUPP selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pusat parti terutama berhubung keputusan tidak konsisten yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

Katanya, beliau telah menyerahkan surat perletakan kepada pusat parti dan terpulang kepada mereka untuk tindakan selanjutnya.

“Jika terus berada dalam parti, ini hanya akan terus melukakan perasaan saya,” ujar Wong yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keengganan pemimpin SUPP melakukan reformasi dalam parti selepas Persidangan Delegasi Khas (SDC) 2006.

Menurut Wong lagi, SUPP kini bukan lagi sebuah parti milik rakyat dan atas sebab itu beliau percaya telah membuat keputusan yang betul dengan meninggalkan parti berkenaan.

Ditanya sama ada beliau bercadang menyertai parti lain, Wong memberitahu perkara itu belum terlintas dalam fikirannya.

“Saya akan berehat dan membuat keputusan sama ada melibatkan diri dalam aktiviti politik lagi selepas sambutan Tahun Baru Cina ini,” jelasnya.

Wong yang telah menyertai SUPP sejak tahun 1985 turut menyangkal dakwaan yang dia keluar parti berikutan tidak dipilih sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Dudong pada pilihan raya negeri akan datang.

“Calon bagi kerusi itu tidak pernah dibincangkan dalam pusat parti dan dakwaan seperti itu tidak adil keada saya,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu yang dia tidak menyesal atas apa yang berlaku terutama berhubung penubuhan SUPP Cawangan Dudong.

“Saya telah memberikan yang terbaik dalam penubuhan cawangan itu meskipun ia mendapat tentangan hebat daripada SUPP Bahagian Sibu,” tambah Wong.

Sunday, January 3, 2010

ZAMBRY SAMAN SUARA KEADILAN RM 1OO JUTA


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.

"Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?," katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini, hari ini.

Sebelum ini, katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.

"Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak," katanya.

Zambry berkata, akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata," katanya. - Bernama

BLOGGER AMBUYAT MENINGGAL DUNIA


Salam Perjuangan,

Sahabat Blogger Sabah mengucapkan salam takziah buat keluarga blogger Ambuyat El-Binangkit (Ustaz Abidin Omar) yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Kehilangan beliau bagai satu kehilangan besar pada dunia blogger Sabah. Seluruh editor sahabatblogsabah mendoakan agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Berita penuh boleh didapati diblog (http://abunuha.wordpress.com/)/ http://sahabatblogsabah.blogspot.com/

-almansur-
setiausaha
sahabat blogger sabah

masdarwahid : Sayang, penulis tak sempat bertemu beliau walapun beliau antara blogger yang cukup saya kagumi selama ini. beliau bukan sahaja antara yang pernah singgah di blog ini tetapi yang lebih penting beliau seorang penulis yang cukup gigih mengembangkan Islam melalui dunia blog. Beliau turut aktif memberikan komen di laman terkenal seperti tranungkite.net selain blog beliau http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/ turut tersenarai di laman marahen. Al-fatihah

Najib kata Harga gula Malaysia masih terendah di ASEAN


PEKAN 3 Jan. - Meskipun kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini, ia masih terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.

Berbanding gula di Malaysia yang kini berharga RM1.65 sekilogram, bahan itu dijual dengan harga RM2.25 sekilogram di Thailand dan Indonesia.

Pengerusi BN, Najib Razak berkata demikian di Pekan, Pahang, sebentar tadi.

masdarwahid : kita tunggu pulak apa kata pemuda umngok/beer end selepas ini.

Friday, January 1, 2010

MENARA KLCC RUNTUH ?

MB HARAM DAN SPRM SAMAN SUARA KEADILAN


MB Perak akan saman Suara Keadilan kerana memfitnahnya

PANGKOR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hilang sabar dan akan menyaman Suara Keadilan kerana memfitnah beliau kononnya ditahan di Amerika Syarikat ketika mengetuai misi pelaburan ke negara itu, baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Zambry dikatakan ditahan sebelum dihantar pulang ke Malaysia kerana namanya ada dalam senarai pengganas. Dalam sidang akhbarnya di sini, hari ini, beliau berkata ini saman fitnah pertama sepanjang karier politiknya.


SPRM buat laporan polis terhadap Suara Keadilan, pakar patologi Thai


SHAH ALAM: Dua laporan polis dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akhbar Suara Keadilan dan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan selepas akhbar itu menyiarkan laporan bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh pada 29 Disember lalu.

Laporan polis itu dibuat dua pegawai SPRM Putrajaya, Raub Ghani dan Hisyam Mohd Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Menerusi laporan polis yang dibuat secara berasingan itu, mereka mendakwa terbaca mengenai artikel itu ketika membaca akhbar Suara Keadilan di kafe Bintang Walk di Seksyen 7, di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.

Artikel berkenaan menyatakan laporan forensik oleh Dr Pornthip selepas bedah siasat kedua terhadap mayat Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, di Hospital Sungai Buloh, menyimpulkan lelaki itu mati dibunuh.

Mereka membuat laporan polis itu terhadap Dr Pornthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya dan disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.

Mereka menyifatkan perbuatan itu satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih berjalan. bh

Memahami tujuan PAS bertanding di Sarawak




GAMBAR2 DI ATAS DI AMBIL SEMASA PILIHANRAYA LECIL (PRK) DUN BATANG AIR.

oleh : Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Selagi rakyat Sarawak bersedia melakukan perubahan, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan negeri itu pada pilihanraya negeri akan datang.

Demikian menurut Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai mengulas penyertaan PAS di Sarawak dalam pilihanraya negeri Sarawak dan kebimbangan sesetengah pihak berkaitan agihan kerusi PAS yang agak kurang di situ.

Beliau berkata, PAS secara asasnya di Sabah dan Sarawak lebih bersifat dakwah dan itu hakikat yang diakui selain memandang serius setiap pandangan pelbagai pihak berkaitan peluang parti itu di bumi borneo.

Menurutnya, persoalan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS di Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang bergantung pada perbincangan antara komponen Parti dalam Pakatan Rakyat di negeri itu dan memberi jaminan PAS akan berusaha agar parti pelbagai kaum itu diberi kerusi tambahan.

“Apa yang saya boleh katakan buat masa ini kita akan menampilkan calon yang benar-benar boleh diterima pengundi dan pastinya mereka itu merupakan yang terbaik bukan sahaja sebagai wakil rakyat tetapi juga mampu memimpin masyarakat di negeri itu,” katanya yang tidak menolak calon tersebut dari golongan profesional.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, apa yang penting ketika ini komponen PR di Sarawak harus mengeratkan permuafakatan bagi memastikan negeri itu berjaya di tawan seterusnya menyelamatkan rakyat Sarawak daripada pentadbiran korup Taib Mahmud dan konco-konconya.

PAS Sarawak pada pilihanraya negeri tahun 2006 hanya bertanding satu daripada keseluruhan 71 kerusi, iaitu Dun Beting Maro yang menyaksikan calon PAS, Alem Din hampir menumbangkan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan Sarawak, Bolhassan Din dengan majoriti tipis 895 undi.

Alem berjaya meraih undi sebanyak 1901 manakala Bolhassan sekadar mendapat 2796. Calon PAS itu turut meraih undi sokongan bukan Islam khususnya dari Kaum Iban, sesuatu yang jarang berlaku terhadap parti itu sebelum ini.

Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak hanya akan tamat pada Julai 2011 dan penganalisis politik berpendapat ia mungkin diadakan lebih awal dari itu kerana Najib Razak sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Pilihanraya Sarawak mesti diadakan terlebih dahulu sebelum PRU 13 sebagai menguji kekuatan sebenar BN.

Najib turut dilaporkan sebagai berkata, beliau akan kerap ke Sarawak bermula 11 Januari ini sebagai langkah awalnya untuk menjaga kubu BN di negeri itu.

Pada pilihanraya umum lalu, Sarawak antara negeri yang terselamat dilanda Tsunami Politik apabila negeri terbesar di Malaysia itu hanya mengadakan pilihanraya bagi kerusi Parlimen.



BERIKUT PULA PENULIS PETIK DARI LAMAN http://pas_samariang.tripod.com/mengapa_srwk.htm

MENGAPA PAS BERTANDING DIDALAM PILIHANRAYA
NEGERI SARAWAK (TAHUN 2001)


1. Menegakkan keadilan
Tidak terdapat lagi keadilan didalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional(BN) yang diterajui oleh Parti Pesaka Bumiputra(PBB).Kekayaan sumber hasil negeri hanya diagihkan dan dikumpulkan dikalangan kelompok tertentu.Rakyat tidak mendapat pembelaan dari kerajaan sediada.

2. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran didalam pentadbiran Kerajaan Sarawak
Tidak ada suara yang boleh dipercayai didalam Dewan Undangan Negeri dan pentadbiran Negeri Sarawak yang menyeru kepada manusia membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran .Tidak ada wakil wakil yang berani mencadangkan program program yang membawa kebaikan kepada umat Islam dan Melayu serta juga tidak ada wakil wakil yang berani menegur dan mencegah program program kerajaan yang bersifat mungkar.Oleh kerana itu , telah berlaku keruntuhan moral dan sosial yang amat dahsyat dikalangan Umat Islam dan melayu di Sarawak.


3. Memberi kesedaran kepada Masyarakat tentang Islam sebenar

Tugas seorang Muslim itu adalah menyampaikan masej Islam yang sebenar yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul .Islam bukan hanya agama penyembahan yang cuma menititberatkan ibadat ibadat yang tertentu sahaja ,tetapi Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap yang memenuhi segenap segi kehendak dan keperluan hidup manusia termasuk politik,ekonomi, dan sosial yang menjamin keadilan dan keselamatan kepada muslim dan non-muslim

Dalam satu perhimpunan PR tahun lalu, seorang pimpinan DAP melahirkan keyakinnanya bahawa PAS ialah sebuah organisasi kebajikan yang jujur pada manusia samada di depan atau di belakang mereka. Kenyataan beliau itu diungkapkan secara peribadi pada wartawan yang menemuramahnya ketika itu. Semoga pemimpin itu bukan hanya menyokong PAS tetapi juga berjaya memeluk Islam suatu hari nanti. amin...