JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, January 1, 2010

Memahami tujuan PAS bertanding di Sarawak




GAMBAR2 DI ATAS DI AMBIL SEMASA PILIHANRAYA LECIL (PRK) DUN BATANG AIR.

oleh : Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Selagi rakyat Sarawak bersedia melakukan perubahan, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan negeri itu pada pilihanraya negeri akan datang.

Demikian menurut Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai mengulas penyertaan PAS di Sarawak dalam pilihanraya negeri Sarawak dan kebimbangan sesetengah pihak berkaitan agihan kerusi PAS yang agak kurang di situ.

Beliau berkata, PAS secara asasnya di Sabah dan Sarawak lebih bersifat dakwah dan itu hakikat yang diakui selain memandang serius setiap pandangan pelbagai pihak berkaitan peluang parti itu di bumi borneo.

Menurutnya, persoalan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS di Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang bergantung pada perbincangan antara komponen Parti dalam Pakatan Rakyat di negeri itu dan memberi jaminan PAS akan berusaha agar parti pelbagai kaum itu diberi kerusi tambahan.

“Apa yang saya boleh katakan buat masa ini kita akan menampilkan calon yang benar-benar boleh diterima pengundi dan pastinya mereka itu merupakan yang terbaik bukan sahaja sebagai wakil rakyat tetapi juga mampu memimpin masyarakat di negeri itu,” katanya yang tidak menolak calon tersebut dari golongan profesional.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, apa yang penting ketika ini komponen PR di Sarawak harus mengeratkan permuafakatan bagi memastikan negeri itu berjaya di tawan seterusnya menyelamatkan rakyat Sarawak daripada pentadbiran korup Taib Mahmud dan konco-konconya.

PAS Sarawak pada pilihanraya negeri tahun 2006 hanya bertanding satu daripada keseluruhan 71 kerusi, iaitu Dun Beting Maro yang menyaksikan calon PAS, Alem Din hampir menumbangkan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur & Perhubungan Sarawak, Bolhassan Din dengan majoriti tipis 895 undi.

Alem berjaya meraih undi sebanyak 1901 manakala Bolhassan sekadar mendapat 2796. Calon PAS itu turut meraih undi sokongan bukan Islam khususnya dari Kaum Iban, sesuatu yang jarang berlaku terhadap parti itu sebelum ini.

Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak hanya akan tamat pada Julai 2011 dan penganalisis politik berpendapat ia mungkin diadakan lebih awal dari itu kerana Najib Razak sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Pilihanraya Sarawak mesti diadakan terlebih dahulu sebelum PRU 13 sebagai menguji kekuatan sebenar BN.

Najib turut dilaporkan sebagai berkata, beliau akan kerap ke Sarawak bermula 11 Januari ini sebagai langkah awalnya untuk menjaga kubu BN di negeri itu.

Pada pilihanraya umum lalu, Sarawak antara negeri yang terselamat dilanda Tsunami Politik apabila negeri terbesar di Malaysia itu hanya mengadakan pilihanraya bagi kerusi Parlimen.



BERIKUT PULA PENULIS PETIK DARI LAMAN http://pas_samariang.tripod.com/mengapa_srwk.htm

MENGAPA PAS BERTANDING DIDALAM PILIHANRAYA
NEGERI SARAWAK (TAHUN 2001)


1. Menegakkan keadilan
Tidak terdapat lagi keadilan didalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional(BN) yang diterajui oleh Parti Pesaka Bumiputra(PBB).Kekayaan sumber hasil negeri hanya diagihkan dan dikumpulkan dikalangan kelompok tertentu.Rakyat tidak mendapat pembelaan dari kerajaan sediada.

2. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran didalam pentadbiran Kerajaan Sarawak
Tidak ada suara yang boleh dipercayai didalam Dewan Undangan Negeri dan pentadbiran Negeri Sarawak yang menyeru kepada manusia membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran .Tidak ada wakil wakil yang berani mencadangkan program program yang membawa kebaikan kepada umat Islam dan Melayu serta juga tidak ada wakil wakil yang berani menegur dan mencegah program program kerajaan yang bersifat mungkar.Oleh kerana itu , telah berlaku keruntuhan moral dan sosial yang amat dahsyat dikalangan Umat Islam dan melayu di Sarawak.


3. Memberi kesedaran kepada Masyarakat tentang Islam sebenar

Tugas seorang Muslim itu adalah menyampaikan masej Islam yang sebenar yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul .Islam bukan hanya agama penyembahan yang cuma menititberatkan ibadat ibadat yang tertentu sahaja ,tetapi Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap yang memenuhi segenap segi kehendak dan keperluan hidup manusia termasuk politik,ekonomi, dan sosial yang menjamin keadilan dan keselamatan kepada muslim dan non-muslim

Dalam satu perhimpunan PR tahun lalu, seorang pimpinan DAP melahirkan keyakinnanya bahawa PAS ialah sebuah organisasi kebajikan yang jujur pada manusia samada di depan atau di belakang mereka. Kenyataan beliau itu diungkapkan secara peribadi pada wartawan yang menemuramahnya ketika itu. Semoga pemimpin itu bukan hanya menyokong PAS tetapi juga berjaya memeluk Islam suatu hari nanti. amin...

No comments: