JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, January 1, 2010

MB HARAM DAN SPRM SAMAN SUARA KEADILAN


MB Perak akan saman Suara Keadilan kerana memfitnahnya

PANGKOR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hilang sabar dan akan menyaman Suara Keadilan kerana memfitnah beliau kononnya ditahan di Amerika Syarikat ketika mengetuai misi pelaburan ke negara itu, baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Zambry dikatakan ditahan sebelum dihantar pulang ke Malaysia kerana namanya ada dalam senarai pengganas. Dalam sidang akhbarnya di sini, hari ini, beliau berkata ini saman fitnah pertama sepanjang karier politiknya.


SPRM buat laporan polis terhadap Suara Keadilan, pakar patologi Thai


SHAH ALAM: Dua laporan polis dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akhbar Suara Keadilan dan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan selepas akhbar itu menyiarkan laporan bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh pada 29 Disember lalu.

Laporan polis itu dibuat dua pegawai SPRM Putrajaya, Raub Ghani dan Hisyam Mohd Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Menerusi laporan polis yang dibuat secara berasingan itu, mereka mendakwa terbaca mengenai artikel itu ketika membaca akhbar Suara Keadilan di kafe Bintang Walk di Seksyen 7, di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.

Artikel berkenaan menyatakan laporan forensik oleh Dr Pornthip selepas bedah siasat kedua terhadap mayat Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, di Hospital Sungai Buloh, menyimpulkan lelaki itu mati dibunuh.

Mereka membuat laporan polis itu terhadap Dr Pornthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya dan disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.

Mereka menyifatkan perbuatan itu satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih berjalan. bh

No comments: