
Dua perkara yang disebutkan bekas orang kuat Anwar ini ialah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah.
Hakikatnya, Zahid pasti sukar mengakui bahawa belanjawan Pakatan lebih realistik, menjimatkan wang rakyat dan ada banyak lagi yang ditiru Najib.
Antara yang ditiru Najib dari belanjawan Pakatan ialah pemberian RM100 untuk semua pelajar sekolah menengah dan rendah.
Sebelum ini, pimpinan Umno BN termasuklah Najib mempertikai tindakan Pakatan memberi RM100 kepada golongan memerlukan di negeri diperintahnya termasuklah di Selangor dan Pulau Pinang.
Turut cuba ditiru Najib ialah pemberian RM500 sekali sahaja kepada penjawat awam. Sebelum ini, Anwar semasa membentang belanjawan Pakatan menawarkan RM500 permulaan buat guru yang juga sebahagian besar penjawat awam selain mengkaji semula sistem gaji mereka.
Najib juga merombak sistem gaji penjawat awam namun menaikkan had umur persaraan kepada 60 tahun yang ditentang sebahagian anak muda sejak beberapa bulan lalu di laman facebook.

Manakala dalam belanjawan Najib, beliau mengatakan warga emas 60 tahun ke atas tidak perlu membayar caj pesakit luar di hospital kerajaan dan klinik tertentu.
Hakikatnya, caj pesakit luar hanyalah RM1.
Manakala bagi isu perumahan, Pakatan yang selama ini memperkenal dan melaksana konsep 'Bina dan Jadual', turut ditiru Najib dengan memperkenal sistem yang sama dalam belanjawan yang dibentangnya.

Bagi isu berkaitan permit teksi pula, belanjawan Najib mengecualikan cukai tertentu berbanding Pakatan yang memberikan lesen secara terus kepada individu, suatu yang selama ini dituntut keseluruhan pemandu teksi di negara ini.

Namun Najib tidak menyatakan dari mana wang akan diperoleh untuk menunaikan segala janji itu.
Pada pembentangan Belanjawan Najib 7 Oktober lalu, beliau mensasarkan defisit dari KDNK pada tahun depan sebanyak 4.7 peratus berbanding belanjawan Pakatan yang mensasarkan hanya 4.4 peratus.

Perkara paling menarik, belanjawan Pakatan dibincang bersama Pakar Ekonomi, Ahli Parniagaan, Kesatuan Sekerja, Persatuan Pengguna yang kesemuanya menggunakan tenaga tempatan.
Berbanding belanjawan Najib yang turut melibatkan Firma Asing iaitu Apco World Wide yang dibayar beliau RM77 setahun.
Apco ialah sebuah firma yang ada kaitan dengan Israil dan diupah Najib untuk membina imej beliau di Malaysia dan di luar negara sejak 2009.
Kita juga jangan lupa, Najib sebelum ini mengarahkan Utusan menyerang kandungan Buku Jingga, namun pada 7 Oktober lalu meniru pula kandungannya.
No comments:
Post a Comment