JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, October 3, 2011

soalan berfakta Izzah dijawab merapu oleh Najib

Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan merapu apabila Nurul Izzah Anwar bertanyakan soalan kepadanya pada sesi Parlimen hari ini.

Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bertanya mengenai pemansuhan Akta Darurat (EO), suatu akta yang mirip Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Najib merapu dengan menyerang Izzah kononnya pemansuhan ISA bukan ditiru dari Buku Jingga.

"Saya harap pembangkang jangan cuba ambil nama daripada langkah ini. Sebenarnya lembu punya susu tapi jangan ambil nama.

"Kita sudah umumkan perkara ini sejak 2009 lagi. Pemansuhan ISA ini bukan atas desakan Pakatan Rakyat tapi kehendak kerajaan BN sendiri.

"Jadualnya kita akan beritahu nanti sebab ada beberapa perkara yang harus dilakukan termasuk menggubal dua undang-undang yang baru dan proses konsultasi dengan beberapa pihak tertentu yang mewakili rakyat ramai," kata Najib.

Rekod menunjukan, Najib semasa menjadi Perdana Menteri pada April 2009, berkata, beliau akan meminda undang-undang ISA.

Namun, Pakatan Rakyat mendesak agar akta ISA bukan dipinda tetapi dimansuhkan terus dengan penekanan Pakatan diikrarkan dalam Buku Jingga pada 2009.

Najib hanya umum mansuhkan ISA pada 16 September lalu, selepas tiga tahun mengumum ISA dipinda.

Pada pengumuman itu, Najib berkata ISA dimansuhkan terus, namun sehari kemudiannya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pemansuhan ISA hanya akan berlaku tahun depan.

Manakala Datuk Seri Hishamuddin Hussin berkata, ciri-ciri ISA akan dikekalkan bagi dua undang-undang baru yang digubal kelak.

Najib sebelum ini juga enggan berdebat mengenai Buku Jingga bersama Anwar.

Pada masa sama, Najib juga mengarahkan Utusan Malaysia yang juga media Umno menyerang kandungan Buku Jingga yang dibimbanginya akan meningkatkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

No comments: