Masdar Wahid
Campur tangan politik Datuk Seri Najib Razak punca Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) lambat dikeluarkan, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Ini kerana katanya, laporan itu sepatutnya sudah siap Jun tahun ini kerana ia merupakan LKAN 2010.
"Lambatnya LKAN dikeluarkan adalah taktik Najib untuk melalaikan rakyat dari membanding laporan itu dengan belanjawan 2012 yang dibentangnya.
"Mengikut kelaziman, LKAN 2010 patutnya sudah siap enam bulan selepas berakhirnya tahun 2010," katanya dihubungi Suara Keadilan.
Beliau menyifatkan kelewatan itu membuktikan betapa lemahnya Najib sebagai seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Najib membentang belanjawan pada 7 Oktober lalu manakala LKAN hanya dikeluarkan pada 24 Oktober di Parlimen dengan tertera perkataan 'Embargo, tidak boleh dikeluarkan sebelum 10.00 pagi 24 Oktober 2011'.
Perbahasan Parlimen mula berehat selepas itu dan hanya akan bersambung semula awal November ini.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment