JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 20, 2013

Adik dan Menantu Ketua Menteri Sabah ditentang lebih 2 penjuru


Kerusi Parlimen Kimanis yang disandang Datuk Seri Anifah Aman  berdepan cabaran sengit apabila ditentang tiga penjuru.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu berdepan Jaafar Ismail dari KEADILAN, Jamil William Core (Parti Maju Sabah-SAPP) dan Lusin Bulangon (Parti Reformasi Sarawak-Star). Semua calon menyerahkan borang masing-masing di Dewan Masyarakat Bongawan pagi tadi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Bongawan turut menyaksikan persaingan empat penjuru dengan calon yang menjadi tumpuan ialah calon muka baharu BN, Mohamad Alamin yang ditentang oleh calon KEADILAN, Tan Sri Ibrahim Menudin, seorang tokoh korporat yang bagaimanapun tidak hadir dengan menghantar wakilnya. Dua lagi ialah Awang Talip Awang Bagul (SAPP) dan Hassim Matali (STAR).

Bagi DUN Membakut, terdapat pertandingan lima penjuru iaitu penyandangnya, Mohd. Arifin Mohd. Arif (BN), Narawi @ Sinar Ahmad (KEADILAN), Banjimin Ondoi (SAPP), Jaapar Ag. Gidor (STAR) dan calon Bebas, Datuk AK Azluddin Pg. Mohd. Tahir.

Mohd. Arifin Mohd. Arif ialah menantu kepada Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Berikut ialah keputusan di kawasan ini pada PRU lalu.

P176 KIMANIS
Jumlah Pengundi: 22,239
Peratusan Kaum: B/I: 68.14% B/B/I: 24.97% C: 6.79% L: 0.10%
1. Datuk Anifah Aman (BN) (10,242)
2. Jaafar Ismail (Bebas) (4,789)
3. Benjamin Basintal (Bebas) (205)
4. Ismail Bungsu (KEADILAN) (1,615)
Majoriti: 5,453
Jumlah undi: 17,351
Peratus mengundi: 78.02%
Undi rosak: 500
Penyandang: Datuk Anifah Aman (BN)
(Majoriti: 5,108 undi)


N23 BONGAWAN
Jumlah Pengundi: 12,389
Peratusan Kaum: B/I: 67.84% B/B/I: 24.83% C: 7.26% L: 0.07%
1. Datuk Karim Bujang (BN) (7,123)
2. Md. Haris Md. Tahir (Bebas) (1,393)
3. Lusin Balangon (Bersekutu) (97)
4. Ag. Wasli Ag. Yahya (KEADILAN) (875)
Majoriti: 5,730
Jumlah undi: 9,769
Peratus mengundi: 78.85%
Undi rosak: 281
Penyandang: Datuk Karim Bujang (BN)
(Majoriti: 805 undi)


N24 MEMBAKUT
Jumlah Pengundi: 9,850
Peratusan Kaum: B/I: 68.51% B/B/I: 25.16% C: 6.20% L: 0.13%
1. Mohd. Arifin Mohd. Arif (BN) (5,490)
2. Awang Tengah Awang Amin (KEADILAN) (1,991)
Majoriti: 3,499
Jumlah undi: 7,649
Peratus mengundi: 77.65%
Undi rosak: 168
Penyandang: Mohd. Arifin Mohd. Arif (BN)
(Majoriti: 1,743 undi)


No comments: