JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, April 21, 2013

Calon Umno cucu saya, kata calon KEADILAN


Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Papar menghadapi dua pencabar dari parti pembangkang untuk merebut kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Rosnah, 41, penyandang kerusi Parlimen Papar merupakan cucu kepada pencabar utamanya bekas Timbalan Menteri persekutuan yang juga pemimpin veteran Datuk Yahya Lampong, 72, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain itu beliau juga akan dicabar calon Parti Reformasi Negeri Saawak (STAR) Balon Mujim, 54.

Rosnah mengemukakan kertas pencalonan pada jam 9.04 pagi, diikuti Balon jam 9.22 pagi dan kemudiannya Yahya pada jam 9.26 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Masyarakat Papar, di sini, kelmarin.

Pencalonan pemimpin wanita itu dicadang oleh Haji Mashum Abu Ali dan disokong oleh Gilbert Sham.

Pengisytiharan keputusan penamaan calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P.175 Papar Iman Ali, pada jam 11.10 pagi.

“Saya tidak menerima sebarang bantahan dan tiada bantahan dikemukakan terhadap pencalonan ketiga-tiga mereka, dengan itu saya mengesahkan mereka bertanding dalam Parlimen P.175 Papar pada 5 Mei ini,” katanya.

Beliau berpuas hati dengan disiplin kesemua calon sama ada BN atau pembangkang yang bertanding di Parlimen Papar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang dan DUN Pantai Manis yang tidak membenarkan penyokong memasuki dewan itu.

Pada pilihan raya 2008 Rosnah memenangi kerusi Parlimen Papar dengan memperolehi 15,352 undi menewaskan dua calon Bebas dan seorang calon pembangkang dari PKR.

Parlimen Papar mempunyai 38, 771 pengundi berdaftar yang majoritinya masyarakat bumiputera Sabah iaitu Dusun, Kadazan, Bajau dan Brunei dan kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, kebanyakan pengundi di Parlimen Papar berumur antara 30 – 39 tahun iaitu 25.36 peratus, diikuti pengundi berumur 40-49 tahun (23.50 peratus) dan pengundi muda berusia 21 hingga 29 tahun.

Ketika ditemui pemberita Rosnah berkata, beliau akan berusaha untuk mempertahankan kerusi Parlimen Papar dan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya ini untuk kesinambungan pembangunan di kawasan itu.

“Saya akan teruskan pelbagai perancangan untuk daerah Papar dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat di kawasan ini termasuk untuk golongna muda dan yang tidak bekerja.

“Kita juga akan memastikan rakyat di daerah ini terus menerima pembangunan melalui program transformasi yang disediakan kerajaan pusat dan negeri,” katanya.

Sementara itu Yahya berkata, dia yakin dapat memenangi hati rakyat di kawasan itu yang kebanyakannya pengundi Bajau, Brunei dan Dusun.

“Penyokong PKR adalah menyeluruh … semua kaum. Rosnah adalah cucu saya dan berdasarkan umur, saya lebih tua daripada mereka,” katanya yang mula berkecimpung dalam bidang politik pada tahun 1980an.

No comments: