JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Saturday, April 20, 2013
Empat calon dijangka berentap di DUN Melalap
TENOM: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada PRU13, 5 Mei ini dijangka berhadapan dua peguam dan seorang peniaga.
Ini bererti pertandingan DUN Melalap yang dimenangi Radin yang juga Ketua Bahagian PBS Bahagian Melalap sebelum ini bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru.
Roger Stimin seorang peguam bertanding atas tiket SAPP salah satu parti pembangkang dan seorang lagi peguam wanita Noritah Sual bertanding atas tiket Pakatan Rakyat (PR) melalui parti DAP.
Sementara itu, Kong Fui Seng juga akan bertanding atas tiket parti pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Tenom, Datuk Rubin Balang dijangka akan ditentang oleh bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) beliau dulu Biou Suyan yang bertanding atas tiket PR melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Turut menentang Rubin ialah anak bekas Adun Kemabong dalam era Usno Datuk Tingkalor Lampag iaitu William @ Ensor Tingkalor yang bertanding atas tiket SAPP.
Rubin yang menyandang kerusi Kemabong sejak penggal kedua era PBS juga dijangka akan berhadapan dengan seorang bekas guru Alfred Tay yang bertanding atas tiket parti STAR.
Jika semua calon disahkan oleh SPR selepas penamaan calon pada 20 April ini maka, DUN Kemabong juga akan menyaskikan pertandingan empat penjuru.
Bagi kawasan Parlimen Tenom pula penyandang dua penggal musim lalu Datuk Raime Unggi yang dikekalkan sebagai calon kerusi Tenom dijangka berhadapan dengan tiga pencabar terdiri daripada Jaineh Juata @ Jimmy Jawatah yang bertanding atas tiket SAPP, Azroy Abdullah dari STAR dan Masdin Thomas dari PR (PKR).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment