JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 20, 2013

Kasman Karate berdepan 6 penjuru

Kerusi DUN Kunak, Sabah berdepan saingan 6 penjuru termasuk seorang calon yang memiliki nama yang unik, Kasman Karate dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Anak muda ini bakal berdepan penyandang kerusi itu, Datuk Nilwan Kabang dari BN, Valentine @ Rangers Sebastian (Parti Reformas Sarawak-STAR), Abd Sattal Shafiee (Bebas), Sharif Samsuddin Sharif Sagaf (Bebas) dan Hussein Ibnu Hassan (Bebas).

Karate dalam bahasa tempatan di daerah ini bermaksud 'berlawan' dengan majoriti penduduk Melayu di sini dari suku kaum Bugis dan Bajau.

Kasman Karate yang fasih berbahasa tempatan merupakan aktivis rakyat yang sangat aktif di Sabah  dan pernah dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) bagi peringkat
Borneo. Setiausaha PAS Kawasan Silam ini merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Sarjana Muda Sains Sosial.

Berikut ialah keputusan PRU lalu.

N51 KUNAK
Jumlah Pengundi: 9,598
Peratusan Kaum: B/I: 83.83% B/B/I: 10.40% C: 4.48% L: 1.30%
1. Nilwan Kaban (BN) (5,083)
2. Bedu Kudusa (KEADILAN) (968)
Majoriti: 4,115
Jumlah undi: 6,276
Peratus mengundi: 65.39%
Undi rosak: 225
Penyandang: Datuk Jasa Rauddah (BN)
(Majoriti: 1,923 undi)

No comments: